Tuesday, December 29, 2009

Meeting dan persiapan bagi sessi persekolahan 2010



Beberapa hari lagi sessi persekolahan 2010 akan bermula. Bahangnya dapat dirasakan oleh semua orang. Pagi tadi, sebelum ke sekolah aku pergi ke satu gerai yang berhampiran dengan rumah aku untuk membeli sarapan. Lalu di sapa oleh makcik yang menjual.. " ha cikgu dah mula sibuk dah yek.. mm cikgu zaman sekarang tak macam guru zaman dulu. Makcik tengok cikgu-cikgu sekarang pegi pagi balik petang! petang bukan ngajar dah cikgu, apa kerja buat lagi cikgu ...". Begitulah situasinya dek kerana nak cepat aku pun membalasnya.." macam2 kerja la makcik nak kena buat. Kalau tak buat hati tak senang. Balik awal ke rumah pun hati duk risau..baik buat siap2. balik malam dah tentu boleh tido lena.."
Aku dan rakan-rakan setugas cuba sedaya mungkin membuat persediaan yang rapi dan teratur supaya hari pertama tu lebih meriah dan memotivasi pelajar ke sekolah, terutama pelajar yang baru menempuhi alam persekolahan. Walaupun sekolah ni baru bagi aku, aku bersyukur kerana cikgu2 di sini dapat menerima aku dengan baik dan tak timbul masaalah untuk bekerja secara teamwork.
Lebih unik lagi team guru2 tahun satu ni terdiri daripada golongan yang dah veteran spt mak nani yang ada 2 tahun menunggu pencen, kak Ani ARZ dan aku sendiri. Tapi aku kagum jugak dengan semangat mereka yang bertungkus lumus dan sudi menerima inovasi walaupun versi lama. Kiranya update la..( jgn mare) . Semalam kami plan untuk buat ice breaking untuk tahun 1 dan kerjasama, tolenrasi, kesungguhan menyebabkan rasa bersemangat..

Saturday, December 26, 2009

Cuti sekolah sudah ke penghujungnya..

anak ku dah besar ....

aduh..segalanya akan berakhir.. mm sesi lepak depan TV.. masak memasak dan makan memakan semuanya akan berakhir. Maksud aku tak semeriah musim cuti la..mulai minggu depan 28/12/09 kena menghadiri mesyuarat 1 sessi 2010. Berdebar rasanya..maalumlah sekolah baru. Bagaimana yek.suasana yang baru..kawan baru..murid baru.. ohh..kena melalui minggu orientasi yang intensif la nampak gayanya... Tapi aku rasa ada sedikit persediaan mental untuk ke situ..ha azam mesti baru..

Segala persediaan untuk sekolah anak2 dah siap.. pada minggu lepas aku dah keluar shopping untuk mereka... biar mereka semangat sedikit menghadapi tahun baru yeah... 2010 ku sambut!.. itulah ayat-ayat yang selau keluar. kononnya boleh menaikkan semangat.

Maahad Muhammdai (p) 89 9A? fuih... membanggakan!!!

salah seorang pelajar yang dapat 9A. Faizatul Husna...
inilah..wajah-wajah yang berjaya meraih 9A!!!

Semalam keputusan PMR diumumkan. rata-rata sekolah menunjukkan peningkatan. Banyak sekolah dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang 9A, 8A. Membanggakan.!!!. Tapi selaku bekas pelajar Maahad Muhammadi Lilbanat 1988 aku turut berbangga dengan anak-anak yang berjaya mendapat 9A. Aku dimaalumkan menerusi fan Maahad di Facebook semalam seramai 89 pelajar MMP mendapat 9A. ohh sukar aku bayangkan ...bagaimana kawan-kawan aku (sebab kebanyakan kawan aku mengajar di situ) mengajar anak muridnya jadi pandai macam tuh... tahniah ..aku rasa mereka menerusi tradisi mengajar ustaz2 aku dulu jugak. Entahlah, fenomena sekolah agama rakyat ni berbeza sedikit dengan sekolah menengah biasa ni. Sekolah agama seperti MMP ni banyak mengajar pelajarnya menjadi seorang mujahadah. Mereka tidak pernah dimanjakan.. mm kalau aku nak cerita pun agak susah kecuali melaluinya...

Friday, December 25, 2009

Kita datang darinya dan kembali kepadanya.

Hari ini aku dikejutkan dengan pemergian seorang kakak dan juga sahabat yang sangat baik... (Allahyarham Ustazah Noraini bt Ismail) Al- fatihah buatnya.. semoga rohnya di cucuri Allah. Lebihkurang selepas solat Jumaat aku mendapat pangilan telefon yang memberitakan tentang pemergiannya. Allahyarham mengidap penyakit kencing manis dan pernah bersama aku selama 3 tahun di SKJ dan merupakan seorang yang cukup rajin dan komited terhadap kerjanya. Suka berbakti dan amat di senangi...
Kematian adalah suatu yang pasti tak ada seorang pun yang terkecuali. Allah tidak akan menangguhkan walaupun sesaat bila tiba masanya... Sebagai insan yang masih diberi kesempatan untuk hidup ini mengharap pengakhiran yang baik. Husnul Khatimah.
Aku sangat merasakan kehilangannya. Terlalu sukar untuk mencari sahabat yang baik dan jujur sepertinya. Ya Allah Cucurilah Rahmat ke atasnya.. dan tempatkanlah dirinya bersama para sahabat dan anbiya'. amin... buat keluarganya takhziah ku ucapkan. Semoga zuriat yang ditinggalkannya itu dilindungi dan menjadi insan yang soleh dan baik.

Wednesday, December 23, 2009

Mesyuarat Pengurusan PAI di Seri Malaysia Temerloh.























Bermula 22-23 hb Disember aku menghadiri Mesyuarat Pengurusan bagi PAI,j -QAF dan B,Arab. Biasalah musim hujan, Dengan menggunakan jalan pintas Bera - Temerloh jalannya yang sempit dan berlubang tu sudah cukup membuatkan leher dan belakang aku sakit ditambah pula sepanjang perjalanan tu hujan dan jalan licin. Pemanduan mesti dalam keadaan yang berwaspada dan berhati-hati.
Daerah temerloh satu daerah yang agak besar dan menarik juga bagiku. Budaya hidup orang-orangnya juga agak unik. Pada pemerhatian aku, sosioekonomi mereka banyak kepada pertanian. Mmm ada juga member2 aku yang Profesionnya guru, tapi sempat mengunakan leisure timenya menoreh getah. espesially cuti2 begini. Pada aku jiwanya begitu dekat dengan pertanian. Mereka juga memiliki kebun sendiri.. mm agak menarik. Bukan wang ringgit menjadi sandaran tetapi satu kepuasan.
Apa yang menarik lagi, bandar ikan patin ni, menyediakan menu ikan patin yang spesial. Kebanyakan gerai menyediakan hidangan ikan patin masak tempoyak nih..kunjung je mana-mana gerai atau restoran pasti ada hidangan ini. di temerloh ni sempatlah aku pekena beberapa kali ikan patin masak tempoyak nih. fuhh...rasanya sukar di lupakan. Hotel SERI MALAYSIA TEMERLOH juga menyediakan menu ikan patin masak tempoyak yang enak.,, mmm kredit buat chef Hotel Seri Malaysia Temerloh!!!. kerana buat aku kenyang..

Thursday, December 17, 2009

MAAL HIJRAH VS HAPPY NEW YEAR...

Hijrah itu pengorbanan‘Hijrah itu perjuangan.Hujrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan.....oleh itu , mari semua... kita sambut Maal Hijrah.. Tingkatkan semangat, tegakkan Syiar Islam , untuk sepanjang zaman..(senikata lagu)

Pernah dan selalu dengarkan lagu ini? Sejak dari kecil lagi, walaupun setahun sekali berkumandang tak kiralah melalui tv atau radio sekalipun, yang pentingnya kita bukan sekadar perlu meliang lentukkan kepala mengikut akan lunak dan merdunya lagu ini, tetapi kita perlu liang dan lentukkan pemahaman kita akan pengertian lagu ini secara implisitnya. Terkesan daripada penghayatan tentang konsep hijrah dan pengalaman sendiri melaksanakan hijrah. Ada yang berjaya, ada yang tidak, ada yang pernah berjaya kemudian menjadi tidak berjaya.

Apa yang membuat saya terdorong untuk menulis topik ini kerana bila saya ke Pasar ada orang (islam) bertanya cuti apa hari ini? Betapa mereka tidak menyedari kehadiran maal hijrah ini. Kenapa ini terjadi? bila sambutan tahun baru semua orang menyedari. Di tv berbulan2 membuat promosi dan pelbagai event di sediakan untuk sambutan tahun baru masihi. Ibubapa membawa anak2 melalui detik2 yang di namakan countdown tahun baru tu. Kalau tak pun berjaga di depan TV semata2 nak menonton detik 12 malan di TV. Begitu juga semua pak2 menteri berada di dataran merdeka untuk mengira detik jam 12 malam bagi menyambut tahun baru. Pendekkata sungguh meriah.

Berapa ramaikah pula golongan yang menyedari kehadiran maal hijrah. Berapa ramaikah pula yang berjaga malam menunaikan solat hajat dan taubat untuk mengira detik kehadiran tahun baru hijriah ini? Kalau waktu persekolahan anak2 di ingatkan kehadiran maal hijrah ini. sewaktu perhimpunan murid2 di ingatkan doa akhir tahun dan awal tahun begitu juga dengan amalan2 yang baik di bulan ini. Dalam musim cuti sebegini.. bergantung kepada kepekaan ibubapa. Tapi seandainya seperti ibubapa yang saya ketemui tadi? Penerapan pemahaman terhadap konsep ini perlu di mulakan pada peringkat anak2 lagi. bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung lagi.

Malaysia ni rakyatnya kaya dengan bahasa. Hijrah ni bermakna perpindahan dari bahasa arab yang secara lughatannya . Tapi boleh di intepretasi dengan lebih mendalam secara literaturenya. Dalam bahasa lain yang sering digunakan ialah transfomasi.. ha..itukan bunyinya macam ada class sikit. Itulah bila sebut transformasi mungkin memberi aura yang lain pada sesetengah individu. Perlukah ditukarkan dari sambutan Maal Hijrah kepada Sambutan tranformasi or whatever yang lebih glamour supaya kehadiran muharam ini lebih disedari lagi?

Kepada rakan-rakan SELAMAT BERADA DI TAHUN HIJRAH YANG BARU- SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM... ingatan buat diri sendiri dan rakan-rakan semua. Sama-samalah kita berdoa semoga umat Islam semakin teguh dan kuat. Syiar Islam kita pertahankan dan mantapkan.. AMIN...

Sunday, December 13, 2009

Gaya kepimpinan atau jangka masa?

Semalam semasa kami anak beranak santai bersarapan di salah sebuah kedai nasi dagang yang agak terkenal di sini, tiba2 dikunjungi oleh salah seorang warga pendidik. Kami bersapa.yelah bila cikgu bertemu cikgu , persoalannya tentang sekolah, exam, guru, murid dan pengetua/gurubesar. Awal Disember ni, disamping pertukaran guru-guru berlaku juga pertukaran gurubesar didaerah ini. Sekarang gurubesar sekolah y bertukar ke sekolah x. Pendek kata pertukaran 2 hala saja. Gurubesar dari sekolah y yang dikatakan gurubesar wanita yang garang dan cerewet ini akan ke sekolah X dan guru-guru sekolah X sudah mula kecut perut dan membayangkan sesuatu yang melecehkan. Setelah direnung dan dimuhasabah kerana kecerewetan dan kegarangan dia maka dia berjaya menghasilkan kuantiti pelajar 5a yang ramai.
Adakah perkaitan antara gaya kepimpinannya yang bersifat task oriented dengan pencapaian akademik yang cemerlang? Dalam sedar tak sedar ibubapa ada yang berdesas desus untuk memindahkan anaknya ke sekolah yang dipimpin oleh GB dari sekolah Y ini. Ini bermakna sekolah yang dipimpin selama ini adalah sebuah sekolah yang berkesan. Ibubapa pulak tidak melihat kepada sekolah dan guru yang ada tetapi kepada pemimpin. Pada mereka bila pemimpinnya bagus ia boleh merubah semuanya menjadi bagus. Selama ini bekas gb sekolah y telah membuktikan keberkesanan kepimpinannya ke arah menghasilkan pelajarnya cemerlang dalam pencapaian akademik sekolahnya.
Bagi mencapai kejayaan seperti yang dicapai sekarang,berapa lama masa yang diambil? bukan satu jangka masa yang pendek seingat saya more than 12 tahun. Seandainya kita bertanya kepada guru-gurunya, mereka sudah biasa bahkan menjadi budaya yang sebati dalam kehidupannya dengan stail kepimpinan itu.
Seandainya seorang GB yang mempunyai gaya kepimpinan relationship oriented diberi jangka masa yang sama seperti GB dari sekolah Y adakah ianya mampu produce kuatiti 5 A sebagaimana yang telah dilakukan oleh bekas GB sekolah Y? . Mungkinkah faktor jangka masa seseorang pengetua /GB di sesebuah sekolah boleh mempengaruhi pencapaian.?
Dalam pemerhatian yang diperolehi selama ini gaya kepimpinanya yang bersifat kepada berpusatkan tugas itu dikatakan boleh membawa kepada kejayaannya. Tetapi tidak boleh dinafikan mungkin faktor jangka masa yang panjang yang telah mempengaruhi kecemerlangan itu. Di sini mungkin terdapat beberapa lagi variable2 bersandar yang boleh mempengaruhi kecemerlangan tersebut.

Wednesday, December 9, 2009

Syoknya cuti...

(Sebuah Laptop usang dan satu sudut dikediaman aku yang sering ku habisi dengan tenang untuk berfacebook (bermuka buku) dan berblogging)

Terasa lapang sungguh cuti aku kali ini. Selalunya hari-hari biasa aku yang sangat sibuk dan selalu menantikan saat cuti seperti ini. Ahh.. aku lalui sebagaimana yang di rancangkan. Kalau hari-hari biasa aku seorang guru,ibu, pelajar, isteri dan driver jugak. Bayangkan bagaimana kalutnya.. biasa tu isnin - Jumaat (mengajar) hujung minggu ke JB (utm). Masa untuk dirumah beberapa jam saja. Tapi cuti ni sepanjang masa berada di rumah. Selain beberapa hari keluar bercuti. Rutin aku di rumah sepanjang cuti bermula awal pagi, siapkan sarapan, mengemas rumah,masak tgahari, sediakan minum petang, bersiar ke tepi pantai sediakan makan malam dan berblogging dan berfaceboook ohh sungguh lapang....Di wajah anak2 jelas terbayang perasaan seronok. Mereka mencadangkan aku masak itu dan ini. Aku cuba penuhi juga. Inilah masanya membayar hutang tanggungjawab yang selama ini banyak diabaikan. Walaubagaimana pada 22-23 Disember nanti aku diberitahu supaya menghadiri mesyuarat pengurusan di SERI MALAYSIA TEMERLOH. Ha.. dah mula dah.... Nampaknya waktu lapang akan beransur hilang.Wajah2 yang tersenyum ini akan perlahan2 akan berkerut dan berkedut. oh tidak.... Sesungguhnya aku bahagia dengan kelapangan ini.

Monday, December 7, 2009

Full time Suri rumah ..

Terasa dah lama cuti.. tapi seronok gak menjadi surirumah sepenuh masa ha,ha. Tapi mana boleh lawan suri rumah efektifkan? Semalam tup2 member SMS, k.Ros result keluar dah, saya punya result gedebuk, busyy jatuh frust betul la. Aku sebagaimana biasa fobia kit dgn keputusan periksa dari kecik2 agi gitu. Masa tu kat Pasar, alamak dah blank dah kepala otak nak beli apa untuk masak ni. Apa yang teringat keputusan periksa je. Maka saya mencapai je apa lauk tanpa sebarang perancangan. Biasanya saya membeli mengikut perancangan menu apa yang hendak dimasak. Tapi kali ni beli dan terpaksa masak ikut apa yang ada. aduhai... makngah betullah. Sesampai je kat rumah bukalah internet. tau sajalah bruk yang sekor(broadband la..) ni pun susah nak panjat pokok kelapa nak capai satelite.. dah beberapa kali di bedalnya barulah makan saman.. ha.ha. tengok result! mm seram sejuk gak sebab hari tu menjawab pun tak confident langsung dah la kut omputeih. Cuma harap2 prof faham omputeh aku yang dah di jadikan omputeih ala-ala 1 malaysia tu. Nasib lah sem ni 2 paper je.. Nak share gak result ni ... agak maintainlah.. tak jatuh gedebuk jugak la. just cukup makan...kelas sepatutnya mula 13 Dis ditunda ke 3 Januari. ohh rehat lagi... tapi ingat waktu lapang sebelum datangnya waktu sibuk..


Wednesday, December 2, 2009

Kawan.

Siapa kawan? bagaimanakah ciri2 kawan anda? Adakah kawan anda adalah orang yang sentiasa menyokong anda.? Adakah anda mempunyai kawan? Pada saya semua insan saya temui dan mengenali saya itulah kawan saya. Sebenarnya terlalu ramai kawan cuma kawan karib atau kawan setia tidak ramai. Dalam kehidupan seharian kita dapat perhatikan ada orang yang memilih kawan dengan melihat status. Ada orang melihat karektor, ada orang melihat pada penampilan ada yang melihat pada kepentingan yang bakal di perolehi. Pada saya kawan karib saya adalah seorang yang dapat menerima saya seadanya ketika susah dan ketika senang. Seorang yang sering menegur dengan ikhlas kepada saya. Semenjak berusia 12 tahun saya hidup bersendirian tanpa keluarga di sisi apa yang saya ada adalah kawan.
Dari situ saya menghadapi pelbagai jenis kawan. Pada saya kawan adalah satu hubungan yang penting dan tidak ada tukar ganti dengan sesuatu. Dalam pemilihan kawan kadang2 gerak hati kita memainkan peranan. Kadang secara tidak sedar gerak hati kita mengiyakan walaupun pada orang lain indiividu itu tidak bagus untuk di jadikan kawan tapi naluri kita menerima individu itu maka itu adalah sebenarnya kawan buat saya.
Bila kita berjumpa kawan hati kita merasa tenang dan damai bersamanya walaupun dia sering bertengkar dan berselisih pendapat dengan kita. Apabila kita melalui saat yang seronok kita ingin berkongsi dengannya. Kawan yang baik biasanya dapat memahami diri kita. Dia memahami saat sedih kita. Kawan amat penting kepada kita. Sekiranya anda ada kawan yang baik jangan cuba mengkhianati kepercayaannya. Dalam persahabatan seperti juga percintaan ada banyak cabaran dan kadang2 cabaran itu muncul untuk menguji kesetiaan kawanan kita. Saat ini hanya persahabatan yang ikhlas sahaja dapat menyelamatkan. sekian..

Tuesday, December 1, 2009

Memerhati gelagat anak.

Rasanya sudah 2 minggu cuti sekolah.Sudah mula terasa bosannya. Nak bercuti keluar daerah belum tiba masanya. Hubby aku jaga periksa SPM dan lepas tu menanda kertas SPM pulak. Mungkin next week lepas habis Spm bercuti sekejap sebelum menanda kertas. Tapi kerja2 kat rumah tak pernah berhabis jugak. mmm kali ni terasa free sungguh dengan sekolah cuti, Kuliah pun cuti waw rasa lapangnye... ha..ni masa bersama anak2. Biasalah anak2 sedang membesar kerja aku musim cuti ni masak itu masak ini. yang best semuanya licin... sedap ke tidak habis... semacam.

Friday, November 27, 2009

MAAHAD MUHAMMADI(p) 20 TAHUN DAHULU.

Inilah wajah MMP pada tahun 1989. Tatkala banjir. Pada masa ini aku menduduki exam SPM. (ha..ni zaman muda2 dolu la..)Oleh kerana air bah mencecah paras pinggang dan keadaan berbahaya pada masa itu peperiksaan ditunda. Namun kami sempat juga menduduki peperiksaan dalam air. Dimana sebahagian badan berada dalam air. peperiksaan diteruskan. Oleh kerana sekolah MMP ni hampir terselam maka pusat peperiksaan di pindahkan ke zainab's school. Apalah yang kami mengerti ketika itu. Namun begitu bah tidak menghalang semangat kami. Berkat doa guru-guru kami yang penuh keikhlasan maka pada tahun tersebut seramai 150 ++ berjaya mendapat gred 1 dalam SPM.

Apa yang menjadi kenangan. (Cuba cari mana se aku nye...) Walaupun dalam darurat pada masa tu, kami ni kiranya budak-budak nakal kat MMP pada tahun tu, wpun warden beri amaran jangan bermain air. (kami tak boleh balik kampung) semua jalan putus masa tu. Makan makanan bantuan banjir ... sardin dan biskut tawar. Ha kami sempat bermain air. Ni di hadapan padang asrama sekolah kami la ni...(air macam teh susu ) tapi belasah jugak.
Masa periksa tunda sepatutnya study.. tapi bukan main happy main air. Ni kat atas tangga bangunan asrama lama hadapan surau. Nasib baik exam excellent kalau kantoi... dah tentu salahkan air bah.. hi.hi. ada yang termenung.. tapi ada yang happy semacam.
Gambar ni tatkala air bah dah surut. MMM tengoklah bukan main galoknya kami bermain. Sedih tu hujan nak berhenti.. air dah surut. Inilah juga yang menjadi nostalgia bila musim banjir sebegini.ooh dimana kalian sekarang yek...Inilah wajah MMP ketika ini. Merupakan sebuah sekolah agama yang tertua di Negeri Kelantan. Melahirkan ramai srikandi bangsa dan negara. Sekarang baru aku tahu kenapa suatu ketika dahulu ayah aku beria-ia nak menghantar kami adik beradik ke sini. Walaupun ketika itu aku layak memasuki MRSM dan Sekolah Sains. Malah dah dapat surat tawaran pun.. Tapi akhirnya aku memenuhi hasrat ayah dan masuk sekolah ini. sekolah ini di bawah pengurusan YIK sepenuh ketika itu dan sukatan pelajaran juga sepenuhnya di bawah YIK. Namun sekolah ini merupakan sekolah yang berkesan. Pada masa itu pelajar yang keputusan penilaian darjah 5 nye 5A dan 4A sahaja dipilih ke sekolah ini. Kami menghadapi 17 subjek dan sebahagian besar dalam bahasa Arab. Setiap tahun bermula tingkatan 3 SRP kemudian tingkatan 4 SMU, tingkatan 5 SPM. Kalau tak berjaya masuk U sambung 6 bawah STU dan boleh ke timur tengah atau meneruskan STPM. Dalam era ict ni dapat juga aku berhubung dengan member2 lama menerusi face book amat membanggakan sebahagian besar pensyarah u, peguam, doktor , arkitek dan guru seperti aku. Namun aku tetap berbangga dengan diri aku jugak... ha.ha.

Buat teman2 inilah sedikit sebanyak nostalgia yang dapat aku kutip buat kali ini. gambar2 ni pun aku dapat menerusi facebook neng, zaiti, sharina dan Sakinah Salleh yang menjadi orang kuat ALLUMNI MMP kita.

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA..


SELAMAT EIDULADHA BUAT SEMUA TEMAN DAN SANAK SAUDARA...SEMUA

Nampaknya eidul adha pada tahun ini aku berada di Rompin aje.. memandangkan suamiku terlibat dengan mengawas peperiksaan dan selepas raya pulak ada mesyuarat penandaan kertas periksa. Kalau balik kelantan dibimbangi banjir dan tak lepas balik pulak. Maka disinilah kami anak-beranak. ha.. itu pun namanya korban kan? Sebagaimana biasa adalah sedikit persediaan untuk menyambut hariraya. Masak la juga ketupat dan rendang. Lain2 tu masak panaslah. Biasanya aku suka bila tamu datang tu.. masak mee ke mihun ke panas2 camtu. Hanya prepare bahan2 yang siap potong je... bila dengar tamu nak sampai barulah capai semua2. Sebab cara tu lebih fresh la. Kat freezer tu simpanlah semua2 yang instant jugak. hi.hi.

Monday, November 23, 2009

kenangan terakhir di SKJ

Inilah perkara yang terakhir yang dilalui semasa berada di SKJ iaitu hari kantin kali ke2. Pada hari ini semua guru dikehendaki mengadakan jualan. Pada masa yang sama guru kena bertemu ibubapa membuat laporan prestasi anak2 mereka. Pada masa yang sama juga menjemput pegawai polis memberi ceramah berkenaan jenayah kepada ibubapa. Terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan pada hari ini. Aku pula dikehendaki menjual kuih2 basah. Setiap gerai 3 orang guru. Ada lebihkurang 10 gerai. Dek kerana kami bertiga ni kantoi dalam membuat kuih ni so kami beli je RM 30 kuih dari rata2 kedai/warung di sepanjang jalan dan menjualnya dengan harga yang sama je. Apa yang terjadi ada juga kuih tak habis kira sedekahlah pada murid2. Yang lucu kena pulak bagi komisyen 20%. Maka yang rugi bertambah rugi lah. Dah sememangnya bukan jenis interpeur beginilah jadiknya...hi.hi. apa nak buek. Semasa hari anugerah aku tak melaluinya sebab aku menghadiri mesyuarat e pelaporan di Lipis. Hanya ini saat terakhir aku di SKJ.
Inilah gerai GB aku (Tudung pink) bersama k.AS dan Nor kedua2nya pekerja swasta sekolah aku sebagai pembantunya. Makanan yang dijual macam2 jenis nasi. hujan panas ada nasik minyak pun ada. Tak menang tangan GB aku berniaga pada hari ni.
Ha.. ini pulak kawan aku. Pada hari kantin yang pertama dulu hanya jual 3 biji pizza je. Nampaknya kali ni. banyak berjualan... sambut cabaran nampak.. makin pandai berniaga ...itu yang mama suka tu...
Ha.. ni gerai GPK HEM ni... kat pejabat tak dek oghe wey.. parent nak tanya pasal banyak hal nu. hang pa duk berjual pulak... wey.. duit gaji dah tak cukup ke? Kalu nak berjual biarlah habis waktu sekolah wey... jual pasar malam malam nanti. kah.kah. jangan mare... terus berjual hingga titisan terakhir.hu.hu.
Yang ni kedai air la.. ayaq kelapa muda...Biasanya laku.. tapi hari ni tak laku.. awatnye,,, hang kena mandi bunga dulu belum berjual. Muka mesti manis barulah laku.. jangan marah pada buah kelapa tuh... marah kat beruk yang panjat kelapa hi. hi. okey guys good luck! Nampaknya suka duka di SKJ berakhir. Walau bagaimanapun korang tetap akak ingat... Selalu2 lawat blog akak..key...

Saturday, November 21, 2009

Hari minggu bersama anak2.

emm, cuti sekolah bermula.Hari ni kami sekeluarga merancang untuk membaik pulih halaman rumah yang tonggang tebalik. Banyak pokok2 yang hidup segan mati tak mahu. Kami menjalankan gotong royong 1 malaysia lah dikediaman kami.

Kelihatannya anak lelaki aku berminat dengan kerja2 seperti ini..

Setelah penat bergotong royong kami anak beranak berkelahlah dihadapan rumah .

Amat berselera sekali walaupun masakan tak seberapa.

Best juga jika ada kelapangan sebegini bersama anak2. Pokok2 pun tentu juga merasa seronok sekali sekali mendapat sentuhan tuannya. Tapi nampak gayanya pokok2 aku ni dah lama menderita tanpa perhatian dari tuannya. hu.hu. semuanya kurus kering dan kusut masai dah...

perpindahan yang tak dijangkakan

Setelah menerima surat perpindahan tempat bertugas tu, suasana menjadi hingar bingar. Ada yang sedih. Kebanyakkannya sedihlah. Pelbagai persepsi ada yang mengandaikan GB tak suka kepadanya dan mencadangkannya dikeluarkan. Ada juga yang mengandaikan pihak PPD saja nak menyusahkan guru2 yang dah selesa dengan tempat sekarang. Macam2 lagi andainya. Melalui sumber aku dapati perpindahan dah pertukaran dilakukan terhadap guru2 yang dah lama di sesebuah tempat. Contohnya aku dah 6 Tahun di SKJ harus dipindahkan. Kawan aku Anizai dari SK Leban Chondong juga di tukarkan ke SK Pontian dan ramai lagi. Setahu aku di area Muadzam Shah juga ramai yang terlibat dengan pertukaran pada tahun ini. Seorang kawan aku( k.Imah) yang telah di tukarkan ke SKJ juga nampaknya mengikut GB lamanya. Tapi tup! tup! k.Imah yang selama ini KIV untuk pindah ke Jerantut bertukar fikiran dan meneruskan hajat berpindah ke Jerantut dan lebih rela berjauhan dari hubbynya dari bertugas di SKJ. hu.hu.hu. siapalah intan terpilih yang bakal ke SKJ mengantikan tempat aku dan tempat K.imah yang mengubah haluannya itu.

Membaik pulih proposal atau mula membina Modul ?

Hari ini bermulanya cuti. Di hatiku berbaur2 berbagai perasaan sebenarnya. Namun begitu aku ketepikan semua perasaan itu. Masakan tidak, bila kita hendak berpindah ke sesebuah tempat baru apa yang terfikir adakah orang di situ dapat menerima kita?. Apakah penerimaan orang terhadap kita dan pelbagai lagi. Sebenarnya banyak benda yang lebih penting harus aku lakukan segera agar masa yang sedikit itu manfaatnya banyak. Kebetulan sekarang kelas master aku masih belum bermula. Aku akan mengemaskinikan proposal aku. Nampaknya banyak lagi renovation perlu dibuat. Tapi moodnya tak ada. So hari ini aku lupakan proposal tu dan mula membina modul p&p aku. Ini yang aku mesti siapkan. Bahan2 sekian lama aku kumpul. Papan cerita juga sekian lama aku draft, hanya pengubahan saja sekarang. Semasa di BTP hari tu aku dah persembahkan beberapa part dari modul aku ni. Ada beberapa pegawai JPN bertanyakan aku kenapa tak minta GC sedangkan aku dah ada modul yang agak inovasi . Mengikut pegawai tersebut modul ini memang bagus dan pihak BTP nak merakamkan simulasi penggunaan modul ini sebagai model. Tapi pada aku modul itu masih tak complete lagi tak tak berpuashati lagi. Sebelum publish biarlah aku buat pengujian alfa dan beta pada sasaran aku untuk memastikan keberkesanan. Tentang GC tu sebenarnya ada hati nak apply tetapi memandangkan aku dalam peralihan Gred jawatan aku tangguhkan dulu...GC ni kiranya fast track menuju bintang.. Semoga masa cuti yang panjang ini aku akan dapat menyiapkan. Tentang perpindahan tempat baru pulak aku berserah, semoga apa yang Allah tentukan padaku itulah yang terbaik buat aku. Aminn....

Friday, November 20, 2009

UPSR DAN BERTUKAR SEKOLAH?

Dalam keghairahan meraikan kejayaan pelajar UPSR termasuklah anak aku. Aku berasa berbangga dan berpuashati dengan kejayaan yang berjaya diraih.Aku percaya ini adalah hasil yang ditunggu selama ini. Ini merupakan anak sulung SKJ. Setelah 6 Tahun sekolah ini beroperasi semalam berjaya menghasilkan 7 pelajar 5 A. Kejayaan ini bukanlah terhasil dalam setahun. tak mungkin. Segalanya bermula dengan akar dan umbi yang kukuh. Adalah agak tak sesuai sekiranya individu tertentu mendabik dada mendakwa inilah hasil usahanya dalam masa setahun. Bedaah dan tak berpijak dibumi yang nyata. Anyway aku bangga inilah anak2 didikku, yang seringku marah dan tegur.
Berbalik soal aku. Tup! tup! dalam suasana orang bergembira aku mendapat surat pertukaran. Yeah bermula 1 Disember aku bertugas di SK Kampung Kolam.Hati rasa gembira walaupun sedih untuk meninggalkan adik2 dan rakan2 disekolah. Tapi aku percaya ada hikmahnya. Walaupun aku tak mengisi borang permohonan bertukar, tapi aku terima dengan redha dan tenang. Aku mula membina satu azam baru semoga penghijrahan ini membawa seribu makna buat aku.

Monday, November 16, 2009

e-Plaporan lagi...

Hari ni..aku bertolak dari Rompin lebihkurang kul 10.30 pagi. Perjalanan hampir 5 jam gak dari Rompin ke Kuala lipis ni. Aduh...penat jugalah. Tapi biasalah travelling ni menjadi perkara biasa bagi orang seperti aku ni. Mesyuarat e-plaporan ni akan berlangsung selama 3 hari. Anyway suasana di Kuala Lipis ni oraait juga. MMm tempat kelahiran Dato' Siti katakan. Manalah tau lama-lama duk kat Lipis ni boleh jadi comel macam siti ha.ha. Ini gurauan je,,, aku tetap akulah...

Tuesday, November 10, 2009

Kemeriahan Majlis Khatam Quran

BUNGA TELOR ADALAH SATU TRADISI BAGI MAJLIS SEPERTI INI...

PERSEMBAHAN KOMPANG SELAWAT YANG MENGKAGUMKAN DARI SK KERATONG 4

PUKULAN KOMPANG MENGIRINGI KEHADIRAN DHAIF2 KEHORMAT

INI PULA DUA SAHABAT AKU...BILA MAJLIS SEPERTI NI BERPELUANG UNTUK BERJUMPA...

Alhamdulillah hari ni PPD Rompin telah berjaya menganjurkan majlis Khatam peringkat sekolah dengan diwakili oleh 350 orang pelajar. Ini merupakan satu program tahunan yang sering diadakan. Kali ini majlis ini diadakan di Masjid Muadzam Shah.

Sunday, November 8, 2009

kenapa agensi perkhidmatan awam tak sebagus celcom atau bank2 dimalaysia?

Kenapa persoalan ini yang saya kemukakan. mmm nak kata bengang tak lah sangat tapi hangat hati ada la...Sebenarnya sudah lama kat website spp menyatakan bahawa surat tawaran telah dikeluarkan semenjak 19/6/2009 lagi. Tapi hingga kini aku tak dapat surat tu. Apa yang membimbangkan bila seorang kawan aku contact kpm tanya surat dia kata kawan aku punya rekod perkhidmatan tak disertakan. Heran juga bukanke kalau tak lengkap tak lepas utk interview. Lalu hari ini aku cuba contact juga manalah tau kut2 ada masalah. Amat mengecewakan contact sppp, spp kata contact KPM. Contact KPM, sumber manusia sana kata tak tahu, beri no telefon, contact lagi... sini kata tak tau... semua yang dicontact semuanya kata tak tahu. Ada yang mendukacita lagi menjawab mmm surat puan tu posmen salah letak kut. oh... how stupidnyee..
Lalu aku mengambil keputusan contact JPNP, keadaan sama juga. Tanya unit perkhidmatan tak tahu, tanya unit kenaikan pangkat tak tahu, tanya unit sekolah rendah tak tahu... semua tak tahu... ada yang jawab pegawai keluar minum. pukul 9.00 pagi dah minum? pukul 10.00 minum lagi.. itukah pegawai kerajaan? Apa yang mereka tahu? Bila guru2 complaint kat suratkhabar, tv3 baru tau.. oo. semua tahu. Agaknya suratkhabar la tempat sesuai untuk memberitahu kepada pegawai2 kerajaan ni...Cubalah bandingkan dengan perkhidmatan celcom dan bank2 di malaysia. one call semua problem settle. one touch almost completely. Itulah pengurusan yang perlu di pertingkatakan. Adakah sikap pegawai JPN Yang asalnya seorang guru berbudaya kerja begitu? Selama ni persepsi saya pegawai2 JPN ni org yang terpilih layak dari kalangan guru untuk mengurus. Kalau begitu adanya jangan lah salahkan golongan guru di sekolah..ok think about it.

Friday, November 6, 2009

kem literasi al Quran di bukit Ibam.






Seramai 140 orang pelajar dari sekolah2 rendah yang masih belum khatam iqra. Lokasi di Ibam yang dingin dan damai memang sesuai untuk program perkembangan pelajar seperti ini. Sebagai seorang urusetia yang mengurus program ini aku rasa bangga. Kenapa? one of the reason memenuhi portfolio aku. ha.ha. menangguk di air keruh. Secondly.. try to make observation toward interversi student la. Pelajar yang terlibat ni biasa lah pelajar pemulihan. Dari pemerhatian anak-anak ini bukanlah tak pandai, tapi minat untuk belajar tak ada. suka main2. satu pendekatan yang vogue perlu bagi pelajar2 seperti ini. kaedah tasmik dan musfahah tidak dapat memberi impak yang besar. Seorang fasilitator juga perlu invatif,kreatif dan struggle. Ku harap program yang berlangsung 3 hari dan 2 malam ini bukanlah berlalu begitu sahaja. Satu perubahan perlu berlaku ke arah memajukan umah. ha ha cakap senang, bikin susah oo.

Wednesday, November 4, 2009

Alangkah Bahagianya...

fuh.. bestnya . exam dah selesai. Tinggal lagi urusan menanda dan menyusun markah pelajar. mmm dalam pada tu sibuk gak. Esok kena meninggalkan rumah juga.Esok lepas sekolah akan bertolak ke SK Bukit Ibam sebagai urusetia program literasi Al-Quran sekolah2 kementerian sampai Ahad. O.O. dah lama aku tak berhari minggu dengan family nih! camne yek.. anak-anak aku tentu rindu gak pada nasi lemak aku di pagi minggu. Aku harus planing la supaya atleast pagi sabtu aku dapat breakfeast ngan anak2 dan suami. Anak2 aku ni memang cerewet kit le.. nasi lemak beli tak nak! biasanya kalu ada kesempatan aku masak nasi lemak sambal udang/ ikan bilis dan lepas tu bungkus dalam daun pisang. Telor rebus pulak 3/4 masak. Jangan masak sangat. Ha.. aroma daun pisang tulah yang membuat bertambah sedap...bukan tak de pinggan. Minggu ni pulak anak2 semua dah selesai exam. Tentu mereka pun bosan. Ha.. kenalah planing dan sediakan tugasan masing2. Kalau tak... Itulah sebagai ibu kena menguasai ilmu pengurusan ni. Kalau tak anak bisa berantakan. Dalam semua situasi kena win-win situasi. Kadang2 dengan pengurusan yang sistematik kita dapat mengendalikan rumahtangga dan kerjaya dengan baik. Dengan itu hidup kita lebih ceria dan gembira Aku tengah merancang jadual tentatif untuk anak-anak aku ni. Biar mereka turut membiasakan hidup dengan terancang. Pada masa yang sama pelbagai aspek pembangunan kendiri perlu di terapkan. Pastikan perkembangan yang seimbang. Tanpa pengurusan yang baik hidup kelam kabut dan serabut. cepat tue wey... Berjuanglah ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Sama-sama kita memikirkan yang terbaik untuk diri kita.

Sunday, November 1, 2009

Release Tension ke tu?


( INILAH SUASANA AKU KAT DEWAN PEKSA.. AKU YANG BAJU BIRU TUDUNG BIRU)

Tepat jam 12.00 tengahari tadi maka berakhirlah paper managing student's development. mmm berasap juga kepala dan tangan menulisnya. Alhamdulillah apa yang aku jangkakan keluar semuanya keluar. Dengan sedikit persediaan maka dapatlah aku menjawabnya. Tapi berapa banyak jumlah yang diperolehi... bergantung kepada pensyarah lah. Setelah selesai maka aku bergegas memandu pulang ke rumah.
Dek kerana beberapa hari ni aku banyak menumpukan pada peperiksaan tiba-tiba hari ni rasa lapang saja, menyebabkan rasa nak makan je. Sebelum ni rasanya tak sempat nak makan yang mengarut2 ni kerana sayangkan masa.
Ok sedikit laporan perjalanan aku pada hari ini. Bermula dari Taman u singgah kedai software beli perisian u lead dan studio 9,kononnya masa lapang ni nak edit2 video nak compile lah. kemudian aku mula mencari mc donald singgah makan burger, kemudian meneruskan perjalanan sampai senai, nampak pizza hut, singgah bantai pizza pulak. Seterusnya sampai kota Tinggi, jumpa gerai goreng pisang, beli bungkus makan sambil memandu. Sampai Mersing jumpa warong Pau singgah lagi, makan pau pulak. Itu bersendirian tu. Bersendirian pun menjadi jugak. Biasanya tak macam tu. Alamak apa dah jadi. Bila balik rumah mengira-gira kalori, banyak tu. Oleh kerana dah terlanjak membantainya maka teruskan membantai. Sampai rumah makan nasi dengan ikan cicah sambal belacan pulak. mm makan sungguh2. Biasa tak makan malam. Suami aku mengeleng kepala tengok aku makan...hah nampak gayanya itulah release tension agaknya. Hah rasanya lepas ni nak membantai roti cicah air milo pulak...oh diet ku...

Thursday, October 29, 2009

Analisa Kualitatif.

Menurut Coffee dan Atkinson (1996) dalam menganlisa data kualitatif ia lebih bertumpukan pada maksud data dan bukannya bertumpukan kepada perkiraan untuk meletakkan nombor pada kes-kes tersebut. Terdapat 3 prosedur asas dalam mengekod data kualitatif
1- Melakukan pemerhatian dan peka pada fenomena yang berkaitan.
2- Mengumpul contoh-contoh terhadap fenomena tersebut.
3- Menganalisa fenomena itu, kemudian mencari persamaan, perbezaan, pola, trend dan
struktur.

Manakala menurut Esternberg (2002) terdapat beberapa method yang bole digunakan untuk menganalisa data kualitatif.
1- penyelidik mencari satu corak atau pola (pattern) dalam data.
2- penyelidik boleh melakukan perbandingan antara kes.

Dalam mengkaji secara kualitatif biasanya sampel yang diambil dengan menggunakan kumpulan fokus. Bilangan kumpulan fokus ini tidaklah terlalu ramai antara 8-13 orang sahaja. Dalam kumpulan fokus ini penyelidik akan berbincang dan bertanya pelbagai soalan dengan menggunakan idea dan pemikiran mereka sendiri.
Dalam perbincangan itu penyelidik boleh merekod dan kemudiannya menulis semula dalam bentuk transkrip.Dalam pengumpulan ini bukan dalam bentuk numerik tetapi dalam bentuk nominal .

Data kualitatif juga lebih menjurus kepada tema yang muncul semasa perbincangan. Data yang dianalisa juga seringkali ditulis dalam bahasa harian yang menyerupai satu cerita. Ia tidak menggunakan nombor atau statistik untuk menggambarkan tingkahlaku responden dan sebagainya.
Umumnya pengumpulan data ini bermula dari awal kajian dan berlaku secara berterusan ketika mengumpul data. Ini dapat memberi peluang kepada penyelidik untuk memeriksa data dan meningkatkan peluang untuk penemuan baru. Pelbagai jenis data boleh dianaliasa menerusi pemerhatian, temubual, dokumen yang diperolehi pada awal kajian . Data ini dapat membantu penyelidik dalam penyelidikannya.

Dalam menganalisa data kualitatif , pengkelasan dan perkaitan antara data akan dibangun serentak ketika membuat pemerhatian dan analisa semula. Corak dan proses analisa kualitatif ini makna setiap data yang dikumpulkan akan dianalisa semula pada akhir proses pemerhatian dalam penyelidikan tersebut. (refreshing!!!!!!!)

Wednesday, October 28, 2009

Periksa oh periksa (grounded Theory )

Lagi 2 hari aku akan periksa. Kekalutan menyiap soalan periksa pelajar, menyiapkan program literasi alQuran Peringkat Daerah, menyiap e pelaporan peringkat daerah dan sekolah menyebabkan rasa semput jugak. Semuanya harus dibereskan... tak sempat nak tangguh. Anyway sempat jugalah aku membelek2 notes yang pensyarah bagi . refresh for exam lah.. bila mengenangkan tak sempat mentelaaah dengan sempurna rasa rugi pulaklah. Bila habis periksa dah tentu kita tak baca buku-buku tu. Sedangkan di dalam buku tu banyak ulasan2 mendalam yang amat berguna untuk di ketahui. Dalam pada tu tadi aku telah study tentang theory grounded bagi kaedah penyelidikan. Dalam kaedah itu telah di ceritakan juga proses coding dan memo.
oK.. Saya elaborate sedikit tentang teory grounded ni,, ia merupakan satu kaedah kajian yang diperkenalkan oleh Glaser dan Straus pada tahun 1967 dan kemudian diperjelas secara detail oleh strauss pada tahun 1987. Ia merupakan satu kajian kualitatif yang mengunakan pendekatan induktif dimana kajian ini dimulakan dengan memperolehi data dan dari data dibina konsep dan teori kemudian dijadikan hipotesis dan teori dibangunkan. Berbeza dengan kajian klasik yang lain dimana pendekatannya adalah deduktif.
Terdapat 5 Tahap dalam menghasilkan teori grounded:
1- Design kajian
2- Pengumpulan data
3- Memaparkan data.
4- Menganalisa data.
5- Membandingkan data dan literature.

Dari 5 tahap ini pulak wujud 9 langkah:
1- tinjau ulangan teknik literature.
2- pilih kes
3- membuat panduan pengumpulan yang teratur.
4- membuat kajian lapangan.
5- susun data.
6- analisa data.
7- contohi teori
8- penyelesaian kajian
9- Banding kajian yang muncul dengan kajian yang lepas.
Kualiti teory grounded ini bergantung pada cara dan langkah pelaksanaan oleh pengkaji itu sendiri. Sekiranya kajian itu mengikuti langkah dan disiplin yang baik maka akan tercipta satu teori yang baik. Teori ini memerlukan tahap keprofesioanalan seorang pengkaji itu. Tahap kejujuran, ketelitian dan kesabaran.

Dalam fasa menganalisa data terdapat coding dan memo.
Apa itu coding dan memos?
coding adalah pemecahan mengikut konsep. coding juga satu cara untuk mengkelaskan data mengikut kategori. Data itu boleh diperolehi melalui temubual, pemerhatian dan catatan peribadi pengkaji. coding ini penting untuk lebih memahami dan memperjelaskan secara terperinci dan seterusnya dapat memperkembangkan teori.

Dalam Kajian grounded ni ada 3 proses coding.
1- open coding
2- Axial coding.
3- Selective coding.

Open coding - Satu proses dimana pengkaji mengenalpasti, mengkategori, membuat huraian berdasarkan dapatan yang diperolehinya melalui pemerhatian, temubual dan mana-mana dokumen yang berkaitan. Pada peringkat ini juga pengkaji akan memecah2kan permasaalahan mengikut konsep, fungsi dan objektif.

Axial coding - Pada tahap ini menghubungkan berbagai-bagai kategori dalam bentuk susunan yang kronologi. Ini gabungan cara berfikir secara induktif dan deduktif. Pada peringkat ini banyak maklumat baru telah diperolehi oleh pengkaji dan mula membuat perbincangan dan perbandingan.

Selektif Coding - Pada tahap ini maklumat yang diperolehi sudah berada pada tahap tepu (saturation) Dimana apabila ditemuramah beberapa orang maklum balas yang diperolehi adalah sama. Di sini penyelidik mengambil dapatan ini dan membina teorinya sendiri yang baru. Namun begitu penyelidik meneruskan dengan membanding dan menghubungkan dengan teori yang lepas atau yang lain.

alamak... dah penat ulasan seterusnya nanti,,, kalau sempat.. ada simpan kat kepala ni tapi tak larat taip dah.

Monday, October 26, 2009

read this story la...

Hari ni seperti hari yang lain. Kulalui dengan penuh bererti. Tapi ada satu kejadian yang boleh dijadikan satu iktibar samada lelaki dan perempuan. Ini kisah antara aku, kawan aku dan isterinya. Kawan aku ni lelaki lah dan kami memang baik suatu ketika dahulu. Kami tak pernah berjumpa semenjak lebihkurang 15 tahun. Pada hariraya yang lalu kami terserempak. Masa tu saya dan kakak saya telah bertegur sapa disampingnya pula ada isterinya. Apabila berjumpa maka diapun memperkenalkan kami berdua kepada isterinya. Lantas air muka isterinya sedikit berubah dan saya lihat kawan saya ni pun macam takut-takut untuk terus bertanya khabar. Pada saya ok lah tu. Dalam kesempatan itu kawan saya ni pun meminta no telefon, seperti biasa saya memberinya dan begitu juga kakak saya. Selepas itu, sekali sekala ada jugalah bersms untuk bertanya khabar. Dia pun nak juga tahu perkembangan saya. Itu saja, tidak lebih dari itu. Pada pagi ini, saya dapat 1 mms dari kawan saya tu. Lalu saya membalasnya, gambar ape tu? Tak jelas…tak semena2 selepas beberapa minit, saya dapat panggilan no telefon tak dikenali. Lalu saya menjawabnya. Isteri kawan saya tadi telah menelefon saya dan begini bunyinya :
Kring!!!kring!!!
Saya : assalamualaikum,
Isteri dia: waalaikumussalam.
Saya : sape ni?
Isteri dia : oo tak kenalkah? Ni isteri orang yang awak selalu bhubung tu.
Saya : Sape yek . isteri sape ni?
Isteri dia : Saya tahu awak ni yang saya jumpa hari tu, dan sering bhubung ngan suami
saya.bla.bla.bla..... ( dia kata saya ada hubungan sulit dengan suami dia Seingat saya beberapa sms je.. itu semua pasal tanya khabar dan ucapan selamat hariraya.)
Saya : Masyaallah, saya tak lah sampai gitu.Nauzubillah! selisih malaikat 44 ! Minta
maaflah puan, saya pun dah ada suami dan rasanya suami saya ni lebih hensem dan pesonaliti pun lebih baik berbanding dengan suami puan tuh. (dalam loghat kelate lah).
lalu saya memberi salam dan meletakkan telefon. Selepas tu saya dapat lagi sms demi sms nih. Hai geram jugak. Kita sibuk nak study ni.. banyak lagi benda lebih berat nak fikir ni.. Saya terfkir beberapa ketika. Sebab bagi saya lelaki itu adalah kawan lama saya. Kenapa isterinya begitu cemburu? Kenapa dia tidak menyoal ini kepada suaminya? Agaknya suaminya tak pernah dapat SMS dari perempuan? Setahu saya isterinya juga seorang guru.Seingat saya SMS Saya semuanya membalas apa yang ditanya tak de pun yang saja2 gatal nak SMS. Saya pun bertanya suami saya, apa persepsi abang terhadap wanita sebegini ?.mmm memalukan suami je. Dia membuat tanggapan, wanita sebegini adalah wanita yang kurang keyakinan diri, dan sebenarnya banyak perkara yang dia tidak tunaikan dengan sebaiknya untuk suaminya. Kalau dia dah menjalankan tanggungjawab dan berperanan dengan sebaiknya kepada suaminya dia tak akan takut. Kerana suaminya tak mungkin mencari yang lain kerana dia the BEST. Tindakan dia itu telah menunjukkan kelemahan dia sendiri. Itulah ceritanya. Bagi saya satu pengalaman. Iktibarnya jangan mendekati suami orang... hi.hi.hi.. pada pompuan tu jangan cemburu sangat controll la sikit. Jangan terburu2 bertindak. Memalukan diri sendiri dan suami. Menampakkan kelemahan diri pulak tuh. Kalau kita baguih perform tak kanlah suami nak cari lain. Fikirkan performance laagi baguih noo.

Sunday, October 25, 2009

Kelas terakhir semester ini

Semalam merupakan kelas terakhir bagi sem ini. Minggu depan exam. sepanjang minggu ini kenalah study hard sedikit. Kalau tidak keputusannya kantoi. Peperiksaan, assigment satu benda yang dah sebati dengan kehidupan aku. Apa yang ku harapkan aku diberi kesihatan dan kemudahan dalam menempuhinya. PERIKSA! PERIKSA! YAHOO....study! study! study!...

Saturday, October 24, 2009

Perasaan Seorang Pelajar Mahasitua.

Bila aku renungkan kembali, saat ini aku masih bergelumang dengan buku-buku dan mengkaji bahan kajian orang sana sini sehinggakan aku rasa aku seperti berada didunia aku sendiri. Semalam sebelum aku ke tempat study aku berborak2 dengan anak sulung aku.(ZAL) aku kira walaupun usianya baru mencecah 14 tahun namun bagiku dia seorang yang cukup matang. Persoalan aku, adakah dia merasa kekurangan lantaran aku sering meninggalkannya dan adik-adik setiap kali aku ada kelas. Namun jawapannya dia kata, dia bangga tengok mamanya gigih belajar dan dia berpendapat mamanya berbeza dengan orang lain. Dia juga berpendapat mama seharusnya belajar lebih tinggi lagi !. Dia berharap aku belajar sehingga peringkat PHD. Dia juga ingin melihat adakah mama mampu sehingga tahap itu. Aku agak terkejut dengan jawapan itu. Kadang-kadang aku merasa kasihan juga pada anak-anak yang sering diabaikan oleh aku. Kadang-kadang aku rasa seperti seorang ibu yang pentingkan diri sendiri. Tapi kadang-kadang inilah satu hobi aku sebenarnya. Minat pada suatu input yang baru. Bila dalam situasi belajar ini, aku seolah-olah tamak. Kadang-kadang tu semua ingin aku cuba dan menjayakannya. Tetapi aku lupa semua itu tak mungkin...Minggu depan aku periksa. Biasanya sebelum periksa aku sempat khatam buku2 dan dah memiliki nota2 kecil dah. Tapi kali ini aku agak sibuk dan persediaan tidak begitu mantap. Namun, aku berharap kematangan dalam menghujah akan meningkat pada exam kali ini. apalah makna pembelajaran tanpa peningkatan dan perubahan dalam corak pemikiran.

Wednesday, October 21, 2009

Di sebuah Kamar Di BTP Kuantan..

Di kamar 206 di BTP aku bersendirian. Apa yang ku lalui bersama kesepian ini.? Tatkala malam semakin larut bahkan embun pagi mula menitis namun mataku ini masih terbuka luas dan fikiran ku terus melayang2. Beberapa kali ku cuba membelek buku untuk menelaah tapi ianya bagaikan seekor tikus melihat besi. Kenapa harus begini? Malam tadi juga aku tak melelapkan mata. Apa yang terpahat difikiranku? terlalu banyak perkara yang tak berguna agaknya berada difikiranku? Kalau ikutkan hati ketika ini ingin aku menghidupkan injin kereta dan pulang kepangkuan anak dan suamiku saja. Mungkin aku rindukan mereka....
Aku rasa selepas ini aku harus menghadkan diri dari tugasan seperti ini. Outstation dan sibuk pada sesuatu yang tak pasti. Sudah tiba masanya untuk aku bersama anak-anak dan suamiku. Terlalu lama menunggu siang kurasakan... aku ingin kembali kepangkuan anak-anak dan suamiku... Mereka yang mengerti aku.. tiada yang lain...

Saturday, October 17, 2009

Gambang Waterpark.

Semalam dalam kesibukan membuat persediaan untuk ke kelas. Tiba-tiba dapat 2 sms yang menyatakan bahawa kelas dr Yusof akan di adakan pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari saja. Hari ahad tak ada kelas. So akupun mula mencongak lah. untung ruginya. Perhitungan aku menjadi lebih mudah bila dr Yussof pesan pelajar jauh dari kuantan dan putrajaya kalau tak datangpun dimaafkan. So aku buat plan dengan anak-anak untuk berkelah. Tapi setelah berbincang2 maka keputusan diambil ke Gambang Waterpark le.. tempat yang baru dibuka tu..



Apakah sebenarnya yang diharapkan oleh anak2 dari ibubapanya?

Adakah kebahagiaan itu dapat di nilai dari riak wajahnya.


Adakah mereka mengharap pengertian dari ibubapanya?

Adakah keakraban mereka akan berkekalan sampai dewasa?

Semoga mereka mengerti bahawa kami menyanyangi mereka dan mereka adalah keutamaan kami...gambar sepenuhnya ada dalam facebook.

Thursday, October 15, 2009

Kehadiran ular ke kantin sekolah. Janglau


Pada waktu rehat tadi, tiba-tiba seekor ular tedung berwarna hitam telah menjalar ke meja makan pelajar. Amat mengejutkan. lebih mengejutkan lagi anak aku yang berada beberapa inci dari meja itu dengan wajah yang terkejut menjerit memberitahu cikgu tentang ular itu. Dengan kecekapan guru dan seorang tukang sapu (K.AS) ular itu berjaya dihindari dari pelajar dan dibunuh. Dek kerana aku sibuk aku tak ada di tempat kejadian itu. so gambar tak sempat ambik.

Monday, October 12, 2009

Baby baru kawan baik aku masa first degree dulu


Ini baby kawan aku.. yang lahir pada 10.10.2009. Baby girl. Namanya pun tak de lagi.. beratnya 3.4 kg masa lahir. Pada rakan2 lama yang menjengah blog aku ni,,, nilah baby sri Rohayu Bt Ismail. mmm senyap2 produce new edition. Anyway tahniah...ayu. kata nak bagi ke kak ros...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...