Sunday, January 25, 2009

ITU YANG TERSURAT.

Penghujung Disember 2008 kami warga SK Janglau sekali lagi dikejutkan dengan pertukaran Gurubesar kami, yang Tuan Haji Kamarudin telah bertukar ke SK Kg Kolam, manakala Puan Romlah mengganti tempatnya di SK Janglau. Terasa begitu cepat , dan perubahan ini berlaku amat mengejutkan kami warga SK Janglau. Saya berada di bawah kepimpinan Tuan Haji Kamaruddin semenjak awal pembukaan SK Janglau lagi. Saya tahu beliau mempunyai visi dan misi yang besar terhadap SKJ. Adalah perkara yang luarbiasa visi dan misi dapat di capai dalam jangka masa yang singkat. Jangka masa yang melebihi 5 tahun adalah diperlukan untuk mencapai visi dan misinya. Dalam peringkat ini Tn Haji telah berjaya membudayakan sekolah , mendorong sumber manusia. Melengkapkan persekiran dan pada kami beliau merupakan seorang pemimpin dan pengurus yang cemerlang.

Masih saya ingat pada awal 2004 ketika saya mula bertugas di SKJ, hati saya tertanya-tanya bagaimana GB baru saya ni. Saya ingin mengenali…. Dia seorang yang kuat melawak tetapi ada ketikanya dia serius. Dalam mesyuarat apa yang tak kena dia akan marah kami, kami akan rasa takut dan berjalan tunduk je bila berselisih dengannya tetapi bila dikantin , dia mula buat lawak balik seolah-olah tidak ada apa-apa. Dia tak pernah menyimpan kesalahan kami di hatinya. Kami bagai satu keluarga. Satu yang unik tentangnya dia selalu meminta pada waktu pagi kami datang awal dan sarapan bersama-sama. Menurut beliau sekiranya ada apa-apa maklumat dia boleh sampaikan terus. Tapi pada saya apa yang tersirat ialah apabila kita makan bersama-sama di waktu pagi hubungan silaturrahim akan terjalin. Selepas loceng pertama berbunyi jarang sekali kita dapat bersua dengan rakan sekerja lebih-lebih lagi Gurubesar.

Pada 23 hb Januari 2009 (Khamis) kami mengadakan jamuan perpisahan di RBR bersamanya. Dalam ucapannya yang penuh syahdu itu dapat saya rasakan betapa Tuan Haji Kamarudin masih menyanyangi SKJ. Semasa berucap kami dapat nampak kesedihannya terutama terkilan kerana visinya pada 2010 yang akan di capai. Namun apa boleh buat sebagai kakitangan Awam kita menurut apa yang di arah.

5 comments:

ybs said...

assalamualaikum, tumpang lalu, nt lain kali singgah lagi, boleh ke?

ybs said...

saya berada di kuala rompin ketika SK Janglau belum 'dilahirkan' lagi tetapi biasa juga merayau di kg janglau tu...

Rosnah said...

Skj beroperasi 2003 bulan Jun. Sebelum tu saya mengajar di SK Rompin selama 8 tahun.Biasalah Janglau... jagung banyak le...

penunggukantin said...

salam. skj excellence 2010.. insyaAllah
terlaksana biar siapa pun guru besar yg mentadbirnya..

penunggukantin said...

salam ukhuwwah.. ;o)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...