Wednesday, January 28, 2009

Kenali Diri Melalui Tulisan


Assalamualaikum,

Saya ni memang pelik sikit tapi , saya rasa ada kebenarannya. Bagi sebuah kepastian, cubalah tuan2 dan puan2 perhatikan...
EMM...Menerusi tulisan saja sudah cukup untuk seseorang itu membaca rahsia hati seseorang yang lain. Itu memang sesuatu yang tak dapat di nafikan lagi. Ia turut diakui oleh seorang pakar dalam mengkaji tulisan tangan seseorang iaitu Eric Rees dan ahli psikologi Anu Sayal Bennett.Malahan Eric Rees yang merupakan pengerusi British Institutes of Graphologists punya kepakaran yang tinggi hingga pernah dapat meneka seorang temannya mengidap kanser hanya menerusi perubahan tulisannya. Dia juga pernah dicabar mengkaji tulisan tangan seseorang yang didakwa telah membunuh diri dan ternyata dia betul apabila mendakwa orang itu masih lagi hidup!


ABJAD TAK BERSAMBUNG Perhatikan tulisannya. Kebanyakan abjadnya ditulis tak bersambung terutamanya abjad permulaannya. Ia memberi tanda bahawa kamu seseorang yang tak suka mengambil risiko atas apa-apa perkara sekalipun.


KECONDONGAN TULISAN Ada tulisan yang condong dan ada yang tegak saja. Tulisan yang condong dikatakan memberi tanda bahawa kamu seorang yang sering dihantui masa silam kamu dan tak suka memandang jauh ke depan.


TULISAN LEBAR Ia memberi tanda bahawa kamu seorang ahli komunikasi yang baik. Dia mampu berinteraksi dengan sesiapa saja dan mudah mempengaruhi orang lain menerusi percakapan mereka saja.


I’ CONDONG KE KIRI Huruf ‘i’ yang condong ke kiri memberi makna kamu seorang yang kurang yakin dengan diri sendiri.


TULIS DENGAN TEKANAN KUAT Ada orang yang menulis dengan cara menekan pen itu dengan kuat. Ia memberi makna bahawa dia seorang yang punya kekuatan fizikal dan mental. Dia berhasrat tinggi dan mampu mencapai apa yang dihajati itu.


HURUF ‘S’ MIRIP NOMBOR 8 Ada orang yang menulis huruf ‘s’ seperti nombor 8. Ia memberi makna bahawa dia seorang yang cukup bijak dalam soal kewangan. Tak hairanlah jika selalunya orang ini memilih kerjaya rkaitan dengan kewangan.


cuba kenal pasti anda kategori mana dan cuba analisis pernyataan di atas ada kebenaran ke tidak?

2 comments:

mantan said...

Rosnah,
Saya fikir, apapun teori yang diperolehi berdasarkan kajian yang "authentic", ia tetap menjadi ilmu. (Walaupun ilmu boleh didapati melalui cara lain).

Kajian yang dibuat oleh Rees & Bennet itu berdasakan abjad rumi. Barangkali boleh nanti dibuat kajian berdasarkan abjad jawi/arab pula. Dapatlah nanti kita kenali diri/watak Tok Arab tu nanti.

Encik NoRT said...

tulisan sy brubah2 la kak... kejap tegak...kejap condong...kejap tu,sampai x leh nak baca... mcmana ye...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...