Monday, February 16, 2009

Komen Pemimpin

Assalamualaikum, Dah lama tak menjengok blog ni. Kesibukan harian menyebabkan kita terpaksa mendahulukan apa yang perlu didahulukan. Dalam pada itu cuba mendisiplinkan diri supaya ruangan ini akan sentiasa bertukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.Seperti biasa pada hujung minggu setiap 2 minggu akan menghabiskan masa di UTM dengan program Master. Pada minggu ini belajar Dinamika Kepimpinan. Prof AbuBakar Hashim cuba membawa kami menjadi seorang yang lebih dinamik. Even kita bukanlah pemimpin yang memperolehi kuasa secara formal iaitu melalui perlantikan yang hakiki tapi jadilah seorang pemimpin yang functional iaitu yang mempunyai knowledge, skill dan trait yang boleh menyebabkan orang sekeliling boleh mengiktiraf bahawa kita adalah seorang pemimpin.Walaupun dimana sebenarnya kita adalah pemimpin,tidak pada organisasi yang besar, organisasi yang kecil. Rasullullah pernah menegaskan sekiranya kita bemusafir seramai 3 orang hendaklah kita melantik salah seorang sebagai ketua.

Best juga belajar tentang dinamika kepimpinan ni. Kami diminta memberi komentar terhadap buku karangan sheilla Murray Bethel tentang 12 qualification of leadership. Buku karangan Convey. dan banyak lagi.. sekiranya member blog sudi berkongsi dengan saya tentang kepimpinan yang boleh dijadikan contoh bagus juga. Saya tahu kawan blog mempunyai knowledge yang banyak. Kalau boleh pemimpin Malaysia sperti Dr M ,pada pandangan rakan apakah stail kepimpinan dan apakah yang kita dapat pelajari dari kepimpinannya. Pemimpin Indonesia spt Sukarno Ke. Mahatma Ghandi dan sapa2 lagi lah. Kalau ada profile bolehla emel.
Anyway sebelum mengundur dari ruangan ini cuba kawan2 beri komen terhadap gambar di bawah. Emm... macam kreatif, inovatif dan romantis yek.


Mungkin ada mesej yang hendak di sampaikan ...




2 comments:

aliza said...

Salam.
Za ni suka jengok kawan-kawan, biasa la kan sifat ni tak pernah berubah. Dulu-dulu bulih ziarah bilik hostel, rumah dll. Loni ziarah blogpun kira ok kan?

Pasal pemimpin ni, memang dah jelas dalam Al-Quran bahawa Allah swt menjadikan manusia sebagai pemimpin (khalifah). Rujuk Al-Baqarah: 30. Oleh sebab itu kita mesti berusaha untuk menjalankan tugas tersebut sebaik mungkin. Walaupun kita bukan pemimpin yang terpilih dalam pilihanraya tapi kita tetap pemimpin, pemimpin diri dan keluarga kita.
Jangan lupa bila mengkaji setiap buku-buku tulisan barat pastikan kita mencari sumber Islamnya, agar kita boleh pastikan adakah idea tersebut telah dinyatakan dalam ajaran agama kita.
Sebenarnya penulis barat ni cuma menjelaskan banyak perkara yang telah ada dalam ajaran kita, tapi kita tak sedar. Maka orang Islam akan mengagungkan idea-idea ini sedangkan semuanya dah tersebut dalam Quran dan Sunnah.

Pasal pemimpin dunia sekarang, tak ramai yang betul-betul boleh dijadikan contoh. Ini kerana ramai yang cuma pandai bercakap tapi tak serupa bikin. Fizikal mantap tapi rohani kosong, tu yang corrupt tu. Sekiranya pemimpin tersebut betul-betul boleh memimpin diri mereka, baru lah boleh pimpin orang lain.

Macam pemimpin pelajar(di U) jugak, cakap berapi-api tapi ramai yang lemah dr segi akademik. Mereka tidak mampu menunjukkan kehebatan mereka dari semua sudut, sepatutnya mereka menjadi contoh pelajar cemerlang dr segi akademik dan ko-kurikulum. Apa yg berlaku sebaliknya.

Yg lain-lain tu Cikgu Nah fikir la.

Anonymous said...

assalam mualaikum puan...terima kasih byk2 atas perkongsian ilmu ini...semoga Allah sentiasa memberkati hidup anda sekeluarga-johorian

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...