Monday, February 9, 2009

Pendidik Yang Tersanjung




Cita-cita menjadi seorang guru ini sudah terpahat ketika saya di Sekolah Menengah lagi. Lebih-lebih lagi melihat cikgu-cikgu datang ke sekolah dengan penuh bergaya. Kebanyakan cikgu -cikgu adalah perempuan. Kalau adapun cikgu lelaki seorang dua saja. Biasalah cikgu lelaki yang handsome -handsome menjadi topic perbualan kami di waktu lapang di Aspuri. Saya bersekolah di sekolah semuanya perempuan.
Masih saya ingat semasa di tingkatan 1 say pernah di marah oleh seorang guru matematik kerana tak menjawab dengannya baik. Masa tu dia kata jawapan saya tercotek-cotek macam tahi ayam. Akhirnya saya benggang le dengan cikgu tersebut.Minat terus hilang terhadap subjek tu sehinggalah saya gagal dalam peperiksaan akhir tahun tersebut. Namun tahun berikutnya saya diajar oleh seorang guru yang saya rasa saya minat dan suka sehingalah saya dapat skor A dalam subjek itu.
Ketika saya di tingkatan lima, saya masih ingat, ketika itu saya dan kawan-kawan telah membuat cikgu kami merajuk. Cikgu tu cikgu BI dan akhirnya kami beramai2 memujuk cikgu tu. Cikgu Aziah. Cikgu ni cantik, bergaya bila balik ke asrama kami aktiviti harian kami ialah melakunkan balik watak2 cikgu kami, lepastu kami ketawa. Paling x dapat di lupakan Mazni melakunkan watak teacher Fauziah, bercakap dan berjalan sehingga keras perut dibuatnya. Kami ni memang nakal dan tersangat nakal. Di asrama bilik kami jadi tumpuan kerana paling bising, lambat tutup lampu.
Setelah result SPM keluar kebanyakkan kumpulan kami dapat melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Ada yang ke UM, ada yang ke UIA dan ada yang ke Jordan. Tapi yang paling ramai ke UIA. Cikgu kami Cikgu Khairulzam(selaku warden) dan pengetua kami mengambil keputusan menghantar ke pusat pengajian dengan menyewa bas. Mereka berbangga kerana seramai 150 0rang berjaya mendapat gred 1 dalam SPM. Keputusan melonjak pada tahun tersebut. Setelah seminggu kami berada di UIA, cikgu Khairulzam datang melawat kami dan dia memberitahu bahawa Aspuri sunyi tanpa kami. Rupanya selama ini kamilah yang paling riuh dan nakal menyebabkan warden kami cikgu Khairulzam pening kepala. Apa yang kami tak buat pada cikgu Khairulzam? Dia pernah membawa kereta yang di belakangnya kami tampal kertas bertulis “ saya jejaka handsome” dan cikgu zam ni telah memandu kereta ni ke Bandar KB. Setelah balik baru dia perasan.
Cikgu Zam ni memang handsome masa tu dia baru je kahwin dan tak ada anak lagi.Tapi dia tak pernah pulak mengambil tindakan yang serius kepada kami. Dia hanya sindir-sindir saya. Kini, aku sebagai guru, baru ku tahu begitulah situasinya. Menghadapi kerenah pelajar2 yang kadang2 mencabar kesabaranku. Tetapi bila kurenung kembali dengan sikap aku dan kawan-kawanku dan kesabaran guru kami dulu tu menyebabkan hatiku kembali sejuk. Doaku biarlah mereka jadi insan yang berguna.Dan buat guru-guruku hanya Allah yang boleh membalas segalanya.Saya tiba-tiba pulak preview cerita ini bukan apa, kerana blog ini kawan lama saya yang sama sekolah,sama u yang telah lama terpisah dan kini berada nun jauh di Oman telah berjaya berhubung kembali. Saya rasa dengan coretan ini dapatlah mengingatkan balik nostalgia Ninja Turtle itulah gelaran yang diberi oleh cikgu kami kepada kami hi.hi.

8 comments:

mantan said...

Lantana,
Sewaktu bersekolah, apa yang berlaku antara kita dengan guru, memberi impak yang hebat kepada proses pembelajaran kita.

Pengalaman saya ketika dalam darjah lima. Saya sangat meminati Matematik. Cikgu Sangamany (Indian) mengajar saya. Pada peperiksaan akhir tahun saya diberi markah 65%.(Dulu soalan subjektif, belum ada soalan objektif). Saya tidak puas hati dengan markah itu. Cikgu Sangamany tidak memulangkan kertas jawapan matematik murid-murid. Saya takut untuk meminta. Dan saya terus tidak berpuas hati. Saya yakin saya dapat menjawab semua soalan dengan betul.

Ketika perayaan Deepavali, kawan-kawan mengajak saya ke rumah Cikgu Sangamany. Ketika itu saya ternampak kertas jawapan matematik murid kelas saya ada di atas meja kecil di sudut ruang tamu. Markah saya 98%.

Selepas itu, saya sudah malas belajar matematik!

Sebagai pendidik, perkara seperti ini penting diberi perhatian.

Sampai sekarang saya tidak lupa akan wajah cikgu Sangamany: Muka bujur.Kulit hitam. Rambut kerinting. Banyak uban.Berkacamata tebal bingkai hitam. Bermisai. Selalu pakai baju lengan panjang putih berseluar hitam. Bercakap loghat tamil.

Bagi saya dia cikgu yang tidak adil!

Rosnah said...

Memang benar, itulah yang baik pasti dikenang tapi yang x baik pun dikenang.Tapi harapan saya yek, jangan le kerana kita pelajar hilang minat.Perkara paling bimbang dihantui rasa bersalah dalam hidup terhadap pelajar. Saya pernah jumpa seorang bekas guru dia menghukum diri sendiri bila dia melihat bekas pelajarnya x berjaya. Sampai sekarang dia menyalahkan dirinya.

sir sazili said...

heh...nasib aku tak jadi cikgu kepada pelajar yang macam budak ni..

aliza said...

Salam. Nah tahu dok dimana Cikgu Tzam berada sekarang? Memang teringat sangat ko dia, kalau dia tak berusaha macam tu tak ramai antara kita berada di UIA termasuklah Za, tak beli borang u pun masa tu.

Tapi ketentuan Allah tak ada siapa yang tahu. Dia beli borang lebih, akhirnya habis sijil2 za dpt dr UIA. Setia sangat dari matrik, BA, MA dan PHD. Itulah jasa cikgu sorang tu.

Thn 2005 dulu kami buat reunion pertama di Maahad tapi tak ramai yang hadir. Masa tu beberapa group je join group Farhan, Mazian Nasyid, Group Husnainun dan Group za.
Memang seronok bertemu balik selepas berbelas tahun tak jumpa, rupa-rupanya akhir tahun tu, kami terpaksa berpindah ke Oman. Gitulah ceritanya.

Rosnah said...

tq, sir sazili, sanggup gak singgah kat blok saya. biasala tu budak nakal byk menyusah cikgu. cikgu ingat kita terus doakan kita.

Rosnah said...

ha.apa kabar orang Oman.liza,jauhnya dari oman..tadi nah ada gi kat hi5.Tapi liza mungkin tak ingat dok apa gelaran bagi kat cikgu tzam. ingat tak no.plek keto dia. TB kita panggil dia teruna Botak. Pasti Cikgu Izani TF truna frust.Kami budak Aspuri punya hal laa.. liza tak dok asrama mungkin tak terlibat sangat. Neng ingat.kalu cikgu kita baca emm tentu dia senyum. Tapi dia sedia maklumlah.

Anonymous said...

salam...lama tak dengar khabar. Teringat juga pada kawan lama di MMP. tahu ke Cikgu Izani TF dah lama meninggal dunia. Hari tu jumpa Cikgu Kzam tapi mulanya tak cam apabila dia tegur baru teringat. tapi dah lama jumpa...

Husnainun ,Panji

Rosnah said...

Hus, awak kat mane? rindu sgt ngan hus..join la kita kat FB ramai kawan2 di sana..berkongsi cerita. Cikgu Izani dah meninggal..alfatihah buatnya..tersgt byk jasanya buat kita.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...