Monday, February 2, 2009

Senyum sokmo deh…


Bila pagi-pagi pergi sekolah tu, control je mood dengan harapan harian di lalui penuh dengan keceriaan. Semuanya berlaku dengan seronok maka bahagialah hari yg kita lalui itu. Tapi kadang2 tu kita berjumpa dengan rakan dan pelajar apa salahnya senyum bukannya kena bayarkan. Tapi seringkali juga kita senyum sendirian tanpa di balas. Apakah anda rasakan bila situasi begitu. emm mungkin orang tu ak nampak kita senyumkan. Apa-apa pun tak rugi anda senyum. Kalau orang tanya kenapa senyum sorang-sorang. Jawab je saya sedang membunuh kuman di dalam badan... Tapi bila saya perhatikan ada kebenaranya juga. Orang yang sentiasa tersenyum ni lebih muda dari usia mereka sebenarlah... apa orang kata tu... awet muda.

Menurut Lee Berk,M.D, dan Stanley Tan,M.D, kedua-duanya dari Loma Linda School of Medicine Loma Linda di California mendapati bahawa senyum dan tertawa memantapkan sistem pertahanan badan individu.Ini kerana setiap kali kita ketawa ianya merangsang pengeluaran T-limfosit yang berperanan membunuh kuman di dalam badan. Pada masa yang sama juga pengeluaran Gamma interferon yang berperanan mempercepatkan pengeluaran sel-sel pertahanan yang baru di dalam badan.
Emm…. Itu jelah ubat awet muda… ganti botok ke collagen ke …. mudahan pengunjung blog saya ni semuanya jadi muda yek.

4 comments:

mantan said...

Sebab itulah senyum tu dikatakan sedekah. Sedekahkan kuman-kuman yang dah mati tu pada sesiapa yang hendak. Kalau orang tak nak,kita tak rugi pun..

cikguyusof said...

senyum pun ada banyak jenis senyum kan, ada
senyum manis,
senyum simpul,
senyum sumbing,
senyum kambing,
senyum meleret,
......

Rosnah said...

tapi cikgu, untuk tegang pipi senyum manis. untuk tegang dagu senyum kambing.untuk tegang bibir senyum sumbingla. untuk ketegangagn yg menyeluruh i ingat senyum meleret la...nantilah saya mneruskan kajian ttg senyum nih.

aliza said...

Salam. Bagus la mula menulis ni, harap jaga konsistennya.
Kalu free jom ke blog saya www.surirumahtangga.blogspot.com
Blog perkongsian idea sejak bertukar kerjaya ni.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...