Sunday, March 8, 2009

CUTI?


Alamak, seronoknya cuti. Dah lama rasanya tak menghabiskan masa di rumah seperti hari ini. Biasanya hujung mingguku di habiskan di UTM ataupun di sekolah dengan pelbagai aktiviti yang diwajibkan hadir. Pada hari ini dan semalam kuluangkan masa untuk mengubah susun atur rumah, yang telah lama ku rasa bosan dengan situasi yang sama. Disamping memasak masakan kegemaran anak-anak.
Yang best lagi, esok cuti lagi..Di kesempatan itu saya akan menyiapkan banyak lagi tugasan yang diberikan oleh pensyarah.Mengikut kata pensyarah pelajar master perlu knowledge yang banyak. Satu hari sekurang2nya 3 jam membaca buku yang nak dimasterkan. Selain itu, selalu mengikuti forum-forum yang berkaitan. Pensyarah juga berpesan supaya memerhati cara panel2 menjawab soalan yang di ajukan. ahh susah la.. saya ni spesis lurus bendul, kalau penulisan hampeh! kadang-kadang banyak isi tapi tak tahu nak olah ayat supaya jadi kritis. Kadang-kadang saya kagum dengan penulisan kawan-kawan blog saya cthnya blog cikgu Wahab, bersahaja dan bermaklumat. Mungkin ada satu skill yang saya patut pelajari supaya penulisan itu teratur dan kemas. Selalunya saya suka buat point-point je dalam menjawab soalan atau membuat laporan di sekolah.
Itu pasallah masa saya buat degree dulu berpuluh2 kali tesis kena diperbetulkan. Masa tu dapat penyelianya Prof. Dr Ajmain, yang menulis berpuluh2 jurnal dan buku. Selepas thesis selesai terasa kerdilnya diri, terlalu sikit ilmu dan kemahiran yang dimiliki. Tetapi alhamdulillah masa viva dapat pujian dari penilai2.
Itulah hikmah dapat penyelia yang cerewet dan bagus. Banyak ilmu yang diperolehi.. Pada hari konvokesyen Dr Ajmain sent SMS '' Mabruk ! u're great!. " Almaklumlah dapat anugerah naib cansellor UTM. Dapat Degree first class semenjak course ni di buka tak pernah lagi orang dapat first class. bangga dan membanggakan tu. Selepas tu ada reporter tanya,biasalah saya ni komunikasi dengan manusia x berapa berkesan kut. satu soalan 2 patah jawapan. lagipun tak pernah berhadapan dengan situasi itu.
Sekarang, masaalah penulisan berlegar difikiran saya. Dalam proses membuat jurnal projek master ni, berpuluh2 artikel di tulis tapi gayanya seperti pelajar tahun 6 rasanya. Pendekatan di guna sekarang membaca hasil tulisan penulis-penulis lain tapi penguasaan masih lemah la..
Penulisan ni bukan kerja senang perlu di asahlah. tapi, ada tak rasanya kaedah yang intensif utk menulis dengan baik.
Kawan semua, ada idea tak? saya nak improve cara penulisan. Penulisan yang bercorak ilmiah la. TQ

4 comments:

Rosnah said...

rujuk www. sps.utm le. biasanya iklan keluar. pengambilan bulan julai la pulak. memang ada course tu.. cubalah i turut gembira tau! joint la..
ttg gb R tu kita mmg dah tahu,byk beda'ahnye.Anyway kita biarje... lama-lama d

aliza said...

Salam Cikgu,
Nak improve penulisan kena berlatih le. Za juga tengah berlatih menulis sekarang.
Mula-mula dulu susah jugak bila dah tulis hari-hari rasa lebih senang pulak nak luahkan idea.

Apa taknya, semenjak masuk matrik UIA dok belajar dalam BI dan BA sampaikan BM melayang ke mana, sayang betul...tapi alhamdulillah berkat latihan berterusan, rasanya ok dah sikit walaupun tak dapat mengatasi orang lain.
Bagi diri sendiri alhamdulillah, tapi masih berharap untuk menulis lebih baik lagi.

Cubalah tulis tiap-tiap hari, insya Allah dapat baiki penulisan.

Rosnah said...

tq, za.tapi setahu nah liza ni dari sekolah dulu dah berjinak2 dah dgn dunia penulisan. tapi penulisan khat la. camne so far so good? khat Oman ke Turki? apa2 hal gertak kecupu jgn lupa hi.hi.

Buat Cikgu Wahab, tq very much. saya dah mula buka web tu. hai applicationnya,,, kena ada bakat gak. Author is made or born? but try the best la... cikgu minat penulis mane? selalu cikgu baca artikel sapa?

mantan said...

Cikgu Rosnah,
Saya sebenarnya tidaklah begitu memilih penulis mana. Yang penting ialah kandungan tulisannya. Tidak kira ringkas atau panjang. Ilmu dan maklumatnya yang saya cari.

Setiap hari membaca. Sama ada buku, akhbar atau internet. Rasa tidak lengkap kalau sehari tak membaca. Kalau akhbat tu, setiap hari saya membca dua akhbar harian. Hari Ahad saya membaca tiga akhbar mingguan. Kadaang-kadang kalau tak ada bahan bacaan, buku resipi masakan dan majalah berkaitan kesihatan pun saya baca juga.

Saya rasa, dalam sehari saya lebih banyak membaca daripada bercakap. Kadang-kadang rasa tak bagus juga macam tu.

Author is made or born?
Soalan yang susah juga nak dijawab. Pada pendapat saya, jika pengarang/penulis ada bakat semulajadi tapi tidak ada ilmu , maka hasil tulisnya 'kosong'. Jika penulis ada ilmu tetapi tidak ada bakat, mungkin hasil tulisannya 'tidak dapat difahami'.

Pokoknya, ilmu (pengetahuan am: bahasa, psikologi, dll)ilmu bantu yang lain dan ilmu penulisan memang penting untuk menghasilkan karya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...