Wednesday, March 25, 2009

Datuk Najib and comunications skill ....

Sehari dua ni kat tv sibuk dengan perwakilan Umno. Saya tak ketinggalan mengikuti. Rata-rata para perwakilan bercakap isu yang sama. PPSMI topik yang kita sering berbicara diblog topik tu jugalah di persidangan UMNO. Anyway saya tak nak komenlah.
Semalam saya berkesempatan mengikuti ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Najib. Fuhh! hebat sekali, saya tak menjangkakan bahawa Datuk Najib ini cukup berbakat dalam berkomunikasi.Saya terpaku, itulah trait kepimpinan yang ada pada Datuk Najib. Pada saya setiap aspek ucapan dia semalam perfect. Beliau mempunyai kemahiran komunikasi yang hebat verbal dan non verbal. Bahasa badan,memek mukanya segalanya memberi kesan kepada audiens. Itulah pertama kali saya melihat Datuk Najib berhujah dengan begitu hebat. Terpancar karisma seorang pemimpin.
Ramai pemimpin dunia yang cukup terkenal kerana kehebatan mereka berkomunikasi seperti John F.Kennedy.Franklin D Roosevelt ,Abraham Lincoln dan yang terhangat di pasaran Barrack Obama. Tetapi setakat ini seorang president sahaja yang telah di gelar the great Communicator iaitu Ronald Reagan. Ronald Reagan ni sebelum beliau menjadi presiden dia merupakan pengulas pertandingan besbol. Biasanya beliau memberi laporan perlawanan secara langsung. Kadang2 membuat laporan simulasi di tempat lain melalui laporan westen Union. Semasa satu laporan tiba-tiba telegraf putus, namun reagon boleh meneruskan laporan itu dengan menggunakan imaginasinya sendiri sahaja.
Pada tahun 1980 beliau bertanding jawatan president . Semasa bertanding beliau berkata,"visi kempen saya hanya berkisar lima perkataan yang mudah saja.iaitu keluarga,pekerjaan, masyarakat, kebebasan dan keamanan. Beliau boleh menang pertandingan itu. Beliau tak gentar berdebat dengan sesiapa sahaja.
Apa yang menjadi beliau hebat adalah kemahiran komunikasi yang efektif. Apa yang dicakapkan jelas dan pengikut bersemangat. Apa yang diharapkan kepimpinan Datuk Najib akan membuka era baru bagi rakyat malaysia. Mungkin satu kelainan. Sebagai pengikut kita cuba memahami visinya. sejauhmana kepimpinanya ini boleh mendorong rakyat sama-sama mencapai matlamatnya. Pemimpin malaysia tak kurang hebatnya dibanding dengan pemimpin dunia yang lain. Pemimpin selalunya dianggap wira negara dan selalu menyelamat suasana genting dan kritikal.

5 comments:

aliza said...

Salam,
Pasal komunikasi ni, ada orang yang cakap berapi-api untuk menarik perhatian orang, macam kebanyakan ahli politik. Dalam dewan orang angguk je, tapi jarang yang sampai ke dalam hati orang yang mendengarnya. Habis ceramah idea entah ke mana.. Orang anggap mereka penceramah hebat.

Ada pula yang cakap perlahan, penuh bersahaja tapi datang dari sudut hati dan penuh keikhlasan. Orang mendengar penuh khusyuk. Segala idea masuk terus ke hati orang yg mendengar, dari hati ke hati. Pakar komunikasi kata 'apalah berceramah macam tu,tak ada class'

Itulah beza antara dua komunikasi, satu memberi kesan pd pendengar, yang satu lagi membuat orang terpaku tapi tidak memberi makna.

Jadi mana yg lebih hebat? Bagi za, komunikasi yang keluar dari sudut hati adalah terlalu hebat, kita terpaku mendengarnya, hati turut merasai apa yang diucapkan, seperti ucapan Pemimpin Hamas.

Hanya Allah yang tahu betapa ucapan-ucapan mereka mampu melembutkan hati setiap orang yg mendengarnya. Walaupun tidak lantang tapi penuh erti...

Rosnah said...

tq, za... betul jgk.sebenarnya nah rasa payah nak jumpa yang berapi2 tapi ada zuuk masuk kehati. ingat tak ustaz paa. selalu sbut kalimah tuh. hi hi.

mantan said...

Rosnah,
Saya memang berminat dengan ucapan Dato' Najib.
Saya selalu meneliti ucapan-ucapannya. Seperti Dato Sri Dr Mahathir, Dado Najib juga dapat mengungkap buah fikiranya denga tepat, padat dan jelas ketika menyampaikan ucapan.

Malah jika diteliti dengan lebih mendalam kekuatan ucapan mereka ini, terdapat beberapa keistiemewaan dan keberkesanan teknik ucapan yang digunakan, contohnya:

1. beliau menggunakan pilihan perktaan yang 'aktif'(lawan 'pasif') mengandungi dua atau tiga sukukata.

2. beliau menggunakan 'kata keterangan' (adverb) dengan baik bagi menjelaskan maksud yang hendak disampaikan.

3. beliau kurang menggunakan perkataan 'bombastik' hingga maksud menjadi kabur.

4. beliau menggunakan kataganti 'kita', tidak semata-mata 'saya' atau 'mereka'.

5. pendengar tidak sukar memahami ucapannya kerana beliau mengukapkan satu idea pada satu masa. Tidak berserabut.

6. beliau berterusterang dan spesifik dalam ucapannya.

7. beliau tidak menggunakan perkataan yang bersifat abstrak. Ucapannya jelas dan tidak mengelirukan pendengar.

8. beliau tidak berpura-pura atau hipokrit ketika menyampaikan ucapan.

9. Jika ada yang beliau "tidak tahu", beliau akan kata "tidak tahu".

Mungkin orang lain ada pandangan yang lain pula tentang keberkesanan teknik ucapan mereka ini. Dan saya teringat kata-kata: "Jika mendengar orang berucap, tumpuan harus diberikan kepada apa yang diucapkan, bukan siapa yang mengucapkannya".

Rosnah said...

cikgu Wahab, TQ,ha atleast saya dapat beberapa skills dari cikgu utk membuat pengucapan. Sebnr prof suruh buat satu pengucapan yang berkesan tak kira tajuk apa dalam masa 2 mnit. Dengan masa 2 mnit ucapan itu dapat mesti dapat membeli jiwa pendengar. itu yang masaalah.. saya ni sgt lemah comunication skill dan kontekstualnya.Tp saya cuba apply cara bina ayat mcm cikgu bagi tu.. tq.

mantan said...

Cikgu Rosnah,
Sebenarnya jika tujuan ucapan itu untuk "membeli jiwa pendengar", ada beberapa "petua" yang boleh ditambah untuk "stimulate" pendengar, misalnya:
1. "Body language" (mimik wajah, expressi gerak tangan dll.)

2. Ransang deria pendengar: (lihat, dengar, rasa, hidu dll.).
Gunakan kaedah photographic, seolah-olah pendengar digambarkan dengan jelas apa yang diucapkan.

"Unsur warna dan cahaya" boleh dimasukkan dalam ucapan, secara tidak langsung.

Unsur bau dimasukkan secara tidak langsung untuk stimulate deria, jika sesuai.
Contoh, "Lihatlah bunga ros merah itu cantik dan harum!" tentulah lebih berkesan daripada "Cantiknya bunga itu!"

3. Gunakan kreativiti.

Selamat berucap!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...