Tuesday, March 31, 2009

Debaran untuk interview makin terasa.

Hari ni saya mengambil cuti rehat Khas untuk mengambil salinan Rekod Perkhidmatan Di jabatan kerana esok kena interview. Rasa berdebar usah cerita, esok seawal 7.30 pagi ada temuduga di PPD Kuantan. Apalah yang bakal ditanya, siapa penemuduga macam-macam agi. Dokumen yang perlu di sediakan sudah di periksa beberapa kali, bimbang takut tak complete. Itulah ...rasanya gugup lain macam pulak padahal bukan tak pernah bercakap,mengeluar pendapat tapi rasa macam tak biasa jugak lah. Tapi masih ingat, kali terakhir lalui saat seperti ini masa viva projek sarjana muda dihadapan 3 penilai 2 tahun yang lalu..alamak gugup bila bercakap tersasul dan,dan bercampur gaul fakta..inilah kelemahanku, emm pendekkata spontan kantoi.. Tapi anyway kena fokus dan confident la.. insyaallah ..doakan kejayaan saya...

4 comments:

Faris said...

Salam,
Kalau setakat temuduga kenaikan gred tu tak usah risau sangat. Kalau penemuduga tu Dato' Abdullah Kadir / Dato' Wan Mustama / Datin Dr Norhayati / Dato' Salleh, kirim salam aje kepada mereka dan cakap nama saya dan insya-Allah diberi soalan yang senang2.
Semoga berjaya dalam temuduga dan apa yang penting ialah ketenangan.

Rosnah said...

salam, alhamdulillah... selesai penemuduga saya EN. Mahzan b. abu bakar. soalannya, siapa pengarah pelajaran Malaysia. Prinsip Islam Hadari.. krisis kepimpinan di msia. itu je.. tq

Faris said...

Rosnah,
En Mahzan Bakar tu bekas Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum dulu. Saya kenal juga tapi tak rapat sangat kecuali dengan mereka yang saya cakap lebih awal. Tahniahlah kerana dah selesai temuduga.

Rosnah said...

oh ye ke.. tgok dia takut gak nampak bengkeng oo. tapi orait je,, tq

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...