Monday, March 16, 2009

Kenapa tak Profesional?

Hari ini sekolah cuti. Saya ada sedikit kelapangan, namun begitu tugasan saya sebagai guru tidak pernah dilupakan. Setiap kali ada kelapangan sebatang pen merah dan buku-buku kerja murid adalah teman. Pada cuti seperti ini biasanya saya menyediakan lembaran-lembaran kerja yang bakal diedarkan semasa P&P saya nanti. Tiba-tiba saya terfikir satu persoalan kenapa guru-guru di Malaysia tidak di iktiraf sebagai golongan profesional sebagaimana sebahagian Kakitangan Awam yang lain dianggap profesional seperti doktor, peguam dan beberapa jawatan lagi . Di negara-negara maju seperti USA, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain, guru-guru mereka diiktiraf sebagai golongan profesional.
Menurut pemahaman saya berdasarkan pembacaan buku dan artikal, profesional ini boleh ditakrifkan sebagai tingkahlaku, kemahiran atau kualiti yang dapat menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman dan standard yang tinggi dan boleh diharapkan dari ahli-ahli sesuatu profesion itu.
Manakala antara ciri-ciri utama yang perlu ada pada golongan yang profesion ini adalah seperti :
1. Mempunyai competent and well informed - iaitu seorang guru yang mempunyai kemampuan mengolah maklumat dan pengetahuan dengan tajam dan bernas dalam jumlah yang banyak. Biasanya pendapatnya itu diolah setelah dianalisis. Pendapatnya ini adalah integratif dan conceptual dan mampu bertindak balas dengan cepat terhadap perkembangan semasa.
2. Mengamalkan life-long learning, sebagai golongan yang profesional mesti berlaku proses pembelajaran secara terus menerus dengan tujuan dapat menyelesaikan dengan perkembangan semasa.
3. Mampu meramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku, disamping sentiasa inovatif dan kreatif dalam menangani cabaran-cabaran yang baru. Seorang yang profesional juga sanggup menghadapi cabaran dan risiko dalam tugasan.
Berdasarkan sebahagian ciri profesional saya kemukakan di atas adakah guru-guru malaysia ini mencapai tahap yang dikatakan profesional? Adakah kita perlu memprofesionalkan warga guru di Malaysia. Sekiranya perlu kita perlu berbuat sesuatu.Pada saya sudah ramai guru-guru di Malaysia mencapai tahap profesional dari sudut kompetensinya. Tapi cuba kita renung dan fikirkan, kadang-kadang kita seorang guru belajar pedagogi yang standard kauseling yang standard, pengalaman yang mengajar yang lama, lulusan universiti dan sebagainya tapi kenapa bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang kita guna bukanlah bahan yang dihasilkan oleh warga pendidikan. Contoh yang saya ingin utarakan di sini ialah buku-buku kerja yang dijual dipasaran, berapa peratus sahaja yang dihasilkan oleh guru? Kebanyakan di hasilkan oleh orang yang tak berkaitan dengan bidang pendidikan pun. Orang yang berkepentingan dalam bisness.Tetapi bahan itu diguna pakai oleh kita,guru.
Begitu juga dengan penghasilan buku-buku ilmiah sepatutnya guru-guru sering mengolah maklumat melalui pengalaman dan pengetahuan guru menghasilkan buku. Dengan cara ini juga kita dapat menuju ketahap Profesional. Adakah guru-guru merasakan penghasilan buku ini hanyalah hak-hak orang mempunyai PHD sahaja?
Penulisan orang yang berpengalaman adalah lebih realiti berbanding dengan orang yang menulis berdasarkan teori. Pada saya bagi mengangkat taraf guru kepada tahap profesional perlu dengan penerapan budaya-budaya suka berbincang perkara-perkara ilmiah seterusnya publish hasil penulisan dan cara ini ilmu di perkembangkan dan pembelajaran sepanjang hayat berlaku. Wallahu wa'lam.

6 comments:

Ahmad Sazili Mohd Nor: said...

Cikgu tak ada masa untuk menulis, bekerja lapan hari seminggu dan terlalu sibuk dengan 'clerical works'.

Faris said...

Profesionalisme sesuatu profesion berkait rapat dengan etika.
Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian.

Gluck (1986 : 176) telah mendefinisikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinisikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ".

Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan integriti profesion mereka.

Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.

Dalam masyarakat moden sekarang ini norma keagamaan semakin ditinggalkan dan masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan hidup. Sumber-sumber moral kini datang dari set etika yang dihasilkan oleh ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap kehidupan manusia.

Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli profesional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan sama ada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai profesional. Oleh itu, etika kerja profesional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.

Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. - dalam apa jua tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri.

Oleh itu kita dapat lihat wujudnya Etika Profesion Keguruan yang sepatutnya diikuti dan dipatuhi oleh setiap warga pendidik. Ini dibawa selari dengan pendidikan keagamaan yang diterima oleh setiap individu guru itu mengikut kepercayaan agama masing2.

Terima kasih.

aliza said...

Salam,
Cikgu-cikgu memang professional, mereka memang hebat, sekiranya cikgu tak professional takkan lahir ramai orang yang kita anggap professional tu.

Kerana kehebatan guru lah maka semakin ramai insan bergelar doktor, jurutera dan pelbagai lagi kerjaya yang kita anggap professional tu wujud dimana-mana. Mereka tidak akan mampu berjaya tanpa cikgu-cikgu.

Bagi saya apabila cikgu merasakan diri mereka professional maka mereka akan berusaha memenuhi kriteria yang mereka inginkan itu.
Terima kasih Cikgu.

Rosnah said...

sir sazili,
tq,for your comments. tapi terlebih hari keje tu nak buat guano?
utk cikgu Faris, Thanks alot, perkongsian yang
yang amat bernas!.
Bagi ukhti liza,
anti memanglah, mumtaz wa ana musytaq jiddan ilaiki, mata ... saaqbaluka.. hai rindu nak cakap arab la.. fi ihdal yaum mumkin aiwah..wailalliqa'i.

mantan said...

Rosnah,
1) Saya setuju dengan huraian ilmiah yang cikgu Rosnah kemukakan itu. Maknanya, seorang profesional itu ialah sesorang yang melaksanakan tugas khas yang memerlukan suatu latihan khusus. Latihan itu boleh ditafsirkan sebagi pemerolehan ilmu yang septutnya ada bagi melaksanakan tugas-tugasnya. Jika guru telah berjaya mengikuti latihan yang diiktiraf, maka profesionallah guru itu.


Tetapi, pada saya jika setakat tamat latihan sahaja belum memadai. Guru memerlukan latihan tambahan yang berterusan kerana bidang pendidikan sentiasa berkembangan mengikut zaman.

2) Guru bukan tidak mempunyai ilmu untuk menghasilkan buku-buku ilmiah. Ada peluang tetpi tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ada kekangan.

Dulu saya juga menyimpan hasrat untuk menulis buku ilmiah. Tetapi akhirnya kecewa apabila "dipandang sebelah mata" oleh penerbit.

Saya pernah pergi ke sebuah penerbit terkenal di Kuala Lumpur, untuk mendapat pertimbangan penerbitan buku ilmiah. Saya kecewa apabila penerbit itu hanya ingin "membeli" manuskrip buku saya itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada penerbit. Penerbit akan merasa rugi sekiranya terpaksa membayar royalti nanti.

pengalaman saya: Pada tahun 1980-an saya pernah menghasilkan buku kaedah membaca. Untuk Pra-sekolah sahaja!. Saya "menjaja" buku saya itu kepada beberapa penerbit. Tetapi buku itu akhirnya diterima hanya setelah saya mendapatkan kata pengantarnya daripada Professor Nik Safiah Karim.(Pakar Bahasa di UM)

Penerbit hanya mementingkan "keuntungan". Guru pula menganggap menulis buku sebagai "perkhidmatan". Itupun susah juga, jika penebit menjangka bahawa buku itu tidak mendapat sambutan dan kurang keuntungan. Lebih baik menerbitkan majalah hiburan dan bacaan popular!

Rosnah said...

tq.cikgu.
Memang itu masaalah. Saya ingat kesatuan guru perlu ambil inisiatif untuk mengetengahkan hasil karya guru-guru ini. Saya kadang-kadang terkilan bila beli buku tengok tajuk macam best tapi isi kosong.penerbit buku selalunya nak nama dulu.Dia tak tengok contentnya. Tak pe cikgu, usaha lagi. saya harap sangat satu hari cikgu membukukan hasil2 yang cikgu dah tulis tu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...