Thursday, March 12, 2009

Rinduku Pada Ayah.

Sudah 2 tahun ayahku telah kembali ke Rahmatullah, namun ingatanku masih segar. Bila hampir cuti begini rindu makin terasa. Dia seorang bapa yang terbaik buatku. Seorang bapa yang penyayang dan penuh kebijaksanaan. Ayah banyak menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku-buku agama. Setiap kali ayah pergi buat umrah dia akan bawa balik buku-buku (kitab arab) . Kemana dia pergi buku adalah titipannya, Itulah ayah, sanggup berhabis duit untuk membeli kitab. Kadang-kadang saya sendiri kagum dengan kehebatan ayah dalam bahasa arab. Pemergian ayah adalah satu kehilangan buatku.Pada hari pengebumian ayah segalanya berlaku dengan pantas. Ku tahu, ayah mempunyai bilangan muridnya yang ramai. Segalanya diuruskan oleh bekas-bekas muridnya. Kami adik beradik tak sempat mengurus, semuanya di urus.

Pada malam ini, selepas solat maghrib, kutitipkan bacaan yassin buat ayah, semoga rohmu berada dalam ketenangan dan setenangnya. Masihku ingat pesannya dalam hidup mesti sentiasa dalam pencarian. Mencari siapa diri sendiri. Mencari jalan dan lorong yang perlu di jejaki, mencari kebenaran yang hakiki. Ilmu tak pernah habis, dengan ilmu baiki diri. Jangan mudah bersenang lenang kerana hidup adalah perjuangan. Dalam perjuangan ada keperitan dan keperitan itu memerlukan ketabahan dan keimanan.

Saat ayah nazak, ayah masih memintaku membacakannya buku. Ayah masih ingat bab-bab yang disukainya walaupun sedang bergelut dengan kesakitan. Begitulah sekali kecintaan ayahku pada ilmu. Ayahku pergi dengan tenang, andainya ilmu itu boleh dijadikan pusaka kan kurebut apa yang ada didadamu. Tapi ilmu adalah milik yang tak dapat di warisi. Ilmu perlu di cari sendiri.

Kini, bila ku balik kampung, ku tengok barisan buku-buku ayah, ku jadi sayu. Semua buku-buku itu ayah telah baca. Bila ku buka pasti ada bertanda. Selalunya ayah baca dan mencatat di tepi-tepi helaian. Setiap kali balik kampung kami solat berjemaah, ayahlah imamnya. Sebelum subuh kami dikejut utk bertahajjud bersama. Itulah kenangan dari ayahnda ku tercinta. Moga Roh ayah di rahmati ALLAH amin ya rabbal aalamin.

9 comments:

Anonymous said...

amin.. ya rabbal alamin. wey k.ros kita asyik kblog lama. rupanya tukar blog lain plak dah nape.? dgr cerita wat master, hari tu jumpa prof dia kata srh k.ros ajar kelas grafik animasi yek. wey loaded tutor sambilan. tu la tuah org first class.. sana sini offer! wat la cam hari tu ambik upah wat authoware.. aku belajar sama gak tapi xpandai.. nak upah k.ros leh ke? nda bagi le bhn2. leh eik.. org emel xbalas nak kene ni...

Rosnah said...

wey nda,hidup agi rupenya. Tak dan la nak wat. busy sgt. wey laki aku dah complain asyik ngadap laptop je. wat le, k.ros tolong touch up. nak senang masuk kelas k.ros balik, jd student aku... hihi..moh le ke utm jumpa akak. mggu ni akak ke utm. phone number? kak tukar no baru.. nanti kak isi kat yahoo.group dulu. busy sgt le dah lama x jengah.

Anonymous said...

wey, k.ros mu depan laptop ke, laju je balas! hari tu jumpa prof sulaiman kadikon,kat jj. emmm dia paling igt ko mu, kuat melawak dalam kelas. le ni ada student menduga mu ke? mcm kita wat ke pnsyarah kita? Sampai kelas jadi kelab,kdg2 jadi cafe...

mantan said...

saya amat kagum dan menghargai sesiapa sahaja yang sentiasa mencari ilmu yang berguna sama ada untuk kegunaan dirinya apatah lagi untuk disebarkan kepada orang lain - Seperti almarhum ayahnda cikgu Rosnah tu.
Al-fatehah untuknya....

aliza said...

Salam,
Seronok baca perjalanan hidup Nah, kagumlah dengan sahabat ini, moga-moga Allah terus berikan kekuatan untuk mengharungi hidup sebagai penuntut ilmu.

Za memang kagum dengan sesiapa yang rajin membaca, banyaknya ilmu mereka, terasa begitu kerdilnya diri ini.

Takziah atas kehilangan ayahanda, moga-moga allahyarham dicucuri rahmat Allah selalu. Al-fatihah untuknya.

aliza said...

Salam,
Za baru terperasan, dah tukar design baru, mana pergi gambar penuh senyuman tu? sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu.

oh ya, ada blog sahabat lama,www.gunawanaziz.blogspot.com, kunjungilah ke situ untuk berhubung dengan sahabat kita Surina Akmal.

P'su said...

alfatihah ke atas arwah.. contoh yang baik, inilah yg dikatakan pembelajaran sepanjang hayat, menuntut ilmu hingga ke akhir hayat

Al-Manar said...

Cikgu,
Secara kebetulan saya sampai keblog ini dan melihat yang cikgu belajar disekolah Muhammadiah di Kota Bharu. Ada kah ini sekolah yang sama budak cemerlang Madihah belajar? Saya bercadang menulis dalam blog saya sedikit tentang sekolah ini. Bolehkah cikgu beri sedikit data tentang sekolah ini? Umpamanya, jumlah pelajar, mata pelajaran, sudah berapa lama sekolah ini ditubuhkan, siapa pengetua, bilangan guru dan sebagainya. Kepada saya berjayanya seorang murid banyak bergantung kepada guru guru yang peka, bukan kepintaran kanak kanak semata-mata. Munkin cikgu ingin memberi jawab terus melalui e-mail saya dalam blog Almanar. Juga saya ingin mengahantar surat pengharhgaan. Oleh itu saya perlu alamat pos sekolah. Terima kasih.

Sementara disini saya luahkan perasaan simpati diatas kehilangan ayah yang disayangi dan dirindui. Rasanya arwah itu satu zaman dengan saya. Alfatihah untuknya. Wassalam.
Pak Cik

aliza said...

Salam,
Pasal Maahad tu, surf je www.maahadmuhammadi.com dapat le maklumat yg diperlukan. Laman web tu memang aktif, insya Allah akan ada orang yang menjawab segala informasi yang diperlukan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...