Sunday, March 22, 2009

Satu Hari Di Pasar Minggu.


Pejam celik,pejam celik hari bertukar hari , bulan bertukar bulan. Begitu cepat masa berlalu. Dalam kesibukan dengan tugasan dan tanggungjawab kadang-kadang kita hampir terlupa bahawa umur juga terus meningkat.

Hari ini saya pergi ke pasar Minggu. Sudah begitu lama saya tidak menjejakkan kaki ke pasar minggu maklumlah weekend begini selalunya saya di JB. Semasa sibuk memantau gerai sayur dan ikan tu, tiba-tiba ada seorang gadis cantik manis datang dan memeluk saya. Sambil berkata, “ Cikgu, lamanya saya cari cikgu, baru hari ini saya berjumpa, rindu sangat saya pada cikgu !”, Saya dapat mengagak dah ini mesti bekas pelajar saya ni, Lalu saya pun meneruskan edisi siasat. Memang sah la pelajar saya . Saya pernah mengajarnya dari darjah 3 sampailah darjah 6 di SK Rompin. Saya hampir tak cam pelajar ni maklumlah kecil dulu tak pandai melawa. Kesempatan itu kami bersembang panjang. Emm rupa-rupanya dah jadi cikgu muridku ini Menurutnya ramai lagi murid-muridku ini yang sekelas dengannya dulu jadi arkitek,engineer bahkan ada yang masih menuntut di oversea. Dalam hati terasa bangga yang amat sangat.

Dalam perjalanan pulang, sambil memandu, dalam fikiran mula mengira berapa ramai murid dah jadi guru, di sekolah sendiri pun dah ada seorang bekas murid yang sama mengajar. Alhamdulillah, itu yang mampu ku ucapkan. Pada masa yang sama saya terfikir, pada masa saya mengajar mereka, umur saya dalam sekitar 25 tahun. Masa tu masih muda,(high energy). Kini? Tapi semangat seperti dulu. Raut wajah seperti dulu, kalau tak masakan muridku masih kenal yek. Cuma badan la.. kalau dulu saiz s kini saiz ?. Mudah-mudahan segala usaha yang ikhlas itu menghasil hasil yang baik.

“Life is not measured by the number of breaths we take,but by the moments that take our breath away. “ Pada saya hidup kita akan lebih bermakna sekiranya kita penuhi setiap saat dengan penuh bermakna. “ living each moment to the fullest”. Kebahagiaan hidup kita pada hari ini, mungkin satu keberkatan yang kita pernah membahagiakan orang sebelum ini. Perjalanan hidup ini sesuatu yang telah di tetapkan oleh ALLAH dengan seadilnya. Sekarang , saya sangat bersyukur kerana Allah mentakdirkan saya seorang guru. Doa saya biarlah anak-anak didikku menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Semoga Allah mengurniakan kepadaku kesihatan yang baik dan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna.- amin...

WAALLAHU WAALAM.

1 comments:

Aliza Yunus said...

Salam,
Itulah kehebatan seorang guru, ke mana pergi orang panggil cikgu, tak ke professional tu?
Teringat kisah za di KLCC, terjumpa satu couple tu,yg perempuan asyik tengok za, last last dia panggil cikgu..cikgu A..., za tanya student UIA ke? Di UIA student panggil madam je, bukan cikgu...Lepas tu dia kata silap orang kot. Mungkin budak ni tersilap, ataupun anak murid k.aida...selalu gak orang tertukar dgn k.aida. Begitulah cikgu, jelous za...almaklum kita cuma sempat jd cikgu 1 1/2thn je (cikgu sandaran je).

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...