1. Struktural
Asas teorinya : Teori pengurusan yang klasik
Metafora organisasi : Mesin atau kilang.
Peranan Pemimpun : Arkitek Sosial
Konsep utama : Peraturan, Polisi dan matlamat.
Imej Kepemimpinan : Arkitek Sosial
Asas Kepemimpinan : Tumpuan kepada tugas dan struktur.
2. Sumber manusia
Asas teorinya : Teori keperluan manusia
Metafora organisasi : Kekeluargaan.
Peranan Pemimpun : Pemotivasi
Konsep utama : Kemahiran hubungan baik
Imej Kepemimpinan : Menggalak pengupayaan
Asas Kepemimpinan : Tumpuan kepada keperluan manusia dan organisasi.
3. Politik.
Asas teorinya : Perspektif politik
Metafora organisasi : Persaingan
Peranan Pemimpun : Penyokong dan perunding
Konsep utama : Kuasa,konflik dan politik
Imej Kepemimpinan : Memberi sokongan.
Asas Kepemimpinan : membina asas politik dan agenda kuasa.
4. simbolik
Asas teorinya : Perspektif Sosiobudaya
Metafora organisasi : teater, keagamaan
Peranan Pemimpun : Ketua, penghulu
Konsep utama : Budaya,upacara perayaan
Imej Kepemimpinan : Sumber inspirasi
Asas Kepemimpinan : Membina matlamat dan misi organisasi.
Tuesday, April 28, 2009
Model 4 Kerangka Kepimpinan Bolman and Deal
Posted by Naa..a at 12:09 AMSunday, April 26, 2009
Minggu exam..
Posted by Naa..a at 8:30 PMThursday, April 23, 2009
kepimpinan lestari.
Posted by Naa..a at 11:42 PM1.Memberi keutamaan kepada aset manusia dan material.
2.Mengagihkan kepemimpinan kepada orang bawahan
3.Memberi keutamaan kepada matlamat jangka panjang
4.Membina kapasiti dan kepelbagaian persekitaran sekolah yang dapat menyumbang kepada
kemajuan sesebuah sekolah.
5. Mengutamakan dan memimpin pembelajaran di sekolah
6.Menitikberatkan faedah dan kemajuan untuk semua pihak di sekolah
7.Mewujudkan pemimpin pelapis
Sustainable leadership certainly needs to become a commitment of all school leaders. If change matter, spread and last, sustainable leadership must also be a fundamental priority of the systems in which leaders do their work.
Wednesday, April 22, 2009
OH.. SIMALA..
Posted by Naa..a at 6:23 PMFriday, April 17, 2009
May we all be COFFEE!!!!!
Posted by Naa..a at 5:28 AMWednesday, April 8, 2009
Bila sudu lebih dari kuah.
Posted by Naa..a at 11:05 PMFriday, April 3, 2009
Keluarga Pendidik
Posted by Naa..a at 1:01 AMAnak Sulong dan anak bongsu
Keluargaku
Hari ini hari jumaat. Semalam baru ku balik dari kuantan kerana urusan temuduga. Hari ini suamiku pula ke Kuantan kerana sekolahnya menganjurkan kursus di PSPN Kuantan. Kursus suami saya tu akan berakhir pada hari Ahad. Saya pun hairan kenapalah hari minggu pun ada kursus juga, anjuran sekolah pulak tu. Esok juga pagi-pagi saya akan ke JB untuk menghadiri kelas. Nampaknya anak –anak terpaksa urus diri sendiri. Nasib baiklah ada nenek yang boleh menjengok mereka.
Life style kami suami isteri yang bergelar guru ni memang begitu, diburu kesibukan. Dalam seharian pun kadang-kadang hanya berjumpa pada malam saja. Pada siang hari kadang-kadang berselisih di atas jalanje, seorang baru nak balik rumah, yang seorang lagi baru nak pergi sekolah. Anak-anak semua bersekolah. Saya dapati situasi yang sama juga dihadapi oleh guru-guru lain. Apa yang sedih anak orang sempat ajar, anak sendiri tak sempat ajar. Dengan keberkatan keikhlasan mengajar anak orang insyaallah anak kita akan pandai juga.. Amin..
Wednesday, April 1, 2009
YAHOO !!! DAH LEGA..
Posted by Naa..a at 8:07 PMAlhamdulillah, sudah selesai sessi temuduga. Macam-macam ragam peserta yang hadir. Tetapi ini ingatanlah kepada orang lain yang bakal pergi temuduga, pastikan dokumen yang dikehendaki lengkap.Sepanjang sessi temuduga saya ada 2 orang tak boleh masuk temuduga kerana dokumen tak lengkap seperti surat beranak yang asal, borang tatatertib tak bercop dan macam-macam lagi tidak ke haru. Saya memang jenis pelupa tapi selalu buat senarai semak supaya tidak tertinggal. Sebenarnya saya selalu amalkan senarai semak ni, hatta dalam urusan balik kampung pun saya selalu buat senarai semak supaya barang tak tertinggal dan hati senang.
Tadi di hadapan fail saya tampal senarai semak. Penemuduga menegur saya, kenapa mesti ada senarai semak? saya beri alasan la.. Penemuduga tersenyum dan berkata jarang sekali dia berjumpa orang yang berhati macam saya.. Patutlah awak jadi pelajar cemerlang dan harapnya guru cemerlang... ha.ha. insyaallah saya akan cuba memperbaiki diri dari semasa ke semasa...