Thursday, April 23, 2009

kepimpinan lestari.

Teori kepemimpinan lestari atau sustainable leadership adalah orientasi kepemimpinan yang telah diasaskan oleh Andy Hargreaves and Dean Fink pada tahun 2003. Mengikut latar belakangnya, teori kepemimpinan lestari atau sustainable adalah satu-satunya teori kepemimpinan yang telah diasaskan oleh sarjana kepemimpinan pendidikan. Ini bermakna, teori ini tidak dipinjam atau diambil daripada teori kepemimpinan yang bersifat universal. Oleh itu, teori kepemimpinan lestari adalah merujuk kepada model kepemimpinan sekolah iaitu gambaran bagaimana amalan dan tingkah laku pengetua dalam membudayakan kepemimpinan di sekolah.
Terdapat Tujuh prinsip kepemimpinan lestari tersebut adalah:
1.Memberi keutamaan kepada aset manusia dan material.
2.Mengagihkan kepemimpinan kepada orang bawahan
3.Memberi keutamaan kepada matlamat jangka panjang
4.Membina kapasiti dan kepelbagaian persekitaran sekolah yang dapat menyumbang kepada
kemajuan sesebuah sekolah.
5. Mengutamakan dan memimpin pembelajaran di sekolah
6.Menitikberatkan faedah dan kemajuan untuk semua pihak di sekolah
7.Mewujudkan pemimpin pelapis
Sebagai rumusannya, pemimpin membina kelestarian dengan pendekatan yang mereka amalkan iaitu membina iklim dan mengutamakan elemen pembelajaran di sekolah; mengagihkan kepemimpinan dan mewujudkan golongan pemimpin pelapis di sekolah; memberi insentif dan ganjaran dalam menghasilkan guru dan pelajar yang bermotivasi dan mempunyai rasa ‘belonging’. Namun, aspek utama yang harus dititikberatkan adalah sistem yang dibina oleh pengetua yang mampu dipraktikkan oleh setiap guru untuk kebaikan bersama seperti kata mereka.
Sustainable leadership certainly needs to become a commitment of all school leaders. If change matter, spread and last, sustainable leadership must also be a fundamental priority of the systems in which leaders do their work.

2 comments:

mantan said...

Rosnah,
Dulu terdapat pelbagai teori kepimpinan dikemukakan kebanyakannya disadur daripada teori kepimpinan manusia yang terlibat dalam bidang industri. Pelaksanaan kepimpinan itu bertujuan untuk menguasai manusia sebagai sumber penghasilan material.

Teori-teori ini diaplikasi ke dalam bidang pendidikan tetapi masih tidak lari daripada objektif menghasilkan output bersifat material.

Pendidikan perkaitan dengan output moral dan manusia.

Sustainable leadership akan menjadi priority jika pemimpin sendiri 'lari' daripada kongkongan teori-teori terdahulu.

Faris said...

Kepimpinan Lestari ini berkait rapat dengan kepimpinan instruksional yang telah diamalkan dalam kepimpinan organisasi pendidikan pada masa kini. Jika dilihat kepada definisi2 kepimpinan instruksional di bawah akan dapat menggambarkan perkaitan tersebut.

Blasé (1998) menyatakan kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.

Hussein (1989) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses P & P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah

“Tindakan- tindakan yang diambil oleh seseorang pengetua atau yang diturunkuasakan untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar” Debevoise (1984)

Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan.

Kepimpinan instruksional ditakrifkan sebagai adunan daripada tugas seperti pencerapan bilik darjah, pembangunan staf dan pembangunan kurikulum. (Smith and Andrews, 1989)

Pemimpin Instruksional harus menterjemahkan peranan utama mereka sebagai pemimpin kecemerlangan pembelajaran. (Michael E. Doyle & Donna M. Rice, 2002)

Definisi2 di atas menggambarkan bahawa tugas dan peranan pemimpin bukan sahaja kepada kurikulum semata2 tetapi juga kepada pembangunan staf dan persekitaran sekolah kearah kecemerlangan sekolah.

TK.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...