Monday, May 25, 2009

Biarkan aku..

Rindunya pada blog aku ini. Hampir 2 minggu ku tinggalkan satu ruang yang banyak mengisi ruang kekosongan diantara kesibukan harian. Dalam pada itu ada juga kucuri-curi juga membaca blog kegemaranku tu. Semalam ku ke kelas master ku.. sem pendek ambik satu subjek je, tapi pack la sikit. Tapi best belajar subjek pembangunan pelajar bersama Dr Hamdan b. Said.
Hari ini ke sekolah, ku set minda supaya ikhlas dalam segala tugasan. Sekembali dari kursus tempohari banyak relief diberi padaku. Alhamdulillah..Pada saya tugasan mengajar tidak menjadi bebanan langsung. Saya tidak merungut sekiranya ianya diberi berdasarkan keperluan, tetapi sekiranya atas tekanan pun,saya terima kerana saya tahu saya boleh hadapi,saya boleh buat.Saya akan melakukan dengan seikhlas hati.
Saya akan menjadi seorang yang lebih tabah,kuat dan bersemangat lagi..sebenarnya tekanan itu adalah motivasi kepada saya untuk menjadi seorang yang lebih hebat lagi... Dalam mencari sesuatu yang terbaik sudah tentu kita menempuhi pelbagai kepahitan dan kesukaran. Insyaallah berkat cabaran ini akan dapat membentuk diriku menjadi seorang yang ada JATI DIRI - amin.

3 comments:

Faris said...

Setiap sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas pasti ada ganjarannya di akhir nanti. Jangan mengharapkan balasan dan ganjaran serta merta. Mungkin anak, mungkin cucu kita yg akan dapat ganjarannya. Selamat belajar kembali. TK.

mantan said...

"Courage doesn't always roar. Sometimes courage is the little voice at the end of the day that says... I'll try again tomorrow."

Rosnah said...

tq cikgu faris dan cikgu Wahab... atas kata-kata semangat yang diberikan. Allah never say 'No' for your DOA.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...