Friday, May 29, 2009

Serangan Minda..

Aduih... serangan minda? pernahkah anda menerima dan menghadapinya. Keganasan serangan minda ini melebihi Tsunami dan mungkin melebihi wabak H1N1.
- Apabila minda diserang pasti proses pemulihannya lambat.
- Kesan pada serangan ini akan muncul penyakit baru iaitu dendam kesumat.
- Penyerang minda ini mungkin dari kalangan yang mindanya penuh dengan virus yang tidak
dikenali.
Sebab-sebab seorang itu menyerang minda orang lain.
- Dia menghadapi tekanan dan ingin mengurang tekanan yang ada padanya.
- Puas membuat orang yang diseranginya sedih- kalau boleh menangis.
- Penyerang ni boleh dianggap **** la..
Cara menangani apabila minda anda diserang.
- Buat dek je, lama-lama penyerang tu bertambah ****.
-Jangan tunjuk kesan yang kita diserang kepada penyerang tu..
- Happy go lucky... k...
(kebanyakannya perempuan yang berkuasa suka menjadi penyerang/pahlawan senduk)
Kepada member-member yang tadi kena serang minda tu..(sempena hari guru limpahan air mata) sabarlah.. Meneutral balik yang ** bilang cikgu makan duit haram kerana mengajar tak sempurna. Cikgu hidup tak berkat! apakah pengukuran pada sebuah keberkatan. Siapa yang berhak menilai seorang itu hidupnya berkat atau tidak.Hidup yang sihat dan keluarga yang bahagia itu sudah memadai bagi kita. Bukankah kebahagiaan itu satu keberkatan dan rahmat? Sebenarnya *** yang konflik dan cuba menjadikan orang lain konflik so dia membuat serangan mental. Kita mesti kuat dan kesian dengan orang seperti ini. Apapun kita cuba jadi yang terbaik perbaiki diri hari demi hari. Apa yang ** bilang tak boleh pakai... dia pun semacam je... Anyway rakan-rakanku selamat bercuti..

5 comments:

aliza said...

Betul tu...biasanya orang yang suka menyerang ni ada masalah dalaman, bila dah baik penyakit tu hilanglah sifat suka menyerang tu. Ni pengalaman saya masa kerja dulu, last-last orang yang suka menyerang tu (lelaki) jadi baik, tapi terkejut pulak kita, tiba-tiba dia berubah menghormati kita alhamdulillah.

Sekiranya kita ada kekuatan untuk bertahan itulah yang sebaik-baiknya kita lakukan, buat dek je, lama-lama berhentilah dia tu.

Lagi satu, yg menyerang berdepan ni bagi saya lebih baik daripada yang serang dari belakang ataupun yg baik didepan tapi dibelakang menghentam macam-macam. Sekurang-kurangnya dia melepaskan geram dia depan-depan, selepas habis luahan dia habis, tapi itulah ujian kesabaran kita.

Moga tetap tabah berjuang.

Anonymous said...

Bagi yang tabah serangan itu merupakan satu situasi yang membuatkan mereka lebih matang dan berfikiran terbuka kerana dan orang yang menyerang sebenarnya mempunyai pemikiran yang penuh prasangka dan ini merupakan virus yang harus disingkirkan sebelum ianya menjadi satu pandemic yang merosakkan mereka yang ikhlas berusaha untuk mengangkat martabat diri

Rosnah said...

tq cikgu, memang orang seperti ini virus dan individu tak sama kalau terkena pada yang lemah boleh mati. kerjaya mereka macamana? semua orang mampu membangun diri sendiri, seorang pemimpin seharusnya mendorong.. percaya atau tidak saya rasa pengembangan diri saya faktor utama adalah pemimpin.Saya bertuah sangat sebelum ni gb saya seorang yang cukup memberi peluang kepada saya dan memotivasikan saya.

Anonymous said...

Penyakit gila hormat menimbulkan penyakit lain iaitu cemburu kepada semua orang bahawa orang itu akan menentangnya. Takut dan jatuh timbul berbagai-bagai was-was sehingga pertimbangan akal yang sihat dikalahkan oleh prasangka. Dicarinya sebabnya, tidak lain kerana kekosongan dada dari pegangan kepercayaan.

Rosnah said...

Sebenarnya orang seperti ini berada dalam fantasi.. Itu adalah satu sifat orang yang cuba melarikan hidupnya dari situasi sebenar. Tahu kekurangan diri tapi tak mahu memperbaiki dan tahu diri tak mampu, tapi merasakan diri hebat. Satu dia mencari kelemahan orang 4 kelenahan sendiri wujud. Umpama menunjuk menggunakan tangan, Selagi dia berada dalam situasi itu selagi itulah dia tak akan stabil hidupya serabut dan kucarkacir.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...