Monday, June 1, 2009

Apakah Nasib Subjek Pendidikan Islam sekiranya...

Saya terpanggil untuk menulis tentang menghadkan pengambilan subjek dalam peperiksaan SPM. Terfikir juga kenapa harus menghadkan sepatutnya kebebasan diri selagi pelajar mampu. Sememangnya terdapat pelajar yang mempunyai tahap kemampuan yang tinggi dan seharusnya kita sokong. Pada saya banyak perkara lain yang perlu menteri pelajaran perlu buat perubahan. Apalah gunanya konsep pengayaan yang kita apply dalam pedagogi yang mana pelajar yang pandai diberi pengayaan.
Dalam isu ini seharusnya pelajar yang pandai diberi kebenaran mengambil pelajaran yang lebih. Sekiranya dihadkan dibimbangi pelajar yang bijak ini boring dan akan bertambah isu negatif lain pulak. Pelajar yang bijak ini sekiranya dibenarkan mengambil subjek yang lebih mereka akan leka dengan belajar maka kuranglah kreativiti mereka untu terjebak dalam aktiviti kurang sihat ini.
Apa yang saya bimbang lagi sekiranya kementerian menjadikan subjek pendidikan Islam sebagai elektif dan bukan subjek teras yang perlu di ambil sebagaimana yang tercatat didalam surat khabar hari ini. Cuba fikir apa kesannya.? Pada saya selepas ini ramai pelajar Islam yang tidak mengambil subjek ini.Apa akan jadi kepada rakyat malaysia selepas ini. Bagi pelajar bukan Islam pula tidak mengambil subjek moral. Apabila mereka tidak mengambil subjek pendidikan Islam sudah tentu mereka tidak belajar dan menghayati. Pembelajaran setakat tingkatan 3 bagi subjek ini tidak mampu memberi penghayatan yang mendalam dalam soal agama lebih-lebih lagi dalam banyak persoalan hidup yang memerlukan panduan Al-Quran dan Sunnah.
Bukankah selama ini sistem pembelajaran dinegara kita sudah elok. Selama ini sekiranya pelajar sekolah Men Ugama (Arab) contohnya(sebab saya berpendidikan aliran ini) saya belajar dari tingkatan 1-5 sebanyak 17 matapelajaran seimbang subjek B.Arab dan Akademik dan pada saya dan kawan-kawan tidak menjadi masaalah. Alah bisa tegal biasa. Kami banyak menghbiskan masa dengan belajar kerana setiap tahun ada peperiksaan penting bermula tingkatan 3- PMR, Tingkatan 4- SMU(4 thanawi) Tingkatan 5- SPM. Bahkan peringkat SPM ramai yang ambil sains tulen dan B.Inggeris dengan pelbagai kod sehingga menjangkau subjek menjadi seperti nik Numadihah ambik iaitu 20 subjek.Ramai pelajar-pelajar dari sekolah saya Maahad Muhammadi berjaya menjadi Doktor,Peguam bahkan engineer. Pada saya tidak ada yang negatif pun bahkan membanggakan dan terbukti ada yang mampu. Wallahuwaalam.

5 comments:

aliza said...

Salam,
Memang dalam dunia hari ini pelajaran agama cuma ilmu pelengkap saja bukannya ilmu asas yang dipandang penting oleh setiap orang.

Lihatlah umat Islam hari ini, tidak ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama ini sebelum mendalami ilmu-ilmu lain. Tidak salah jika dikatakan bahawa orang Islam akan kembali mencari agama apabila terasa kekosongan yang tak boleh diubati dengan usaha-usaha lain. Begitulah hakikat umat Islam hari ini.

Sekiranya hari ini kita masih mampu mendapat khidmat nasihat orang-orang berpelajaran agama, tidak mustahil suatu hari nanti kita terpaksa mencari-cari kepada siapa ingin merujuk permasalahan kita, kerana ketika itu begitu kurangnya ahli agama.

Pengalaman bergaul dgn orang India dan Pakistan di sini mengajar saya bahawa jika kita tidak mengambil berat tentang pelajaran agama, akhirnya kita terpaksa merujuk kepada orang yg bukan ahlinya. Ini kerana terdapat ramai orang yang mengajar agama tanpa mempunyai asas ilmu agama. Malah mereka mengatakan buku-buku banyak diperpustakaan, apa salahnya kami mengajar ilmu agama selagi ia diperlukan.

Tidak mustahil perkara yg sama akan berlaku kpd masyarakat kita, jika pelajaran agama hanya subject pilihan.

Teruskan berjuang ustazah.

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA said...

nanti saya carik masa untuk buat post di blog saya bagaimana saya lihat di sekolah pandainya lah cikgu ni bercerita mengenai subjek agama... mereka ajar pelajar semua subjek agama termasuk agama Islam...(sedih juga lah sebab bukan orang Islam sendiri yang ajar tapi orang beragama Kristian)

Cara mengajar itu penting ... dan kefahaman yang pelajar dapat....

mantan said...


Di sekolah, PI diajar untuk lulus peperiksaan. PI dilihat sebagai satu matapelajaran semata-mata, sama seperti matapelajaran lain.
Kaedah dan teknik pengajaran (pedagogi)nya juga membuktikan kenyataan itu.

Walaupun contentnya dimasukan ibadah, pengajian AlQuran, J-QAF, KAFA secara bersepadu tapi, itu menjurus dijuruskan kepada peperiksaan. Maka teknik menghafal menjadi dominan (penghafalan bukanlah konsep yang tidak bagus, tetapi itu tidak memadai. Kefahamannya bagaimana?

Penghayatannya pula bagaimana? Kaedah pengajaran PI tidak memperkembangkan minda pelajar dari segi pemikiran logik apatah lagi pemikiran kritikal!.

Sepatutnya, PI bukan bermatlamat lulus peperiksaan tetapi memahami kandungannya untuk dunia dan akhirat.

Bukan salah untuk menilai (peperiksaan), tetapi penilainya bukanlah dalam bentuk kognitif seperti matapelajaran lain. Penilaian PI sewajarnya untuk membuktikan 'penghayatan'


Jika kaedahnya tidak diubah, tak tahulah bagaimana nasibnya nanti. Tapi jangan pula 'ubah
membawa rebah'.

Rosnah said...

tq,liza, dr alya n cikgu wahab.
Memang sebagaimana kata cikgu Wahab apakah kaedah yang perlu dilakukan supaya penghayatan ilmu ini berlaku. Terlalu subjektif sebenarnya sebab wujudnya pelbagai aspek untuk menilai penghayatan.apapun satu kaedah yang terbaik perlu...
Buat Dr Alya.. apa pula kesannya kepada pelajar islam yang belajar agama islam bukan dengan guru beragama islam tu.Tak sabar nak baca post tentang kaedah mengajar agama di UK tu.mungkin kita boleh dapat idea.
Buat Liza. Liza lebih tahukan sebab kita pernah mengalaminya.Mngkin liza bole bagi idea apakah kaedah yang berkesan selain yang di nyatakan oleh cikgu Wahab tu.

aliza said...

Salam,
Idea Cikgu Wahab tu betul, dia ada pengalaman mengajar.
Memang terlalu ramai yang tidak menghayati pelajaran agama Islam, mereka belajar sekadar untuk lulus periksa sahaja.Apa akan jadi selepas ini?

Ditambah pula cara pemikiran ustaz/ustazah yang berbeza, ia menambahkan kecelaruan dalam minda pelajar. Ramai ustaz/ustazah yg terlalu jumud dan terkongkong pemikiran mereka.

Pengalaman mengajar agama di Johor dimana pelajar menghadiri sekolah agama pd sesi pagi/petang menyebabkan pelajar keliru tentang banyak perkara tentang Islam. Dalam perkara2 asaspun dah keliru, belum lagi bab-bab besar.

Jadi sebelum nak buat apa-apa kita mesti mengkaji balik tahap pemahaman guru tersebut ttg agama. Apa matlamat dia mengajar? Jangan sekadar tangkap muat aje guru-guru agama. Itulah sebenarnya yg berlaku di Malaysia. Guru sendiri tidak menghayati subjek tersebut, masakan dia dapat melatih pemikiran kritis pelajar.

Memang saya selalu berfikir macammana nak menjadikan pelajaran agama/Arab menarik untuk dipelajari, serta bagaimana nak menarik orang Islam agar berminat untuk mendalami ilmu agama sendiri.

Seboleh-bolehnya best student yg belajar bidang agama, bukan pelajar2 yg dah tak dapat melanjutkan pelajaran dlm bidang lain. Kemudian kita akan dapat melihat bagaimana mereka menghayati ilmu ini. Mungkinkah ini akan menjadi kenyataan?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...