Friday, June 26, 2009

Ke Kelas ke tidak...

Sepatutnya minggu ni tak de kelas memandangkan bersekolah hari sabtu. Biasanya kelas saya hari sabtu dan Ahad. Oleh kerana ramai pelajar -pelajar Master ni masih kabur dengan penulisan Jurnal yang perlu di hantar pada 5/7/2009 ni maka pelajar meminta juga pensyarah mengadakan kelas pada hujung minggu ini. Saya sebenarnya telah siap jurnal tu dan dah emel pun pada pensyarah dengan harapan dapat komen untuk memperbaikinya. Saya pun tak pandai juga tapi saya berpandukan pada contoh-contoh penulisan jurnal orang lain juga di samping menggunakan tips yang diberikan oleh pensyarah. Kelas akan di adakan esok (Ahad) . Kelas ni macam tuisyen je.. nak pergi boleh, tak nak pergi pun boleh. Tapi biasalah bila berada dalam pilihan kita akan menjadi masaalah untuk memilihnya. Kalau tak pergi bimbang akan ketinggalan... kalau pergi rasanya macam tak berbaloi perjumpaan tu hanya dari jam 9.00- 12.00 tghari je. Perjalanan dah 3-4 jam. Kalau biasa alang-alang ada kelas 2 hari terus... Beginilah nasib pelajar yang jauh seperti saya ni.. Begitulah dilemanya kalau semalam baca dilema cikgu faris dalam blognya.. lebih kurang dilema saya la tu. Dilema pelajar tua hi.hi. (andragogi).

3 comments:

Faris said...

Rosnah,
Kalau setakat tutorial tu, tak pergi pun tak apa sebab dah ada kelonggaran. Yang penting apa yang disuruh buat dah faham dan dah siap. Saya pun dah dapat tugasan iaitu menyediakan proposal kajian penyelidikan di peringkat bab 1 (dari introduction sehingga hipotesis). Nasib baik tugasan berdua. Tapi yang berdua ni lagi susah kerana sukar nak berjumpa dan berbincang.
Anyhow, buat keputusan yang tepat.

mantan said...

Rosnah,
Minta pensyarah buat video conference je. Kuliah kat rumah aje.

Rosnah said...

tq..yeah sepatutnya video conference je.. dulu pernah cakap ngan pensyarah.. nama UTM mana teknologinya? patutnya jadi pelopor pada u lain..

cikgu faris, masa ni terus je pilih tajuk untuk projek sebenar jimat masa dan tenaga. Sebab at least dapat siapkan beberapa bab dah utk projek tu. Masa paper sebenar guna utk laporan dan baiki sana sini kasi boom je.. saya bulan 7 ni ambik kaedah juga.. Tapi susah juga.. kalau dulu kajian biasa2. Master ni nak guna t-annova dan soal selidik pun lebih susah. i tgok cth kajian master aduh.. bole botak jgak

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...