Thursday, June 25, 2009

PERUBAHAN (CHANGE)

Apabila sesebuah organisasi atau sekolah menerima seorang ketua atau gurubesar yang baru, selalunya gb, atau ketua atau pengetua itu akan membuat suatu perubahan. Kadang-kadang mereka ingin mencipta trademarknya sendiri. Perubahan bukanlah suatu yang asing, manusia memerlukan perubahan. Situasi,corak dan keadaan yang sama memang membosankan. Kalau di rumah dan di bilik tidur kita sendiripun paling lama 3 bulan pada susunan yang tak berubah selepas itu kita akan mengubahnya untuk suasana yang baru. Pokoknya perubahan itu adakah pada keadaan yang lebih menyenangkan atau lebih menyusahkan. Lebih menenangkan atau menyerabutkan. Apabila dalam organisasi apabila sesuatu perubahan dilakukan, adakah ianya boleh mendatangkan kebaikan atau menambah masaalah. Apa-apapun sekiranya ingin melakukan perubahan. Dalam perubahan terdapat dua jenis yang sering dikemukakan oleh pakar pengurusan.
Jenis yang pertama ialah AIR YANG TENANG (THE CALM WATERS METAPHOR) Manakala jenis yang kedua ialah AIR YANG BERKOCAK (THE WHITE-WATER RAPIDS METAPHOR)
Satu kaedah yang sesuai untuk melakukan proses peubahan ialah dengan menggunakan Model Kurt Lewin. Melalui model ini terdapt 3 tahap untuk membuat perubahan.
TAHAP PERTAMA : PENCAIRAN ( Berubah daripada cara lama)
TAHAP KEDUA : BERUBAH ( Menginstitusi perubahan)
TAHAP KETIGA : PEMBEKUAN ( Meneguh dan menyokong perubahan)
Langkah Pertama : Mengcairkan kedudukan sekarang
Langkah kedua : Menggantikan yang tabiat buruk kepada yang lebih baik
Langkah ketiga : mengukuhkan tabiat yang baru itu, biasanya dengan sistem ganjaran.
Sistem ganjaran membolehkan manusia nampak faedah/manfaat akibat perubahan itu. Mereka akan merasa seronok dengan perubahan itu
Sekiranya dalam keadaan air yang tenang mungkin tidak menjadi masaalah yang untuk melakukan perubahan. Sekiranya dalam air yang berkocak banyak cabaran untuk melakukan perubahan.
Berdasarkan model Lewit ini, dalam proses pencairan ini subordinat akan menyokong sekiranya ketuanya pernah membuktikannya sebelum ini, atau subordinate memang bersetuju dengan kaedah pencairan yang dilakukan oleh ketuanya. Disini trait. etika dan kepimpinan seorang pemimpin berperanan.
Proses kedua pada model kedua ini juga memerlukan kepakaran ketua/pemimpin untuk menginstitusi perubahan yang dilakukan. Sekiranya pada peringkat ini pincang dan kepercayaan orang bawahan tidak di perolehi perubahan ini akan menjadi lebih teruk. Langkah ketiga tidak mungkin dilaksanakan.
Ramai orang berjaya melakukan perubahan tapi ramai juga perubahan itu hanya sementara kerana tidak dikekalkan sedangkan kos yang banyak digunakan, tenaga,masa banyak dikorbankan. oleh itu kawalan yang berterusan diperlukan. Apabila ingin membuat perubahan biarlah ianya menjadi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jangan jadi seperti hangat-hangat tahi ayam. Wallahu waalam.


3 comments:

mantan said...

Rosnah,
Topik 'change' ini memang sentiasa menarik kerana orang sentiasa ingin berubah. Banyak yang boleh kita tulis tentang topik 'change'ini dari pelbagai bidang dan perspektif.

Dalam ruangan ini ingin saya tulis dua catatan ringkas. Bukan teori, pendapat sahaja.

1) Perubahan tidak memberi apa-apa makna jika hanya ingin berubah tanpa tujuan yang menasabah.

2) Sebuah kapal kargo seberat 500,000 tan yang sedang mengundur dengan kelajuan 16 knot akan mengambil masa 44 minit dan mengambil jarak 7 batu nautika, untuk berhenti dan menukar haluan! (change?)

Faris said...

Rosnah,
Dalam ketiga2 proses itu terdapat teknik2nya.

Dalam unfreezing contohnya burning platform, challenge, command, evidence, desttabilizing, education dll.

Dalam transitiong pula contoh2 seperti boiling the frog, coaching, facilitation dlll.

Dalam refreezing pula contoh2nya adalah seperti burning bridges, evidence stream, golden handcuffs, reward alignment dll.

Mungkin telah belajarnya dan saya cuma berkongsi. Saya telah pelajarinya sewaktu sarjana muda dulu. Maybe for this sarjana programme akan belajar lagi tak tahu nak kata.

Rosnah said...

tq, cikgu wahab. Actually saya duk terfikir dengan juga dengan perubahan yang dimaksudkan oleh cikgu. Betul juga.. kalau perubahan makin teruk dan kurang manfaat. Kalau nak berubah biarlah yang lebih baik kan.

Cikgu Faris,
mm. sebenarnya saya ni terlalu cetek lagi bab2 pengurusan ni, dah la tak de pengalaman dan masa first degree dulu saya belajar subjek berkaitan pengurusan ni tak mendalam sgt sbb saya sarjana muda sains serta pendidikan. Itu pasal suka keluar topik2 camni diblog saya secara tak langsung dapat komen2 dari pembaca berkaitan dengan ini saya boleh kembangkan dan tahu apa benda yang perlu dicari untuk menggali topik ini lebih mendalam tq. Dulu dalam post cikgu wahab dia ada masukkan teori boiling the frog tu. Tak sia-sia sebenarnya membaca blog kawan-kawan ni.. tq.tq very much..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...