Wednesday, June 17, 2009

Semoga ianya satu Jihad.

Kehidupan orang seperti aku memang sering diburu kesibukan dan tekanan. Minggu ini agak kritikal bagi ku untuk menyiapkan 2 jurnal lagi yang entah dapat di publish atau tidak. Silap hari bulan prof aku hanyutkan kat pulau atau mana2 je. Entahlah semenjak akhir-akhir ini banyak perkara yang menganggu fikiran dan emosiku yang menyebabkan aku tak dapat menumpukan perhatian kepada kerja-kerja ku. Kadang-kadang aku membaca blog kawan-kawan yang aku selalu kunjungi. Yang positif boleh trust dan tak kurang juga blog kawan yang mengandungi cerita-cerita lucu. Dengan cara ini hati terhibur sedikit. Semalam aku mencampakkan semua yang menggangu fikiranku jauh-jauh dan memberi penumpuan yang penuh terhadap tugasan aku. Yeah... akhirnya berjaya menyiapkan sebahagian daripadanya. Insyaallah hujung minggu ini dapatlah aku menyiapkan dengan sebaiknya. Dalam melakukan pelbagai kerja memang banyak cabaran tetapi kita akan mendapat satu kepuasan bila kita dapat melaksanakan dengan sebaiknya segala tugasan itu. Tak ramai orang yang mampu melakukan semua ini tapi aku percaya pada diri selagi ada kemahuan d isitu ada jalan. Kadang-kadang untuk mengecapi kemanisan akan merasai kepahitan dulu... Apa yang aku lakukan ini adalah sat jihad bukan untuk diriku seorang tapi ummah semua. Aku tak mampu berperang untuk agama dan bangsaku tapi aku mampu belajar untuk memartabatkan bangsa dan agama ku, insyaallah.

2 comments:

mantan said...

Rosnah,
1) Jihadlah namanya tu. Tak semestinya melalui senjata untuk berperang.

2) Rakan-rakan kata posting dan comment yang saya tulis selalunya 'serius' je. Jarang-jarang sekali saya berjaya menulis cerita-cerita lucu (tak pandai nak tulis), cuma sesekali saya cuba masukkan unsur-unsur kecindan. Mungkin tak kelakar pun.

3) Harap-harap terus mahu membaca tulisan-tulisan saya yang 'serius'je ni.

Rosnah said...

cikgu wahab,
post cikgu paling menarik. saya selalu baca kadang tertunggu gak post baru tapi kadang-kadang terlepas tengok ramai dah orang komen..posting cikgu kadang2 serius kadang2 santai dan sesekali lucu.Tapi sebenarnya olahan ayat cikgu tu kemas. Saya sedang cuba mempelajari supaya dapat mengulas dengan kemas tu.Kadang-kadang saya perhatikan macam mana cikgu bina ayat. Sebab dulu saya banyak terpengaruh bahasa arab. Dalam bahasa arab banyak ayat berulang untuk mentaukidkan sesuatu perkara cth : jayyid jiddan. jayyid tu maknanya bagusdah tapi ditambah jiddan sgt2 lah tu bagusnya.Bahasa melayu bahasa indah macam tu untuk sastera je kan. anyway tq.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...