Tuesday, July 7, 2009

MENGERTIKAH AKU...

Sejak tadi lagi aku terfikir-fikir terutama bila menatap wajah-wajah pelajar aku yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Mungkin naluri seorang guru dan seorang ibu, aku juga turut terasa apa yang sebahagian muridku rasakan. Awal pagi tadi, aku masuk salah satu kelas yang cemerlang yang bakal menduduki peperiksaan bulan september ini. Di raut sebahagian wajah tergambar seolah-olah mereka tertekan dan sebahagiannya aku dapat merasakan mereka dalam keadaan tenang dan sebahagian lagi dalam keadaan happy go lucky... Apa yang mampu aku lakukan mendekati mereka dan cuba mendalami hati dan perasaan mereka. Sebenarnya aku cukup rapat dengan mereka. Setelah direnung pada perilaku mereka aku cuba menyesuaikan mereka dengan kategori -kategori yang pernah aku pelajari dulu.. Menurut Honey dan Mumford beliau membahagikan jenis2 manusia kepada 4 kumpulan iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.
i. Aktivis
Individu yang aktivis dikategorikan sebagai individu yang berminat kepada pengalaman dan ’obses’ terhadap kaedah berpasukan. Mereka juga bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Kehidupan mereka adalah aktif dan sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Mereka berminat kepada pengalaman baru, yang mencabar tetapi mereka mudah berasa bosan terhadap mengambil tindakan atas inisiatif sendiri. Individu aktivis merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu kepada persekitaran dirinya sendiri. Individu aktivis mempunyai fikiran terbuka dan ingin mengambil tahu akan perkembangan terbaru dalam pembelajaran serta persekitarannya. pembelajaran yang melibatkan aktiviti sumbangsaran, perbincangan dan sesi buzz. Golongan aktivis adalah golongan yang kreatif dan mampu menghasilkan idea-idea serta jalan penyelesaian yang kreatif dan menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru. Oleh kerana mereka ada banyak idea, guru perlu mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti sumbangsaran, perbincangan dan sesi buzz.

ii. Reflektif/reflektor
Individu reflektif/reflektor berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian melalui pelbagai perspektif. Mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak dan menganalisis pengalaman tersebut sebelum membuat sesuatu keputusan. Mereka biasanya memberi keutamaan dalam mengumpul dan menganalisis maklumat maka keputusan yang dibuat akan memakan masa yang agak lama. Mereka selalunya berfikir sebelum membuat tindakan. Mereka sangat berhati-hati dan gemar menjauhkan diri daripada terlibat dengan perbincangan sebaliknya berminat memerhati tingkah laku manusia di sekelilingnya. Mereka suka melibatkan diri dalam matapelajaran Sains dan sering membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri, pemerhatian rakan serta pemerhatian orang dewasa. Persepsi dan pengamatan mereka tajam dan sensitif terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Kemahiran memerhati dan berfikir mereka adalah tinggi.

iii. Teoris
Seseorang yang teoris mementingkan situasi-situasi bermatlamatkan logik. Mereka mudah terangsang kepada teori, model dan sistem pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Masalah diselesaikan secara penaakulan langkah demi langkah yang logik iaitu melalui kaedah menganalisis serta mensintesis. Mereka berpegang kepada ‘jika ianya logik maka ia boleh digunakan’. Mereka sering mempersoalkan tentang dasar bagi sesuatu perkara yang diketengahkan. Oleh itu, mereka lebih bersifat analitik dan mengutamakan ketetapan daripada bersifat global dan subjektif. Aspek emosi adalah tidak begitu penting untuk individu yang mempunyai gaya pembelajaran teoris. Mereka lebih mementingkan rumusan atau kesimpulan yang dibuat berasaskan bukti, analisis, kenyataan atau idea. Oleh sebab itu, rumusan atau kesimpulan yang dihasilkan oleh mereka adalah kurang kreatif kerana terkongkong oleh bukti dan logik.

iv. Pragmatis
Kajian mendapati mereka yang pragmatis adalah lebih konfiden, banyak bercakap dan lebih proaktif mengikut perkembangan dan sentiasa mengekalkan tahap emosi yang tinggi. Golongan ini tertumpu kepada isu-isu yang praktikal dan berminat mengaitkan pembelajaran yang telah dipelajarinya dengan kaedah semasa yang digunakan. Mereka gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi sebenarnya. Golongan pragmatis berpegang kepada ‘kaedah sentiasa ada’ dan ‘jika kaedah itu berguna maka ianya baik’. Mereka gemar membincangkan perkara yang tidak mempunyai objektif dan tidak mempunyai keputusan tetap kerana mereka adalah golongan yang suka membuat keputusan secara praktikal dan gemar menyelesaikan masalah secara cuba jaya. Mereka adalah golongan yang ekspresif iaitu mereka berasa puas hati apabila mereka berjaya dalam sesuatu perkara baru atau eksperimen. Pelajar pragmatis juga bersifat kreatif dan inovatif kerana mereka akan sentiasa cuba untuk membaiki sesuatu idea supaya ia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam situasi yang sebenar. Pada kebiasaannya pelajar pragmatis adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan mereka menggunakan otak kanan untuk memproses maklumat yang diperolehi.
Mungkin mereka berada dalam kategorinya sendiri dan mengharap pengertian dari seseorang yang membimbingnya... Mampukan kita sebagai seorang guru memenuhi harapan setiap orang pelajar kita. Sekiranya melakukan sesuatu dengan ikhlas saya percaya satu jalan yang lurus terbentang buat kita..

1 comments:

mantan said...

Rosnah,
1. Tulisann yang ilmiah.

2. Demikianlah, para ilmuan sentiasa meneroka mencari makna "manusia". Akan sentiasa dicari tentang maklumat ciptaan Illahi yang amat misteri ini.

3. However, its only a
PART* of the whole meaning of the human being.

*PART = Pragmatic, Activist, Reflective, Theorist.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...