Saturday, August 29, 2009

Berbuka Puasa Beramai-ramai.

MR KHALIL , MY BIG BROTHER IN LAW

SURITA & MRS AMIE & MAK ....

ANAK-ANAK BERSAMA BAPA2
Kalau satu ketika dahulu kat kampung, selalu ada majlis berbuka puasa secara beramai-ramai ni terutama dalam kalangan anak-beranak, jiran terdekat dan sedara mara ni. Tapi sekarang ni budaya ni dah berkurangan dek kerana kekangan masa dan tugas. Bagi saya sendiripun biasanya penghujung ramadhan, setelah hampir hari raya dan balik kampung baru berpeluang berbuka puasa beramai-ramai. Tapi semalam masih dalam tempoh cuti sekolah, saya berkesempatanlah menjemput jiran terdekat je, beberapa buah rumah di kiri kanan rumah saya untuk berbuka bersama di teratak saya tuh.Kalau nak jemput ramai-ramai tak mampulah nak mengendalikannya. Di bulan puasa ni penuh keberkatan sebenarnya. Pada awal penyediaan makanan tu bimbang tak cukup, maklumlah siang waktu perut lapar. Rupanya jumlah yang disediakan berlebihan pulak. Hah ini tips bila nak sedia makanan pada bulan puasa ni mesti kurang dari biasa bulan tak puasa. Selepas berbuka biasanya ramai yang minum air banyak dan kenyang sudah tentu jumlah makanan yang diambil sedikit. Apa impak yang saya dapat perolehi dari berbuka ramai-ramai ni dah tentulah silaturrahim. Lebih-lebih lagi orang macam saya yang sentiasa sibuk dan jarang sekali bersua muka. Alhamdulillah jiran saya tak berkecil hati dengan saya dan memahami saya. Saya juga dapati anak-anak seronok dan meminta diadakan lagi majlis seperti itu. Dalam kesempatan yang sedikit itu dapatlah mengeratkan hubungan dengan jiran yang amat perihatin sebenarnya selama ini. wallahuwaalam

3 comments:

Rosnah said...

tq naman, begitulah adanya.. kenduri sikit je..

lanlebak said...

lanlebak
Kenduri berbuka amalan terbaik, dulu, kini dan selamanya.Dulu- datok nenek kita, kini- kita yang buat, selamanya- anak cucu cicit kita... amalan berpanjangan yang dituntut.

Anonymous said...

mana gambar kawe haa... post tgh mati tak masuk ? hati ku kecewa... tiada tempat ...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...