Sunday, August 9, 2009

KABUS atau JERUBU...



Seperti biasa awal-awal pagi lebihkurang pukul 5.00 Pagi aku bertolak ke UTM. Bersama Honda City berwarna Metal Polish tu aku menuju dengan lajunya. Biasanya awal-awal pagi macam ni dengan kelajuan 120 Km/j masih Ok. Kalau terlajak tekan minyak pun pergilah kelajuan 140 km/j. Tapi semalam berbeza.. sepanjang perjalanan tu kabus sangat tebal. eik kabus ke jerubu? mana satu istillah yang boleh guna? konfius deh.. Namun dengan kelajuan 80 km/j akhirnya sampai jugak.. tepat pada masanya. Masa balik pulak... aduh.. hujan lebat selebatnya. Hitam awan, ribut dan petir sambar menyambar. Sekali lagi aku terpaksa memperlahankan pemanduan aku.
Rasanya terlalu penat pemanduan mengambil masa hampir 6 jam itu. Biasanya hanya 3 jam sahaja. Bayangkan bulan puasa... tapi sebenarnya aku biasa menghadapi saat berbuka di perjalanan nih.. Tapi yang berbeza sekarang sendirian. Dulu ada kawan (Shuhaini) Bila direnung itulah perjuangan. Hari ini datang sekolah.. seperti biasa. Dengan minum segelas susu dan 3 biji kurma aku rasa bertenaga seperti biasa. Letih itu perasaan sebenarnya. Alhamdulillah aku mampu menjalankan tugas aku dengan baik di hari ini. Setakat ini aku tak pernah lagi bercuti kerana penat menghadiri kelas. Rekod ini akan kupertahankan..hi.hi.

1 comments:

Faris said...

Wah, kereta baru nampak. Baguslah supaya tidak terkandas dalam perjalanan terutama bagi seorang wanita. Kalau rekod tu boleh dijaga, bagus kerana sesetengah orang sengaja ambil kesempatan untuk menyambung cuti. Bila dipohon tak dapat, ambil pula MC. Bila ditegas dengan peraturan, dikata pula pentadbir tidak bertolak ansur. Sesetengah mereka suka mengambil kesempatan. Teruskan sehingga tamat.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...