Monday, August 17, 2009

Persoalan kehidupan biasa.

Hari ini sekolah hubby aku dah kena tutup akibat Virus H1N1. Nampaknya virus ini terus menular dan doaku semoga segalanya akan berakhir dengan cepat.
Bila direnungkan kenapa glamour sangat penyakit yang berjenama BABI ni? Bukankah Tuhan sudah melarang keras dengan binatang ini. Kerana? penangannya amat hebat?
Bila anak2 tanya kalau dah tahu BABI itu bahaya kenapa Allah jadikan? apa nak jawab? Allah jadikan untuk menguji manusia. Menguji kesabaran manusia. Keimanan manusia. Lagi pun itulah kekuasaan ALLAH. Di dunia ini Allah menyediakan pelbagai benda ada yang baik dan ada yang tidak baik. Tapi Allah menyediakan satu tool kepada manusia untuk menimbangnya. Apakah peralatan itu? Otak je jawapannya. Memang susah kadang2 nak menjawab persoalan anak2 yang kadang suka mencari kesalahan pihak lain, bukan diri sendiri.
Itu persoalan anak2. Persoalan orang tua juga susah nak jawab. Ini bukan soalan H1N1, tapi persoalan suami nak kahwin lagi.
Mrs a: Hai kenapa orang lelaki ni gatal sangat. sikit-sikit nak kahwin lain.
Mr b : Kawin lebih tu sunnah kan kenapa tak boleh?
Mrs a: Byk lagi perkara sunnah yang boleh buat kenapa sunnah ini pulak yang nak buat.
Mr b: Yg lain susah yang ni senang. sekurang2nya abang ada juga buat perkara yang mengikut
sunnah.
Mrs a; Hah payah la cakap dengan abang ni. kalau nak kahwin ceraikan saya.
Selang beberapa Mrs a datang berjumpa satu ustazah dan bertanya boleh ke saya minta cerai? Ustazah pun menyatakan hukum sedikit sebanyak. Kemudian Mrs a bertanya lagi.. kenapa ALLAH mengeluarkan hukum lelaki boleh kahwin lebih pada satu?
Apakah jawapan bagi persoalan tersebut. ALLAH maha mengetahui. setiap penetapan itu ada sebab musabab dan pasti semua orang dah tahu kan. Perempuan tadi sepatutnya bertanya kenapa suami ingin berkahwin lagi pada dirinya sendiri. Mungkin diri sendiri ada kekurangan dan kelemahan. Kalau kekurangan boleh diperbaiki baiki dan sekiranya tak boleh diperbaiki reda je lah. Kadang2 dalam isu seperti ini ramai orang terlalu emosi dan kadang2 kata2 boleh merosakan akidah dan menidakkan hukuman ALLAH. Bukan saya suka poligami dan saya pernah mengingatkan member2 tapi ada member hentam balik saya.. awak tak kena sedaplah bercakap. Betul juga cakapnya. Tapi ingatlah jaga kata2 dan akidah. Jangan dengan ujian Allah yang sedikit itu rosak pulak iman. Saya pernah jumpa orang yang menghadapi masalah seperti ini kadang2 banyak merosakkan akidah mereka. Bila berlaku keadaan di atas antara tindakan yang di ambil ialah berjumpa bomoh, Mengamalkan amalan2 yang sesat seperti minyak pengasih, air pengasih, minta bantuan jin dan sebagainya untuk mengikat suami. Jarang sekali yang cuba memperbaiki diri dan sembahyang hajat memohon dari ALLAH. Kepada kaum suami nak kahwin lain tu fikirkan takut nanti isteri anda terpesong... hi.hi.. mafhumnya sunah dapat dosa dapat...

3 comments:

Anonymous said...

rasa dah kronik mu ni kak ross... apsal ni?? kang org kena H1N1 ko kena B1N1...

-liza

mantan said...

Rosnah,
Soal ini memang tidak akan habis diperkatakan... sebab manusia tetap manusia, dikurniakan akal. Jika tidak, manusia akan mengikut naluri semata-mata. Kacau-bilau dunia ini.

Lebih hebat kacau-bilaunya kalau Mrs a mulakan dialognya mcm ni:
Mrs a: Abang, saya nak kawin lagi satu boleh tak?

Tak dapat bayangkan apa pula kataa Mr b.

HASHIMME OMAR said...

i rasa dalam hal sunnah kahwin lebih ni orang pompuan yang tak sokong tapi merekalah sebenarnya yang salah. Maklumat lanjut leh baca artikal dalam bloh i. Ini merupakan hasil perbincangan dengan para Utz dan beberapa orang yang bergelar lelaki...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...