Tuesday, August 25, 2009

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa i

Bertemu kembali diruangan yang tidak seberapa ini. Kawan-kawan dan sahabat sekelian tentu pernah dengar tentang pusat-pusat body sliming yang diiklan di TV seperti sliming world dan sebagainya tu. Bila kita dengar, ahh mesti boleh slim and fit body kalau pergi ke sliming centre ni. Tapi kosnya kalau tak ada 3000+++ tak usah jenguhlah tempat sebegini. Itu tentang kos, tentang kesannya? berbagai persoalan, boleh slim ke? confirm ke ? Tapi ramai wanita sanggup berhabis untuk cantik dan sihat. Namun begitu mengikut rakan saya yang memang concern about it, dia pernah enroll untuk mengikuti program penurunan berat badan melalui salah satu centre yang ada di Malaysia ini, memang kena melalui proses puasa jugak. So how ? why not we just follow this steps. It's exactly dengan program diet di sliming centre tu. Berikut saya cuba rumuskan tentang kesan puasa itu dari segi fizikal dan kesihatan.
Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-
· Fasa pertama (dua hingga tiga hari)– Pada peringkat ini Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.
· Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.
· Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.
Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur. Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.
Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli. Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.
Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.
Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.
Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...