Thursday, August 27, 2009

Satu Malam di Bulan Ramadhan

Pejam celik,pejam celik sudah hampir seminggu kita berpuasa. Dalam kekalutan antara tugasan duniawi kita melaksanakan ibadah yang dituntut oleh ALLAH kepada seluruh manusia terutamanya yang beragama Islam. Malaysia sebuah negara Islam di mana rakyatnya majoriti Islam sudah tentu merasai nikmat bulan puasa. Bulan yang penuh dengan kemeriahan. Bila diperhatikan solat terawih diadakan di hampir kesemua masjid dan didapati jemaahnya amat ramai sekali berbanding dengan bulan-bulan biasa. Alangkah indahnya panorama itu. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan turut serta dan melalui pengalaman ini. Semalam kami sekeluarga menunaikan solat terawih di masjid Kampung Simpang Sepayang. Selepas solat terawih bersiar-siar sekejap ke bandar Rompin. Dari Sepayang ke Rompin saya melalui beberapa buah surau dan masjid. Saya dapati amat meriah sekali suasananya dan bilangan ahli jemaahnya. Terdetik dihati saya alangkah indahnya kalaulah situasi seperti ini berterusan sepanjang tahun. Betapa indahnya nampak Islam itu. Sesampai di Rompin saya pergi gerai cina membeli buah. Orang Cina tu tinjau-tinjau anak -anak saya yang masih bertelengkung solat. So Amoi tu tanya saya, "cikgu dari masjid ke,"? saya kata ye. "Kenapa bulan puasa ni ramai olang melayu di Masjid."? bulan lain kulang o.. U punya tuhan ada tulun ini bulan ke?. Persoalan itu saya cuba jawab dengan sebaik mungkin dan cina kata oo.. banyak seronok aa ..anak-anak u yang kecik-kecik pun ikut sama. Kita orang cina satu malam je dapat sama anak beranak . Lalu saya berlalu dari kedai itu. Masa ini saya rasa betapa perlunya kemahiran dan ilmu supaya orang bukan Islam turut memahami. Islam adalah agama yang indah dan merangkumi zahir dan batin. Mengenali zahir mendorong seseorang mengetahui yang batin. Wallahu waalam.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...