Saturday, September 5, 2009

Berbuka di Masjid Sultan Ismail UTM

Hari ni selepas kelas aku berkira-kira nak menginap dimana dan nak berbuka di mana? Pada kebiasaan aku menyewa hotel untuk menginap atau tinggal di rumah mertua kawan aku dikampung Melayu Kangkar Pulai. Tapi hari ni aku memohon maaf dengan member aku, malam ni aku ingin mengikut program di Masjid Sultan Ismail. Sebenarnya amat meriah suasana disitu. Terdapat lebih kurang 30 pelajarperempuan yang mengikut program ihya ramadhan dengan beriktikaf dimasjid dan tadarrus al-quran sepanjang malam. Program ini di adakan pada hujung minggu sebegini. Qiamullail dimulakan dengan solat taubat dan hajat, tadarrus dan bersahur disediakan. Kesempatan ini bolehlah aku ulang-ulang solat hajat untuk anak aku yang bakal menduduki UPSR nanti. Makanan berbuka juga disediakan dalam bentuk makan secara jemaah iaitu satu dulang kongsi 4-5 orang. Memandangkan masjid ni berhampiran dengan perpustakaan, aku juga berkesempatan mencari beberapa bahan assigment aku. Walaupun terasa amat penat, dari jam 4.00 pagi hingga sekarang, aku tak merebahkan langsung badan, dan esok masih meneruskan lagi kelas dan perjalanan pulang tapi aku terus bertahan. Pada minggu ini konsentrasi aku pada kelas agak kurang. Aku masih memikirkan anak aku yang bakal menduduki peperiksaan pada hari selasa nanti. Pada mulanya aku ingat nak ponteng je kelas kerana ingin membantu anak bagi persediaan yang terakhir. Memandangkan suami aku berjanji akan poolish anaknya maka aku meneruskan kesini..Dari sini aku hanya mampu berdoa untuk kejayaan dan kesihatannya. Semoga anaknda aku norimran bin Hashimme akan suksess dan berjaya ... amin..

6 comments:

Faris said...

Rosnah,
Cubaan... cubaan... memang inilah dugaannya. Anak bongsu saya pun akan menduduki UPSR juga. Harap2 dia boleh capai kejayaan cemerlang seperti kakak dan abangnya. Kalau dah Shimme boleh bantu polish kira ok lah tu. Saya cadang anak bongsu ni tak nak hantar ke asrama, nnti sunyi pula di rumah. Kakak dan abangnya dah ada di asrama penuh sejak form 1, kalau dia pergi juga nanti sunyi rumah pulak.
Pasal berbuka di masjid ni, baguslah kerana ada beberapa program yang boleh diikuti. Bagi saya, tak berkesempatan kerana kelas malam bermula pukul 8 mlm. Setiap hari jumaat malam sabtu, beli aje juadah di bazar dan berbuka di surau universiti aje sebab kalau makan di kedai, sure lambat punya, orang ramai. Semuanya nk rushing.
Semoga berjaya dengan cemerlang.

Anonymous said...

tak marah la kak ros... tapi kesian la sbb kalau stay hotel kita stay sama2.. bulan posa ni sbb tu pk cemana la org musafir yg sorang ni...????

aku yg kesiankan kak ros,
liza.

ustaz lan said...

Salam, tahniah wanita kental dan berjiwa besi waja. Kejayaan payah untuk didekati seandainya seseorang itu mudah atau sentiasa mengalah. Benar kata pepatah "orang berjiwa besar puncak gunung mudah didaki untuk ke sana sekali pun tinggi". Sepertimu Mek Nah sekalipun sebuk dengan kelas sempat ke perpustakaan mencari isi rujukan, berqiamullail dan terus ke kelas kemudian segera pulang. Kesepakatan dalam keluarga adalah paling mustahak. Semoga perancangan UPSR anak Mek Nah terlaksana dengan baik dan sempurna dengan pencapaian terbaik 5A..syabas.

Rosnah said...

tq, cikgu faris.. ni anak saya yang kedua. Anak saya yang pertama dulu perempuan, alhamdulillah boleh dapat 5A tapi kami sepakat tak nak hantar asrama. kebetulan dia sendiri pun tak nak. Kami tak mohonpun.tunggu lepas tingkatan 3 nanti. Kat sek men biasa pun saya tengok pencapaian dia pun baik, yang ni lelaki, susah sikit, semua kena suruh...tapi mudah-mudahan dia berjayalah.. amin..

Rosnah said...

tq, ustaz lan.. bukan wanita besi waja. tapi besi karat hi.hi. saya ni semua besi teristimewa kuku besi. huwa.huwa. amin semoga anak berjaya dih..

Rosnah said...

tq. cikgu wahab.. ni turn kita orang pk pasal anak2 sekolah nih.. turn cikgu dah lepas kalu nak pk pun pasal cucu2 pulak yek...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...