Wednesday, September 2, 2009

Blog dan komunikasi

Pada akhir tahun 1980 an kita diperkenalkan dengan emel, Pada pertengahan 1990an laman web pulak.Pada era 2000 kita didedahkan pula dengan penggunaan blog. Blog adalah singkatan bagi perkataan weblog . ensikiopedia wikipedia mendefinisikan sebagai sejenis laman web yang diselenggarakan oleh seseorang individu atau kumpulan yang mengandungi entri yang memerihalkan maklumat,peristiwa, idea atau pandangan. Perkataan blog ini juga boleh digunakan sebagai satu perkataan yang membawa makna untuk menyelenggarakan atau menambah kandungan ke dalam blog. Kebanyakan blog menyediakan ulasan atau berita tentang satu subjek yang spesifik seperti pendidikan,bisnes,sukan,kesihatan,agama,politik dan hiburan. Fungsi lain adalah lebih kepada buku harian peribadi dalam talian. Secara am,blog mengandungi teks,imej dan pautan ke blog,laman web lain dan lain-lain media yang berkaitan dengan tajuk perbincangan. Selalunya entri blog disusun menurut urutan masa entri itu ditulis, blog dicirikan berdasarkan bagaimana entri dikategorikan bagi memudahkan pembaca memilihnya. Penulis blog atau dikenali sebagai “blogger” adalah seseorang yang mempunyai sikap dan peribadi tersendiri. Ada kalanya mereka ini boleh diibaratkan sebagai wartawan atau penulis ruangan. Setiap manusia mempunyai buku dalam diri masing-masing. Justeru dengan ada blog ini, buku yang terdapat dalam diri individu dapat keluarkan. Buku yang dimaksudkan adalah ledakan pandangan dan buah fikiran.Kini, menerusi blog kita boleh mendengar dan memperolehi pandangan,luahan rasa,cadangan, komen dan lain-lain komentar berkenaan perkara tertentu. Ia seolah-olah mengambarkan demokrasi sedang berlaku

3 comments:

mantan said...

Lantana, Selamat berpuasa.

Internet sentiasa berkembang. Penggunaannya pelbagai seolah-olah tiada batasannya. Dimanfaatkan oleh manusia sepenuhnya. Manusia memang kreatif. Sentiasa ingin meneroka sesuatu yang baru. Lantas tercipta belbagai inovasi.

Jikalah tidak kerana ada manusia menyalahgunakannya, blog memang sesuatu yang amat bermanfaat. Satu bentuk penyebaran maklumat dan pengetahuan yang pantas dan berkesan.

memang ada yang menggunakan blok untuk tujuan memusnahkan keharmonian kehidupan manusia. Tetapi itulah cabarannya. Akal fikiran menjadi pemandu tindakan. Itupun masih tidak memadai.

Baik buruk blog sebenarnya bergantung kepada tuan punya blok itu yang mengganggapnya 100% hakmilik peribadi (hakikatnya, tidak).

Tetapi kita juga jangan lupa bahawa kita hidup bermasyarakat dengan manusia yang pelbagai ragamnya.

Berblog juga ada etikanya. Barangkali ramai yang berfikir bahawa etika itu tiada membawa sebarang faedahpun!

Rosnah said...

tq mantan..memang betul dalam apa jua kerja mesti beretika.. dalam islam konsep etika boleh dipadankan dengan ehsan..

ustaz lan said...

Saya bersetuju setiap penulis itu mempunyai sikap dan peribadi yang tersendiri yang berpegang kuat dengan kepercayaan diri. Lantas apabila ia mencoret atau menulis. Maka ianya sudah mula dan berupaya mengeluarkan idea yang selama ini terpendam dibundak kepalanya.Dalam menulis ia perlu memehatikan seperti; apa yang hendak ditulis, ejaannya pasti betul, ayatnya kena memberi maksud yang dikehendaki dan difahami, bila masanya, dimana nak menulis dan mengapa perlu menulis, untuk siapa menulis. Banyak kriteria yang perlu kretif, kritis dan perasa.. dikala ini saya cuba memberanikan diri menulis dan cuba berkongsi idea yang tak seberapa..terima kepada mek nah yang banyak memberi tunjuk ajar tak lupa juga si manta orang lama..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...