Wednesday, September 9, 2009

Hari Kedua UPSR

Hari ni hari kedua UPSR. Hanya satu paper je untuk hari ini iaitu m3 kertas 1. Pagi-pagi tadi anak aku mengadu dia rasa letih dan pening kepala sedikit.Hatiku mula rasa terkilan. Aku menyuruhnya minum air supaya tak melarat. Tapi dia enggan biasala sayang puasanya. Aku tau anak aku ni jenis tak tahan sangat sebab dia ni anemia. (tekanan darah rendah) kat sekolah mudah sangat pitamnya. Akhir-akhir ni sebelum menghadapi peperiksaan aku betul menjaganya supaya dia sihat. Tapi apa boleh buat, selepas paper m3 tadi aku tengok mukanya pucat. Alamak! badannya panas. Lalu terus membawanya ke Klnik, Dr membuat pemeriksaan dan memberinya ubat. Setibanya di rumah, aku memaksanya berbuka dan makan ubat da rehat. Biarpun tak ulangkaji saat terakhir, tapi dapat hadir periksa dan menjawab paper seterusnya esok. Biasalah aku nampak wajahnya risau dan stress. Tapi takpe... insyaallah kejap lagi baik dan aktif semula..(suasana kat dewan tadi pun ramai calon yang demam jugak). semasa saringan tadi ada 3 orang yang suhu badan tinggi tak termasuk anak aku... (SEMOGA ANAKKU SIHAT ESOK ... AMIN..)

1 comments:

aliza said...

Salam,
Za ada baca ttg susu kambing boleh bantu untuk orang anemia, try la bagi anak tu minum iinsya Allah baik. loni ada byk produk susu kambing di Malaysia, za dah cuba alhamdulillah rasa lebih bertenaga. Lagipun ia sunnah Rasulullah, tak rugi mengamalkannya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...