Tuesday, September 15, 2009

Hari raya dan kemalangan

Nampaknya hariraya dah hampir menjelang. sana sini sibuk . Di emporium sarat dengan orang, di bank sarat dengan orang. Di jalanraya pun sarat dengan orang. Agaknya dimanalah yang lenggang dengan orang? Wabak HIN1 nampaknya semakin diabaikan. Kempen memakai topeng seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan pada orang ramai. Keghairahan menyambut hari raya menyebabkan lupa dan alpa. Semalam saya dan keluarga ke Kuantan, kononnya nak berbuka diluar dan terlanjur tu nak membeli sedikit barang-barang keperluan dan persiapan hariraya. Inilah persiapan yang terakhir. Hari tu hanya sempat beli baju untuk anak-anak saja, buahtangan untuk emak dikampung belum lagi..
Oh ya, semalam dalam perjalanan ke kuantan aku menyaksikan 2 kemalangan. Satu kemalangan melibatkan seorang tua bermotosikal dan kereta. Kecederaan berlaku pada penunggang motosikal itu. Selepas beberapa KM aku menyaksikan satu lagi kemalangan sebuah kereta kembara warna silver terbalik. Apa yang aku nampak ada yang meninggal. Kenapa yek.. rasanya jalanraya belum lagi betul-betul sibuk tapi sudah ada banyak kemalangan. Kenapa yek setiap hari raya ada je mega kemalangan.. nauzubillah. Hari raya hari untuk mengagongkan kebesaran Allah. Raya lah dengan berpada-pada. Jangan tergesa-gesa. Nyawa mesti dijaga..Berhati-hati di jalanraya...

4 comments:

Aliza Yunus said...

Selamat Pulang Beraya, semoga selamat sampai kampung.
Memang musim sebegini banyak kemalangan yang berlaku, seingat za dari KL nak ke KB memang selalu saja ada kemalangan, setiap kali melihatnya kita menjadi gerun, hati tidak putus-putus berdoa agar perjalanan kami dirahmati-NYA.
Fi amanillah.

Anonymous said...

huh! sekali lagi turun kontan tak bgtau...!!

-liza yg comey

ybs said...

Selamat Hari Raya buat cikgu dan keluarga, moga sentiasa ceria, gembira dan bahagia khasnya pd hari lebaran serta beroleh kemenangan di Syawal ini...

ustaz lan said...

Salam, suasana raya telah terasa. Ramai yang mula bersiap sedia dan pulang ke kampung halaman. Ada yang balik kampung bersendirian kerana bujangan..mana yang tahun lepas dah balik kampung sebelah suami maka tahun ini giliran suami pula balik ke kampung sebelah isteri dan ada juga setiap tahun balik ke sebelah isteri je. Terpulang janji suasan raya tetap meriah dan gembira bersama keluarga terutama ibu bapa di kamung. Syukur ... jangan hendaknya pasal lain raya jadi tak ceria berantakan sakan. Nanti orang tahu malu. Bukan apa! ada yang begitu mungkin masa dulu rosnah, sekarang senang. Kalau bila-bila nak balik mudah tak ada masalah. Dirumah mak mentua lepas-lepas masak lemang, teringat nak balik rumah mak sendiri pula.. emm siap start kereta balik pagi dah sampai. Tak ada masalah. Yelah saya biasa je lepas solat raya makan dan terus pulang kampung malam balik cukup sehari raya dengan keluarga. Saya mengucapkan selamat raya posa maaf zahir batin salah silap mohon maaf.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...