Saturday, September 12, 2009

Tak berbaloi... memang tak berbaloi.

Semalam walau macamana susah pun akhirnya aku berjaya menyiapkan assigment dan slide presentation. So pagi-pagi selepas sahur aku bertolak menuju ke Johor, walaupun agak penat, maklumlah bulan puasa dan sedikit selesema. Pada awalnya suami nak temankan tapi memikirkan anak lelakiku masih tak berapa sihat, so biarlah dia yang mengawasi anak-anak. Itu semua kira bisa diatur... tapi apa yang terkilan setelah sampai kelas, duduk je pensyarah bagitau kelas hari ini akan berakhir sampai pukul 1 je... untuk hari ini, dan besok tak ada kelas sebab dia ada urusan di KT. Rasa macam, tak berbaloi tu, aku drive dari rompin ke sini dah 4 jam. Belajar hanya 3 jam lebih kurang. Lepas tu nak drive balik pulak 4 jam. Apa yang lebih terkilan lagi, kumpulan aku tak sempat bentang pun... hu.hu. selagi tak bentang rasa macam nak baiki lagilah.. dan beban pun rasa masih terpikul. Tapi assigment tu memang prof suruh hantar sebab memang date line hari ni. Pada hal sepatutnya beban untuk assigment tu dah lepas... lepas raya ni kena hantar proposal kajian pulak. hu,hu. nampaknya raya ni terhad la... Tapi raya tetap raya...

5 comments:

zaijb said...

cian nyee k.rose bersabarlahh... sy pun macam tue juga, kalau tak hantar rasa ada jee yg nak dibetulkan dan rasa terbeban lagi...
bulan pose nie memang kena byk sabor..hehe..

ar-ranawi said...

Saje, ustz. nak release tension tu, ustazah memang seorang pejuang yang sabar kalau tidak masakan boleh drive sebegitu jauh demi sebuah perjuangan. Memang berbaloi tu, apa lagi kalau sepanjang perjalanan diiringi doa suami dan anak-anak dan zikir-zikir mengingati kebesaran Allah. Kadang-kadang apa yang kita harap tidak dapat tapi yang kita tak terfikir dan tak terbayang menjadi milik kita, itulah kehidupan namanua.

ar-ranawi said...

sabo je le ustazah

ustaz lan said...

Saya setuju dengan ar ranawi,walau pun perjalanan rosnah lapan jam itu memang melesukan. Kelas hanya lebih kurang tiga jam sahaja. Tetapi ia cukup besar untuk memberikan contoh tauladan yang baik samada kepada anak-anak mahu pun orang lain. Teruskan demi kejayaan....

aliza said...

Salam,
Ilmu yang amat bermakna apabila kita mendapatnya daripada guru yang jauh dan terpaksa bersusah-payah.
Jadi teruskan perjuangan untuk mengejar ilmu. Selamat Berusaha dan Maju jaya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...