Thursday, October 29, 2009

Analisa Kualitatif.

Menurut Coffee dan Atkinson (1996) dalam menganlisa data kualitatif ia lebih bertumpukan pada maksud data dan bukannya bertumpukan kepada perkiraan untuk meletakkan nombor pada kes-kes tersebut. Terdapat 3 prosedur asas dalam mengekod data kualitatif
1- Melakukan pemerhatian dan peka pada fenomena yang berkaitan.
2- Mengumpul contoh-contoh terhadap fenomena tersebut.
3- Menganalisa fenomena itu, kemudian mencari persamaan, perbezaan, pola, trend dan
struktur.

Manakala menurut Esternberg (2002) terdapat beberapa method yang bole digunakan untuk menganalisa data kualitatif.
1- penyelidik mencari satu corak atau pola (pattern) dalam data.
2- penyelidik boleh melakukan perbandingan antara kes.

Dalam mengkaji secara kualitatif biasanya sampel yang diambil dengan menggunakan kumpulan fokus. Bilangan kumpulan fokus ini tidaklah terlalu ramai antara 8-13 orang sahaja. Dalam kumpulan fokus ini penyelidik akan berbincang dan bertanya pelbagai soalan dengan menggunakan idea dan pemikiran mereka sendiri.
Dalam perbincangan itu penyelidik boleh merekod dan kemudiannya menulis semula dalam bentuk transkrip.Dalam pengumpulan ini bukan dalam bentuk numerik tetapi dalam bentuk nominal .

Data kualitatif juga lebih menjurus kepada tema yang muncul semasa perbincangan. Data yang dianalisa juga seringkali ditulis dalam bahasa harian yang menyerupai satu cerita. Ia tidak menggunakan nombor atau statistik untuk menggambarkan tingkahlaku responden dan sebagainya.
Umumnya pengumpulan data ini bermula dari awal kajian dan berlaku secara berterusan ketika mengumpul data. Ini dapat memberi peluang kepada penyelidik untuk memeriksa data dan meningkatkan peluang untuk penemuan baru. Pelbagai jenis data boleh dianaliasa menerusi pemerhatian, temubual, dokumen yang diperolehi pada awal kajian . Data ini dapat membantu penyelidik dalam penyelidikannya.

Dalam menganalisa data kualitatif , pengkelasan dan perkaitan antara data akan dibangun serentak ketika membuat pemerhatian dan analisa semula. Corak dan proses analisa kualitatif ini makna setiap data yang dikumpulkan akan dianalisa semula pada akhir proses pemerhatian dalam penyelidikan tersebut. (refreshing!!!!!!!)

3 comments:

mantan said...

Sape2 ang nak kumpul dan buat analisis data, bagus kalau baca maklumat drpd posting ni...

puteri Azizul said...

Aslmk,
Bagaimana ye kita sbg guru pend.jasmani,nak nyatakan dan huraikan proses yang terlibat di dalam merancang dan menjalankan analisa kualitatif pergerakan manusia yang efektif. harap dpt u bantu i. TQ

Rosnah said...

putri, nanti selepas exam akak cuba terangkan. sekarang tengoh study sok akak ada exam agi...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...