Wednesday, October 21, 2009

Di sebuah Kamar Di BTP Kuantan..

Di kamar 206 di BTP aku bersendirian. Apa yang ku lalui bersama kesepian ini.? Tatkala malam semakin larut bahkan embun pagi mula menitis namun mataku ini masih terbuka luas dan fikiran ku terus melayang2. Beberapa kali ku cuba membelek buku untuk menelaah tapi ianya bagaikan seekor tikus melihat besi. Kenapa harus begini? Malam tadi juga aku tak melelapkan mata. Apa yang terpahat difikiranku? terlalu banyak perkara yang tak berguna agaknya berada difikiranku? Kalau ikutkan hati ketika ini ingin aku menghidupkan injin kereta dan pulang kepangkuan anak dan suamiku saja. Mungkin aku rindukan mereka....
Aku rasa selepas ini aku harus menghadkan diri dari tugasan seperti ini. Outstation dan sibuk pada sesuatu yang tak pasti. Sudah tiba masanya untuk aku bersama anak-anak dan suamiku. Terlalu lama menunggu siang kurasakan... aku ingin kembali kepangkuan anak-anak dan suamiku... Mereka yang mengerti aku.. tiada yang lain...

1 comments:

aliza said...

Salam,
Moga beroleh ketenangan dan dipermudahkan segala urusan.
Biasalah perasaan begitu datang terutama apabila memikirkan kita sentiasa sibuk dengan urusan sedangkan tugas utama kita dirumah.

Seingat za, semasa buat phd dulu entah berapa kali terasa nak berhenti, tapi bila diberikan 'termination extension' oleh UIA tiba-tiba perasaan jadi lain, bersemangat pula nak siapkan tesis, malah terlalu cepat pula.

Gitulah manusia, ada hikmah disebalik setiap apa yang kita lakukan. Teruskan berjuang, moga tercapai apa yang dicita-citakan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...