Sunday, October 11, 2009

Pemerhatian dan kajian

Hari ni aku berjaya menganjurkan "bilik guru terbuka"sempena aidilfitri. Hi.hi bunyi macam pelik tapi konsep yang aku gunakan ialah satu orang guru satu menu juadah hariraya. wah sebagai penganjur walaupun aku tidak ada apa-apa kuasa, cuma sekali sekala aku ni ada kuasa rujukan dan adik-adik kat sekolah ni sering merujuk pada aku untuk membuat sesuatu. Minggu lepas aku merancang dan merahsiakan dari gurubesar dan GPK-GPK sebab kami mengangap mereka adalah jemputan. Walaupun semalam agak kepenatan sekembali dari kelas namun aku sempat juga menyediakan nasi dagang dan gulai ikan tongkol. Hari ini aku mendapati semua guru menyediakan menu masing-masing. Hasilnya terdapat melebihi 15 menu makanan berat dengan pelbagai jenis mee dan nasi. Aku terfikir juga mereka melakukan tanpa paksaan dan masing-masing gembira.Semua pekerja dan orang kantin dijemput. 2 minggu yang lepas gb menganjurkan majlis yang sama peringkat sekolah namun tidak ada sambutan dan majlis itu menjadi hambar. Dari sini aku cuba memerhati dan menganalisa tentang gelagat manusia yang begitu unik ini. Beberapa faktor yang menjadi hambar mungkin waktu diadakan itu tidak sesuai. Terdapat sebahagian daripada guru-guru tak suka suasana yang serius dan mereka suka suasana yang santai. Perkara yang paling penting bentuk harapan di sampaikan. Ramai manusia ini tidak suka dipaksa. Bila dipaksa melawan. Pada pemerhatian awal bagi kajian aku, guru-guru sekolah aku ni lebih suka gaya kepimpinan yang relationship oriented dan kaedah yang paling sesuai ialah berdasarkan theory path goal. Kemahiran komunikasi amat penting dalam menangani organisasi ini. oho..oho.. sedikit pasal kajian aku dah dapat input... melalui pemerhatian aku cuba buat framework tapi cuba menjauhi bias. Maklumlah bias
As a reseacher aku kena neutralkan persepsi aku untuk kajian kualitatif aku. hu.hu. dapat kah? tapi aku berazam ingin membuat satu kajian yang dapat menyumbang kepada dunia pendidikan khususnya sekolah aku. Dengan itu barulah aku dapat present dengan baik kepada penaja aku.. insyaallah

2 comments:

Faris said...

Rosnah,
Situational and transformational leadership adalah lebih berkesan. First thing is situational (hubungan pemimpin, struktur tugas dan kuasa kedudukan - Fiedler) dan Hersey and Blanchard (directive, participative, supportive and delegating) . Pemimpin terlebih dahulu perlu memerhati situasi sebelum membuat perubahan.
And then buat transformasi ke arah hasrat dan objektif yang hendak dicapai (karisma, intelektual, pertimbangan individu, inspirasi, aplikasi). Akhirnya baru datang path goal theory tu (directive, participative, supportive and acheivement oriented).

Penyelidikan tu nak buat kualititatif ke? Banyak kerja nak kena buat kalau kualititatif. Nak rakam perbualan, nak buat pemerhatian, nak buat catatan dan biasanya dalam tempoh masa yang agak lama. Kalau kuantitatif, just buat soal selidik, ambil sampling (random, stratified, cluster dll) dan seterusnya analisis data. Dari data buat finding. Biasanya kualititatif ni popular di UK. Walau apapun, selamat membuat kajian penyelidikan. Good luck for the exam.

mantan said...

Sekecil manapun tugasan yang hendak dijayakan, perencanaan dan perancangan amat penting.

Jika tidak dirancang dengan teliti, sudah tentu dapat dilihat berbezaan keberkesanan serta hasilnya.

Apatah lagi program yang besar...

"Penerimaan" dalam organisasi bukan hanya berdasarkan keberkesanan komunikasi sahaja malah melibatkan unsur-unsur psikologi, kebijaksanaan (wisdon), ketekalan, kebitaraan, persekitaran, persepsi, penilaian dan budaya juga. Memang bagus kalau hal begini dibuat kajian.

(wah, macam lecture pulak dah!)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...