Monday, October 26, 2009

read this story la...

Hari ni seperti hari yang lain. Kulalui dengan penuh bererti. Tapi ada satu kejadian yang boleh dijadikan satu iktibar samada lelaki dan perempuan. Ini kisah antara aku, kawan aku dan isterinya. Kawan aku ni lelaki lah dan kami memang baik suatu ketika dahulu. Kami tak pernah berjumpa semenjak lebihkurang 15 tahun. Pada hariraya yang lalu kami terserempak. Masa tu saya dan kakak saya telah bertegur sapa disampingnya pula ada isterinya. Apabila berjumpa maka diapun memperkenalkan kami berdua kepada isterinya. Lantas air muka isterinya sedikit berubah dan saya lihat kawan saya ni pun macam takut-takut untuk terus bertanya khabar. Pada saya ok lah tu. Dalam kesempatan itu kawan saya ni pun meminta no telefon, seperti biasa saya memberinya dan begitu juga kakak saya. Selepas itu, sekali sekala ada jugalah bersms untuk bertanya khabar. Dia pun nak juga tahu perkembangan saya. Itu saja, tidak lebih dari itu. Pada pagi ini, saya dapat 1 mms dari kawan saya tu. Lalu saya membalasnya, gambar ape tu? Tak jelas…tak semena2 selepas beberapa minit, saya dapat panggilan no telefon tak dikenali. Lalu saya menjawabnya. Isteri kawan saya tadi telah menelefon saya dan begini bunyinya :
Kring!!!kring!!!
Saya : assalamualaikum,
Isteri dia: waalaikumussalam.
Saya : sape ni?
Isteri dia : oo tak kenalkah? Ni isteri orang yang awak selalu bhubung tu.
Saya : Sape yek . isteri sape ni?
Isteri dia : Saya tahu awak ni yang saya jumpa hari tu, dan sering bhubung ngan suami
saya.bla.bla.bla..... ( dia kata saya ada hubungan sulit dengan suami dia Seingat saya beberapa sms je.. itu semua pasal tanya khabar dan ucapan selamat hariraya.)
Saya : Masyaallah, saya tak lah sampai gitu.Nauzubillah! selisih malaikat 44 ! Minta
maaflah puan, saya pun dah ada suami dan rasanya suami saya ni lebih hensem dan pesonaliti pun lebih baik berbanding dengan suami puan tuh. (dalam loghat kelate lah).
lalu saya memberi salam dan meletakkan telefon. Selepas tu saya dapat lagi sms demi sms nih. Hai geram jugak. Kita sibuk nak study ni.. banyak lagi benda lebih berat nak fikir ni.. Saya terfkir beberapa ketika. Sebab bagi saya lelaki itu adalah kawan lama saya. Kenapa isterinya begitu cemburu? Kenapa dia tidak menyoal ini kepada suaminya? Agaknya suaminya tak pernah dapat SMS dari perempuan? Setahu saya isterinya juga seorang guru.Seingat saya SMS Saya semuanya membalas apa yang ditanya tak de pun yang saja2 gatal nak SMS. Saya pun bertanya suami saya, apa persepsi abang terhadap wanita sebegini ?.mmm memalukan suami je. Dia membuat tanggapan, wanita sebegini adalah wanita yang kurang keyakinan diri, dan sebenarnya banyak perkara yang dia tidak tunaikan dengan sebaiknya untuk suaminya. Kalau dia dah menjalankan tanggungjawab dan berperanan dengan sebaiknya kepada suaminya dia tak akan takut. Kerana suaminya tak mungkin mencari yang lain kerana dia the BEST. Tindakan dia itu telah menunjukkan kelemahan dia sendiri. Itulah ceritanya. Bagi saya satu pengalaman. Iktibarnya jangan mendekati suami orang... hi.hi.hi.. pada pompuan tu jangan cemburu sangat controll la sikit. Jangan terburu2 bertindak. Memalukan diri sendiri dan suami. Menampakkan kelemahan diri pulak tuh. Kalau kita baguih perform tak kanlah suami nak cari lain. Fikirkan performance laagi baguih noo.

6 comments:

mantan said...

Alahai, cemburu tak bertempat nih...
Suaminya tu bukanlah nak cari lain. Saya fikir dia je yang rasa macam tu. Nampak sangatlah lemahnya diri tu. Dia hilang kawalan...

Juragan said...

ros
begitulah sekarang ni ros..yang penting kau dan hashime datang rumah aku berhari raya...lepas makan kita terus berkawan macam biasa...

Juragan said...

tu dia ros..nak approval dulu baru tubik komen...mcam blog che det...hehehehhe gurau je, tapi blog kau semakin canggih sekarang...macam macam ada

ybs said...

salam lantana,

sepertimana airmata begitu sinonim dgn wanita maka begitu jugalah dgn rasa cemburu.... eh betul ke generalisasi yg sy buat nih?

apa2 pun jgn ler cemburu membabi buta, tak baik utk kesihatan....hehehe

Rosnah said...

tq cikgu wahab.begitu lah rasanya. Buat cikgu yusof kembara , hari terbuka tu best. pandai akak buat kek. nanti boleh lah tempah yek. Buat YBS CIKGU lebih terror tentang perasaan pompuan.

zaijb said...

salam k.rose,

bila baca citer nie rasa kelakar lee pulak...
yup!! kena berhati2 dgn siapa kita berkawan...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...