Saturday, October 3, 2009

Satu Fasa yang penuh dengan kesukaran telah berlalu...

Minggu lepas merupakan minggu yang begitu kritikal bagiku. Dengan tugasan yang melambak dan date linenya hari ini perlu diserahkan. Ditambah pula dengan program-program sekolah yang perlu dikendalikan dan urusan-urusan peribadi menyebabkan aku rasa tidak mampu untukku hadapinya. Pada hari Khamis yang lalu, Penyelia Kanan Pendidikan Islam meminta bantuan dariku untuk membuatkan slide powerpoint untuk dbriefing j-Qaf dihadapan pengarah pada hari jumaat. Pada masa itu hatiku terdetik untuk menolak dan minta maaf kerana aku terlalu banyak kerja aku yang perlu dibereskan. Aku dah tidak mampu.. tapi seperti biasa terlalu sukar bagiku untuk mengatakan "Tidak" Lalu aku menyanggupinya dan pada malam tu aku bersengkang mata membuatnya. Target aku, satu malam saja untuk kerja ini. Lalu esoknya aku berjaya menyiapnya. Dan penyelia itu berpuashati dengan hasil kerja aku. Dulu, ayahku sering berpesan, kita mesti cuba memenuhi harapan orang dan nescaya suatu hari apabila kita mempunyai suatu harapan, harapan kita akan dikabulkan. Memang benar. Setelah aku menyiapkan kerja yang diharapkan oleh penyelia tersebut...aku rasa Allah telah memberi satu kemudahan kepadaku untuk menyiapkan tugasan - tugasan peribadi aku yang lain, especially proposal thesis. Pada hari ini aku boleh melangkah dengan senyum lebar dan berlapang dada kerana tugasan dah siap. Kadang-kadang tu rasa tak percaya boleh siapkan dan hari ini aku telah bentangkan kepada dr hafiz tentang framework kajian aku tu.. nampaknya dr Hafiz bersetuju dan tak banyak renovation...mmm tajuk thesis aku tu memanglah yang aku suka dan minat.. setakat ini tajuk aku tu... biarlah rahsia.. tapi bestlah tajuk tu... tadi aku dah bincang dengan dr hafiz tentang theoriticalnya.... rasa macam tak sabar-sabar untuk buat kajian ini... Tapi aku percaya rakan-rakan blog aku akan menyumbang idea-idea dalam kajian aku ini. Especially mantan, cikgu faris, ybs, ustaz lan.. semuanya berkaitan kepimpinan..nanti kalau dah siap boleh dedicated kan.. ahh... lega. Nampaknya fasa pemilihan tajuk dah selesai. Ini bermakna bab1, 11, dan 111 sudah selesai.. setelah berkali-kali tajuk aku ini di tukar-tukar (make over la,,,,) fuhh...alhamdulillah.aku nak tido lena malam ni...

1 comments:

ustaz lan said...

Wah hebat dan syabas.. dalam hal ini Imam Syafie memberi wasiat: "Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu serta menjadikan dirimu cenderung di dunia dan akhirat di samping ia menjadi amalan nabi, rasul dan orang soleh. Melalui pendidikan pelbagai ilmu dapat dikembangkan. Selan dididik seseorang itu dapat mengetahui pelbagai ilmu yang dipelajarinya untuk kehidupan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ilmu yang bermanfaat akan memberikan sumber cahaya kepada hati dan akal.....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...