Thursday, October 1, 2009

SUNYI,SEPI DAN SIBUK...


3S yang sinonim dengan kehidupan aku. Kadang-kadang kita berasa sunyi, walaupun isekeliling kita penuh dengan keriuhan. Kadang-kadang kita merasa sepi walaupun dibanjiri pelbagai tugasan…Kadang –kadang kita rasa tak tahu apa yang harus dilakukan walaupun banyak yang perlu dibereskan..
Pada saat begini kita sering mengutip seribu kenangan yang lampau. Kadang-kadang kita juga cuba mendeko sesuatu yang indah .. yang mustahil berlaku...mmm itulah fantasi..
Melayan perasaan rupanya sungguh indah.. lebih-lebih lagi ditempat yang nyaman ada angin sepoi-sepoi bahasa . Ditepi pantai! ...bila sebut tepi pantai,, sudah lama aku tidak menjejak kaki ke pantai yang dulunya aku kerap berjogging bersama kawan-kawan. Tiba-tiba teringat dengan kedamaian itu.
Sudah berapa lama aku berkurung di bilik yang penuh dengan rak-rak buku ini? Sudah berapa lama laptop menjadi peneman setia? Masakan aku dapat meninggalkan laptop ini... banyak lagi tugasan yang perlu aku siapkan. Walaupun Modem broadband sebesar ibu jari.. dialah yang membantu aku.. siang malam berkhidmat untuk aku..
Dikamar yang menyaksikan seribu satu keperitan, kesusahan dan kejerihan untuk meraih segolong ijazah sarjana ini seolah-olah sudah jemu dengan aku... hari-hari akulah penghuninya... hari ini tiba-tiba aku mula menyedarinya... itupun setelah aku merasakan fikiran aku kosong... sepi... sunyi dan sayu... Tetiba perasaan ini muncul dalam diriku.. ah..ah.. aku terpaksa mengabaikan perasaan ini. Aku harus meneruskan tugasan aku.. masa terlalu suntuk. Esok aku terpaksa berada disekolah dan tidur di sekolah untuk kem solat. Lusa pagi2 aku kena bergegas ke UTM dengan membawa beberapa tugasan yang belum pasti aku mampu menyiapkannya atau tidak...

4 comments:

n@m@n said...

kena pergi berkelah tu satu family kak rosnah

hehe

Faris said...

Hendak seribu daya... itulah kata-kata semangat yang harus tersemat di hati. tambahan pula selepas raya ni. walau apapun halangan, tugasan mesti disiapkan.
Saya telah siapkan satu hari ini, satu lagi minta tangguh minggu depan. Nak minta belas ihsan pensyarah hantar sewaktu final exam minggu depan. teruskan usaha....

ybs said...

siapa kata 'melayan rasa' tak seronok? hehehe....

Rosnah said...

bagus cadangan norman tu... tapi tak dan nak gi picnic, weekend selalu ada kelas...
tq, cikgu faris... begitulah adanya...tapi alhamdulillah saya berjaya menyiapkannya.

emm cikgu yusof, baru i tau rupanya melayan rasa tu ... best ghupanya...tapi jarang ada kesempatan tuh..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...