Saturday, December 26, 2009

Maahad Muhammdai (p) 89 9A? fuih... membanggakan!!!

salah seorang pelajar yang dapat 9A. Faizatul Husna...
inilah..wajah-wajah yang berjaya meraih 9A!!!

Semalam keputusan PMR diumumkan. rata-rata sekolah menunjukkan peningkatan. Banyak sekolah dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang 9A, 8A. Membanggakan.!!!. Tapi selaku bekas pelajar Maahad Muhammadi Lilbanat 1988 aku turut berbangga dengan anak-anak yang berjaya mendapat 9A. Aku dimaalumkan menerusi fan Maahad di Facebook semalam seramai 89 pelajar MMP mendapat 9A. ohh sukar aku bayangkan ...bagaimana kawan-kawan aku (sebab kebanyakan kawan aku mengajar di situ) mengajar anak muridnya jadi pandai macam tuh... tahniah ..aku rasa mereka menerusi tradisi mengajar ustaz2 aku dulu jugak. Entahlah, fenomena sekolah agama rakyat ni berbeza sedikit dengan sekolah menengah biasa ni. Sekolah agama seperti MMP ni banyak mengajar pelajarnya menjadi seorang mujahadah. Mereka tidak pernah dimanjakan.. mm kalau aku nak cerita pun agak susah kecuali melaluinya...

1 comments:

aliza said...

Salam,
Memang bangga bila mendengarnya, ditambah lagi kebanyakan guru-guru yang mengajarnya adalah guru-guru dan kawan-kawan kita dulu.

Hari tu za sempat pergi menjengok MMP masa mereka sdg periksa percubaan, sebenarnya tersesat kat KB,tak jumpa cari tempat yg nak dituju, dah letih pusing sana pusing sini, masuk MMP bawa x-students yg naik kereta sama2. Terkejut jg mereka bila masuk MMP semula. Hihihi.

Ramai kawan MMP, UIA ngajar kat situ, terkejut jg bila jumpa Norzehan, Ruhaiza dll pun ngajar di situ juga. Sempat borak sakan dgn teacher Kamariah seronook.

Jenguk la MMP tu, tak rugi...buat penguat semangat utk terus berjuang. wassalam.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...