Thursday, January 29, 2009

Dia Yang Ku Kenal


Khamis,29 Jan 09, saya telah mengadakan temu ramah dengan Tuan Haji Alias B. Chik seorang pengetua di SMK Pontian Jaya. Setelah temu janji diadakah pada hari sebelumnya. Temu ramah ini merupakan satu kerja kursus program master saya. Ianya bertujuan untuk mengkaji teori kepimpinan dan falsafah kepimpinan. Saya Memilih Tuan Haji Alias B. Chik sebagai sumber saya kerana saya pernah bekerja dengannya semasa tu saya jadi urusetia majlis Khatam Quran Peringkat Negeri Pahang, yang mana Rompin tuan rumah dan Majlis itu diadakan di SMK Pontian Jaya. Selama 3 hari saya berada di SMK Pontian Jaya sepanjang program itu berjalan, saya sangat kagum dengan cara beliau memimpin dan menyelesaikan setiap masalah dengan cepat dan efficient. Pada saya, dia seorang pemimpin yang baik.

Setelah saya melangkah kaki ke SMK Pontian Jaya yang tersergam indah tu, saya dapat lihat prasarana yang cukup menenangkan hati. Wow ! dengan air terjunnya, emm … hati saya terdetik, sangat symbolic orangnya… dia menggunakan kepimpinan symbolic? Yah … dari situ kadang2 kita menilai orang. Itulah manusia kan. Setelah sesi temu ramah di jalankan, saya amat berpuashati dan hampir kesemua dapatan yang saya perolehi dapat membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. Apa yang saya amat tertarik hati saya di akhir sessi temu ramah berbunyi begini…. “Apalah salahnya kita yang seorang berubah untuk kebaikan yang ramai, kerana yang ramai itu susah di ubah, kita yang seorang ni berubah” that means dia sanggup berkorban perinsipnya untuk kebaikan orang yang dipimpin. Kata-kata itu amat dalam maksudnya. Setelah pulang ke rumah saya ceritalah kat hubby saya dia kata mahal kata-kata itu.

Wednesday, January 28, 2009

Kenali Diri Melalui Tulisan


Assalamualaikum,

Saya ni memang pelik sikit tapi , saya rasa ada kebenarannya. Bagi sebuah kepastian, cubalah tuan2 dan puan2 perhatikan...
EMM...Menerusi tulisan saja sudah cukup untuk seseorang itu membaca rahsia hati seseorang yang lain. Itu memang sesuatu yang tak dapat di nafikan lagi. Ia turut diakui oleh seorang pakar dalam mengkaji tulisan tangan seseorang iaitu Eric Rees dan ahli psikologi Anu Sayal Bennett.Malahan Eric Rees yang merupakan pengerusi British Institutes of Graphologists punya kepakaran yang tinggi hingga pernah dapat meneka seorang temannya mengidap kanser hanya menerusi perubahan tulisannya. Dia juga pernah dicabar mengkaji tulisan tangan seseorang yang didakwa telah membunuh diri dan ternyata dia betul apabila mendakwa orang itu masih lagi hidup!


ABJAD TAK BERSAMBUNG Perhatikan tulisannya. Kebanyakan abjadnya ditulis tak bersambung terutamanya abjad permulaannya. Ia memberi tanda bahawa kamu seseorang yang tak suka mengambil risiko atas apa-apa perkara sekalipun.


KECONDONGAN TULISAN Ada tulisan yang condong dan ada yang tegak saja. Tulisan yang condong dikatakan memberi tanda bahawa kamu seorang yang sering dihantui masa silam kamu dan tak suka memandang jauh ke depan.


TULISAN LEBAR Ia memberi tanda bahawa kamu seorang ahli komunikasi yang baik. Dia mampu berinteraksi dengan sesiapa saja dan mudah mempengaruhi orang lain menerusi percakapan mereka saja.


I’ CONDONG KE KIRI Huruf ‘i’ yang condong ke kiri memberi makna kamu seorang yang kurang yakin dengan diri sendiri.


TULIS DENGAN TEKANAN KUAT Ada orang yang menulis dengan cara menekan pen itu dengan kuat. Ia memberi makna bahawa dia seorang yang punya kekuatan fizikal dan mental. Dia berhasrat tinggi dan mampu mencapai apa yang dihajati itu.


HURUF ‘S’ MIRIP NOMBOR 8 Ada orang yang menulis huruf ‘s’ seperti nombor 8. Ia memberi makna bahawa dia seorang yang cukup bijak dalam soal kewangan. Tak hairanlah jika selalunya orang ini memilih kerjaya rkaitan dengan kewangan.


cuba kenal pasti anda kategori mana dan cuba analisis pernyataan di atas ada kebenaran ke tidak?

Sunday, January 25, 2009

ITU YANG TERSURAT.

Penghujung Disember 2008 kami warga SK Janglau sekali lagi dikejutkan dengan pertukaran Gurubesar kami, yang Tuan Haji Kamarudin telah bertukar ke SK Kg Kolam, manakala Puan Romlah mengganti tempatnya di SK Janglau. Terasa begitu cepat , dan perubahan ini berlaku amat mengejutkan kami warga SK Janglau. Saya berada di bawah kepimpinan Tuan Haji Kamaruddin semenjak awal pembukaan SK Janglau lagi. Saya tahu beliau mempunyai visi dan misi yang besar terhadap SKJ. Adalah perkara yang luarbiasa visi dan misi dapat di capai dalam jangka masa yang singkat. Jangka masa yang melebihi 5 tahun adalah diperlukan untuk mencapai visi dan misinya. Dalam peringkat ini Tn Haji telah berjaya membudayakan sekolah , mendorong sumber manusia. Melengkapkan persekiran dan pada kami beliau merupakan seorang pemimpin dan pengurus yang cemerlang.

Masih saya ingat pada awal 2004 ketika saya mula bertugas di SKJ, hati saya tertanya-tanya bagaimana GB baru saya ni. Saya ingin mengenali…. Dia seorang yang kuat melawak tetapi ada ketikanya dia serius. Dalam mesyuarat apa yang tak kena dia akan marah kami, kami akan rasa takut dan berjalan tunduk je bila berselisih dengannya tetapi bila dikantin , dia mula buat lawak balik seolah-olah tidak ada apa-apa. Dia tak pernah menyimpan kesalahan kami di hatinya. Kami bagai satu keluarga. Satu yang unik tentangnya dia selalu meminta pada waktu pagi kami datang awal dan sarapan bersama-sama. Menurut beliau sekiranya ada apa-apa maklumat dia boleh sampaikan terus. Tapi pada saya apa yang tersirat ialah apabila kita makan bersama-sama di waktu pagi hubungan silaturrahim akan terjalin. Selepas loceng pertama berbunyi jarang sekali kita dapat bersua dengan rakan sekerja lebih-lebih lagi Gurubesar.

Pada 23 hb Januari 2009 (Khamis) kami mengadakan jamuan perpisahan di RBR bersamanya. Dalam ucapannya yang penuh syahdu itu dapat saya rasakan betapa Tuan Haji Kamarudin masih menyanyangi SKJ. Semasa berucap kami dapat nampak kesedihannya terutama terkilan kerana visinya pada 2010 yang akan di capai. Namun apa boleh buat sebagai kakitangan Awam kita menurut apa yang di arah.

Saturday, January 24, 2009

Mewah dan Merah, Kegemaran Syaitan


"Sesungguhnya setan itu menyukai baju berwarna merah dan setiap pakaian yang mewah." (HR. Ahmad, al Hakim, Ibnu Adi, Baihaqi dan at-Thabrani)

Pada suatu hari Rasulullah saw menyaksikan seseorang berbaju merah menyala. Beliau tidak suka melihat keadaan yang demikian itu. Ketika Rafi' bin Khadij meninggal, sebagaimana diriwayatkan oleh Ahmad, orang berlomba-berlomba menghias tempat tidurnya dengan kain baldu dengan warna merah menyala yang menakjubkan. Kemudian beliau bersabda,

"Sesungguhnya setan itu menyukai baju berwarna merah dan setiap pakaian yang mewah."
Pada keterangan lain dikatakan, diriwayatkan Imam Ahmad juga dari Rafi' bin Khadij, bahwa para sahabat telah keluar bersama Nabi dalam suatu perjalanan.

Ketika mereka turun, masing-masing menggantungkan tali kekang untanya. "Kemudian kami duduk-duduk bersama Rasulullah dan kami beristirahat di atas unta-unta kami. Tiba-tiba Rasulullah mengangkat kepalanya, pada saat itu beliau melihat sebuah baju dibuat dari kain wol yang bercorak merah.

Kemudian Rasulullah bersabda, `Aku tidak akan melihat baju merah ini.' Karena sabda Rasulullah ini, kami serentak bangun sehingga sebagian dari unta kami lari, kemudian kami mengambilnya dan melepas baju merah tersebut."

Pakaian mencerminkan kepribadian, begitu kata orang. Termasuk dalam menentukan pilihan warna, hal itu menunjukkan watak dan kepribadian orang tersebut. Rasulullah saw dalam hal ini tidak senang dengan warna merah menyala, sebab warna ini melambangkan kebengisan.

Seorang matador, misalnya, memerlukan selembar kain merah terang untuk membangkitkan emosi seeekor binatang, sebelum akhirnya dilukai atau dibunuhnya.

Seorang hakim, dilarang Rasulullah membuat keputusan di saat bola matanya sedang merah, saat dia sedang dalam keadaan marah. Mengapa? Sebab, orang yang sedang marah sering kali hilang pertimbangan.

Terlalu sulit untuk dapat berlaku adil pada saat emosi sedang memuncak. Atau tidak ada keadilan di antara emosi yang menggelegak dalam dada seseorang.
Peribadi ummat Muhammad adalah pribadi-pribadi yang lembut tapi tidak lembek, tegas bukan bengis. Warna merah tidak menunjukkan kelembutan, namun cenderung kepada kebengisan.
Oleh karena kepribadian Muslim melibatkan hakikat dari keseluruhan ajaran Islam, maka berkaitan hal-hal yang sederhana pun Rasulullah memberikan perhatian, termasuk dalam hal warna.

Adapun warna-warna yang disukai Rasulullah di antaranya adalah putih, hitam atau hijau. Memang beliau pernah mengenakan pakaian berwarna merah, tapi bukan yang terang menyala. Bahkan dengan pakaian merah yang dikenakannya itu penampilan Rasulullah nampak sangat serasi, seperti dikisahkan oleh Al-Bara bin Azib ra. "Tiada seorang pun yang pernah kulihat mengenakan pakaian berwarna merah yang lebih indah dan serasi daripada Rasulullah Saw...." (HR. Muttafaq 'alaih).
Perkara yang tidak disukai oleh beliau juga adalah kemewahan, karena kemewahan cenderung kepada kesombongan.
Wallahu'alam.•

6 TEKA TEKI IMAM AL GHAZALI



TEKA TEKINYA


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179


KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Apa yang tertarik pada saya Imam Al Ghazali sering membenarkan apa yang dijawab oleh muridnya.


Friday, January 23, 2009


Assalamualaikum.
sekian lama saya menyepi blog ini di tinggalkan begitu saja dek kerana kesibukan harian yang tidak menentu. Pada minggu lepas saya menghadiri kelas Sarjana saya kat UTM. Pensyarah saya ada menyampaikan letchurenya tentang framework of leadership. Banyak perkara yang sentuh dan di kaitkan tapi sekali fikir bila dikaji tentang human behaviour ianya tak pernah selesai. Manusia bergerak selari dengan persekitaran dan peredaran masa. Pada saya teori tak menepati kehendak semasa. Dalam kehidupan seharian kita sentiasa berhadapan dengan apa yang dikatakan pemimpin,kepimpinan dan terpimpin. Apa yang dikatakan kepimpinan trait? contingency ? sekiranya teman-teman dapat berkongsi dengan saya tentang teori-teori kepimpinan.

Sunday, January 11, 2009

assalamualaikum...

pepatah melayu ada mengatakan alang2 menyeluk pekasam biar samapai pangkal lengan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...