Friday, May 29, 2009
Serangan Minda..
Posted by Naa..a at 2:31 AMTuesday, May 26, 2009
Kasihnya Tak Pernah Pudar...
Posted by Naa..a at 6:32 AMMonday, May 25, 2009
Biarkan aku..
Posted by Naa..a at 6:12 AMRindunya pada blog aku ini. Hampir 2 minggu ku tinggalkan satu ruang yang banyak mengisi ruang kekosongan diantara kesibukan harian. Dalam pada itu ada juga kucuri-curi juga membaca blog kegemaranku tu. Semalam ku ke kelas master ku.. sem pendek ambik satu subjek je, tapi pack la sikit. Tapi best belajar subjek pembangunan pelajar bersama Dr Hamdan b. Said.
Hari ini ke sekolah, ku set minda supaya ikhlas dalam segala tugasan. Sekembali dari kursus tempohari banyak relief diberi padaku. Alhamdulillah..Pada saya tugasan mengajar tidak menjadi bebanan langsung. Saya tidak merungut sekiranya ianya diberi berdasarkan keperluan, tetapi sekiranya atas tekanan pun,saya terima kerana saya tahu saya boleh hadapi,saya boleh buat.Saya akan melakukan dengan seikhlas hati.
Saya akan menjadi seorang yang lebih tabah,kuat dan bersemangat lagi..sebenarnya tekanan itu adalah motivasi kepada saya untuk menjadi seorang yang lebih hebat lagi... Dalam mencari sesuatu yang terbaik sudah tentu kita menempuhi pelbagai kepahitan dan kesukaran. Insyaallah berkat cabaran ini akan dapat membentuk diriku menjadi seorang yang ada JATI DIRI - amin.
Tuesday, May 19, 2009
Mesyuarat Pemurnian Modul Iklim Dinie
Posted by Naa..a at 6:46 AMSudah lama saya tidak menulis diblog ini. Terlalu sibuk rasakan sehinggakan segala ucapan hari guru dari kawan-kawan pun tidak sempat dibalas. Bermula 14 Mei hingga 17 terlibat dengan latihan pusat MTQSS peringkat kebangsaan berterusan dengan mesyuarat pemurnian Kertas Dasar Iklim Dinie peringkat Kebangsaan di Impress Hotel di sepang sehingga 20 hb. Rindu pada anak-anak dah mula terasa.
Saturday, May 9, 2009
SELAMAT HARI IBU...
Posted by Naa..a at 1:56 AMMonday, May 4, 2009
BLUE OCEAN STRATEGI.
Posted by Naa..a at 2:11 AM• BOS telah dikemukakan di dalam buku bertajuk Blue Ocean Strategy yang diterbitkan pada tahun 2005. Buku ini adalah hasil tulisan bersama W.Chan Kim and Renée Mauborgne, dua orang profesor strategi & pengurusan di INSTEAD, France. Pada tahun pertama cetakannya buku ini telah mencatat jualan lebih sejuta naskhah, dan kini diterjemah dalam 41 bahasa.
• Kandungan buku BOS memaparkan hasil penyelidikan penulisnya yang memakan masa lebih 15 tahun disamping artikel-artikel dari Harvard Business Review dan akademik lainnya dalam berbagai dimensi yang berkaitan.
• Rumusan kepada BOS diperolehi melalui kajian terhadap 150 tindakan strategik oleh lebih 30 industri dalam tempoh 120 tahun (sekitar 1880 – 2000). Analisa terhadap strategi syarikat yang berjaya berbanding pesaing mereka yang kurang / tidak berjaya telah dilakukan bagi mendapatkan convergence & divergence yang memberikan faktor penentu kejayaan serta pembezaan di kalangan mereka.
• Sebelum diterbitkan dalam bentuk buku, hasil penyelidikan Kim dan Mauborgne tersebut telah disiarkan dari masa kemasa dalam Harvard Business Review mulai tahun 1997. Malah nama Blue Ocean Strategy telah dikemukakan melalui artikel mereka pada tahun 2004.
Labels: knowledge
Saturday, May 2, 2009
Peperiksaan
Posted by Naa..a at 3:30 AMLabels: memori