Sunday, September 27, 2009

Salah Isi Borang Pulak...

Hari ni mula bersekolah balik. Nampaknya bermula lagila fasa sibuk dan kelam kelibut. Dalam pada itu, aku berhajat nak hantar borang perjanjian yayasan Pahang, tapi bila chek nampaknya ada masalah . Aduss.. hari tu aku dah dapat penjaminnya anak buah aku.. tapi bila chek terdapat pulak satu borang yang perlu di signnya tertinggal. nak jadi cerita, borang tu kena tulis dengan pen dakwat basah. tapi aku dah belasah dengan ball pen. mmm kenapa tah, aku jadi lalok camtu. Sedangkan ni bukan pertama kali isi borang camtu. Tadi, aku call YP tentang masalah. Kena tukar penjaminlah. Sebab penjamin tu jauh nun di kelate.. Hari ni lepas sekolah aku kena bergegas ke Kuantan ambik borang baru( bayar rm 20) and then esok atau lusa kena hantar balik. sebab dah lewat. Atas pertimbangan Yayasan Pahang. Di beri rukhsah hantar sehingga hujung minggu ini. Itulah akibat khusyuk dan asyik masyuk dengan raya. hu.hu. sadis dan letih la. esseimen pun tak siap lagi.. bak kata oghe kelate go heq gilah. (go ahead). Koho-koho buat la.. hero tak ggaduh.. tapi kaba-kaba tinggal.. hi.hi. Tapi terimakasih dengan YP sangat bagus... servis!! hidup Pahang! pahang! .

Wednesday, September 23, 2009

Suasana Hari Raya Di Rompin.

Ini nasi biasa je.. tapi Tasya kata best! sebab kanak-kanak suka ayam goreng...

Ini Mee Jawa ( Mee Rebus. kegemaran hubby i la ni... )

Ini Mak mertua aku dan adik-adik ipar aku.
Ini anak buah belah suami aku dan anak aku(baju merah).. makan depan pintu. Tapi nampak enjoy je..ha.. ini menu tradisional kelate ni.. Nasi dagang... ( kanak-kanak kurang gemar orang lama suka le ...)
Ini pulak lauk pauknya.. gulai udang boleh! ikan ayoo pun bole.. ayam pun boleh...

Setelah 4 hari beghaye di kelate.. semalam lebih kurang pukul 9.00 malam, sampai lah kat ghumah di Simpang Sepayang nih.. mm kat sini tak beghaye lagi...Lalu, pagi-pagi buta lagi aku bangun menyiapkan sedikit juadah hari raya dan menjemput jiran tetangga. Aku dan suami juga ada menjemput rakan-rakan sekolah tapi kebanyakannya masih berghaye di kampung masing-masing lagi. tak pelah.. nanti-nanti boleh je datang beghaye... tapi inform dulu la..
Nilah sedikit sebanyak juadah yang berjaya di siapkan...Nampaknya lepas ni kena berhenti beghaya dah... essaimen banyak tak siap lagi ni wey...tulun! tulun!
Perhatian kepada semua... bulan raya jaga pemakanan...

Sunday, September 20, 2009

Suasana hariraya pertama.



1

1. ha,, ini anak saudara aku.. Dr Faiz .. mm masih bujang tuh...
2. Ini pulak kakak aku yang kedua. ( Datin Shakimah)
3. Ini adik aku, sedang sarat mengandung...
4. Ini anak-anak buah aku.. Syafiq,Syahid, Sofia dan Anak aku im dan tasya.
6. Ini kakak sulong aku Puan Rohanah.

Friday, September 18, 2009

Balik Kampung..

Bermula Jumaat 18 september 2009 kerajaan telah memberi cuti Khas kepada sekolah. So apalagi balik kampung la.. tapi sebelum balik tu kenalah tinggal rumah dalam keadaan yang kemas dan selamat. Selepas je sahur mula operasi mengclearkan dapur especially peti ais. Maklumlah balik kampung paling kurang pun 3-4 hari. Kehulu dan kehilir settle la mengemas dalam pukul 1.00 tghari. Selepas je solat jumaat kami bertolak.. Perjalanan musim begini tak boleh laju, jalan sesak. Lebih kurang waktu berbuka baru sampai kuala Terengganu. mmm selepas berbuka badan terasa penat dan mengantuk. Anak-anak dah complaint letih dan macam-macam. So ambil keputusan stay satu malam di Kuala Terengganu. Esok pagi-pagi bertolak ke Kb..
Check in kat Hotel Permai Inn.. tepi jalan je...


Inilah tasya.. (si bongsu) Bila nak makan Happy la.. tapi puasa
tahan tak tinggal sehari pun...

oo. so delicious.. & marvellous- itulah katanya.
Ini pulak zal anak sulung dan Im anak lelaki ku...

Rileks la kejap... mata dah merah.. walaupun dah titik eyemore..

Ha.. itu macamlah baru selesa..

Ha ah.. monyok je.. ngantuk la tu.. apalagi dik...ZZZ


Ha.. tido la.. lena-lena.. esok kita sambung perjalanan k... lusa raya ..
( inilah sedikit cerita balik raya... ghumah belum sampai lagi.. tu!. Tak pe.. biar lambat asalkan selamat. Hari raya untuk bergembira... ) Selamat raya semua...

Majlis Khatam di Sekolah

Majlis merupakan satu aktiviti ihya Ramadhan. Setelah pelajar bertadarus sepanjang sebulan dan berjaya mengkhatamkannya sebelum syawal..

Satu majlis Khatam AlQuran secara ringkas telah di adakan pada 17 September 2009

Bacaan Yassin bersama murid dengan di ketuai para guru-guru.

Khatam ini di sempurnakan oleh juru Khatam iaitu Ustaz Hazrul...

Peserta Khatam yang terpilih.. terdiri daripada pelajar sekecil tahun 2. Tahniah! Tahun depan kita buat grand sikit...

Tuesday, September 15, 2009

Hari raya dan kemalangan

Nampaknya hariraya dah hampir menjelang. sana sini sibuk . Di emporium sarat dengan orang, di bank sarat dengan orang. Di jalanraya pun sarat dengan orang. Agaknya dimanalah yang lenggang dengan orang? Wabak HIN1 nampaknya semakin diabaikan. Kempen memakai topeng seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan pada orang ramai. Keghairahan menyambut hari raya menyebabkan lupa dan alpa. Semalam saya dan keluarga ke Kuantan, kononnya nak berbuka diluar dan terlanjur tu nak membeli sedikit barang-barang keperluan dan persiapan hariraya. Inilah persiapan yang terakhir. Hari tu hanya sempat beli baju untuk anak-anak saja, buahtangan untuk emak dikampung belum lagi..
Oh ya, semalam dalam perjalanan ke kuantan aku menyaksikan 2 kemalangan. Satu kemalangan melibatkan seorang tua bermotosikal dan kereta. Kecederaan berlaku pada penunggang motosikal itu. Selepas beberapa KM aku menyaksikan satu lagi kemalangan sebuah kereta kembara warna silver terbalik. Apa yang aku nampak ada yang meninggal. Kenapa yek.. rasanya jalanraya belum lagi betul-betul sibuk tapi sudah ada banyak kemalangan. Kenapa yek setiap hari raya ada je mega kemalangan.. nauzubillah. Hari raya hari untuk mengagongkan kebesaran Allah. Raya lah dengan berpada-pada. Jangan tergesa-gesa. Nyawa mesti dijaga..Berhati-hati di jalanraya...

Saturday, September 12, 2009

Tak berbaloi... memang tak berbaloi.

Semalam walau macamana susah pun akhirnya aku berjaya menyiapkan assigment dan slide presentation. So pagi-pagi selepas sahur aku bertolak menuju ke Johor, walaupun agak penat, maklumlah bulan puasa dan sedikit selesema. Pada awalnya suami nak temankan tapi memikirkan anak lelakiku masih tak berapa sihat, so biarlah dia yang mengawasi anak-anak. Itu semua kira bisa diatur... tapi apa yang terkilan setelah sampai kelas, duduk je pensyarah bagitau kelas hari ini akan berakhir sampai pukul 1 je... untuk hari ini, dan besok tak ada kelas sebab dia ada urusan di KT. Rasa macam, tak berbaloi tu, aku drive dari rompin ke sini dah 4 jam. Belajar hanya 3 jam lebih kurang. Lepas tu nak drive balik pulak 4 jam. Apa yang lebih terkilan lagi, kumpulan aku tak sempat bentang pun... hu.hu. selagi tak bentang rasa macam nak baiki lagilah.. dan beban pun rasa masih terpikul. Tapi assigment tu memang prof suruh hantar sebab memang date line hari ni. Pada hal sepatutnya beban untuk assigment tu dah lepas... lepas raya ni kena hantar proposal kajian pulak. hu,hu. nampaknya raya ni terhad la... Tapi raya tetap raya...

Thursday, September 10, 2009

waduh! waduh ! macammana ni...

Setelah urusan anak periksa selesai baru rasa lega sikit walapun sedikit terkilan. Sebelah malamnya aku mula menarik keluar assigment aku yang bertimbun ni. Walaupun badan sedikit tak sihat, namun aku ketepi semuanya. Ikutkan tak sihat, rasanya selalu sangat tak sedap badan ni, maklumlah umur dan makin menginjak maka banyaklah sistem yang terganggu. Sakit sana sini mula terasa berbeza dengan zaman muda-muda dulu. Minggu ni memang malang sikit lah. ada satu kerja kumpulan yang perlu di bentangkan, tapi tup, tup rakan sekumpulan aku tu sakit masuk hospital. Katanya jantungnya problem. Seorang lagi pula tiba-tiba nak tarik diri dari menghabiskan program master(tak pasti tangguh atau berhenti terus) maka tinggallah aku berdua sahaja. Waduh, waduh, rasa macam nak tercabut kepala. entahlah sempat ke tidak aku menyiapkannya... masa ada beberapa jam lagi.. kelas di sekolah pun penuh hari ni..

Pitam.

Hari ini aku rasa terkilan, apa yang paling aku bimbang selama ini terjadi. Itu namanya kehendak Allah. Dalam aku berjaga-jaga, bimbang tentang kesihatan anak lelaki aku akhirnya terjadi jugak. Setelah kembali dari klinik semalam anak aku direhatkan sepenuhnya. Harapan aku pagi ini dia akan sihat dan dapat menduduki peperiksaan dengan baik. Pagi tadi ku lihat mukanya ceria juga dan dia menyatakan dia ok. Tetapi setelah beberapa minit berada di Dewan dia hampir pitam. Aku lihat pengawas peperiksaan memapahnya ke bilik rawatan. Nampaknya dia menjawab peperiksaan dibilik rawatan. Mukanya pucat lesi.. Rasa kesian pun ada...sedih ada.. terkilan pun ada. Tambahan hari ini dia menghadapi banyak paper tu.. Apa boleh buat...kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakal. Tapi bila aku tanya boleh ke jawab.. dia kata ok. Insyaallah dalam apa jua keadaan Allah memberi kemudahan buatnya. Sebagai seorang ibu mengharap yang terbaik buat anaknya.

Wednesday, September 9, 2009

Hari Kedua UPSR

Hari ni hari kedua UPSR. Hanya satu paper je untuk hari ini iaitu m3 kertas 1. Pagi-pagi tadi anak aku mengadu dia rasa letih dan pening kepala sedikit.Hatiku mula rasa terkilan. Aku menyuruhnya minum air supaya tak melarat. Tapi dia enggan biasala sayang puasanya. Aku tau anak aku ni jenis tak tahan sangat sebab dia ni anemia. (tekanan darah rendah) kat sekolah mudah sangat pitamnya. Akhir-akhir ni sebelum menghadapi peperiksaan aku betul menjaganya supaya dia sihat. Tapi apa boleh buat, selepas paper m3 tadi aku tengok mukanya pucat. Alamak! badannya panas. Lalu terus membawanya ke Klnik, Dr membuat pemeriksaan dan memberinya ubat. Setibanya di rumah, aku memaksanya berbuka dan makan ubat da rehat. Biarpun tak ulangkaji saat terakhir, tapi dapat hadir periksa dan menjawab paper seterusnya esok. Biasalah aku nampak wajahnya risau dan stress. Tapi takpe... insyaallah kejap lagi baik dan aktif semula..(suasana kat dewan tadi pun ramai calon yang demam jugak). semasa saringan tadi ada 3 orang yang suhu badan tinggi tak termasuk anak aku... (SEMOGA ANAKKU SIHAT ESOK ... AMIN..)

Monday, September 7, 2009

SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN..

SElamat menempuhi peperiksaan buat my handsome boy... goodluck dari Mama, abah, kakak and adik .. Semoga Im dapat jawab dengan baik dan seterus berjaya memperolehi A 4 all subjek .. Ya Allah, berikan anakku ketenangan dan rahmatmu dalam menjawab setiap soalan.Ya ALLAH permudahkanlah yang susah bagi nya.. amin, Ya rabbalalamin...

Sunday, September 6, 2009

Persiapan Raya.

Kelas berakhir lebih kurang pukul 3 petang. Berbincang dengan member sekejap tentang assigment tuk! tap! tuk! tap! jam menghampiri pukul 4 petang. Memandu dari selatan ke pantai timurlah katakan... mata mengantuk dan badan penat jugak tapi itu fenomena biasa... sampai di kota Tinggi singgah sekejap. Masih ada hati nak membeli baju raya anak-anak. Memikirkan bila lagi masanya? minggu depan ada kelas juga, raya dah hampir anak2 tertunggu jugak. So, biar anak happy sikit, kononnya emaknya masih ingat nak raya walaupun sibuk. Sekurang2nya dia boleh bercerita dengan kawan-kawan apa warna baju rayanya. Biasalah anak-anak macam kita jugak minggu2 akhir dekat nak raya sibuk bercerita pasal baju raya, kasut raya dan macam lagilah. Kalau golongan wanita macam kita ni sibuk pulak bercerita kuih raya. apa nak masak hari raya itulah kemeriahannya. Saya berjaya jugak membeli baju2 anak2 saya yang cantik dan sedondon gitu. Warna pilihan kuning keemasan lah. Ternyata anak2 suka dengan pilihan saya tu. Tentang saiz semuanya orait... (Baju ready made). Saya tersenyum puas tak de complaint. Orang paling sibuk tentang raya tentu anak bongsu saya tasya hashimme (darjah2) selalu kalau tak sibuk saya memang suka buat kuih raya ni terutama tat nenas dan almond london. Memandangkan tahun ni sibuk saya tempah je.Memandangkan tempahan dah sampai... biskut raya dah ada lah. MMM nampak gaya dah 2 telap biskut raya dah di korbankan oleh anak-anak dan suamiku... dan aku sekali la.. mm.. tapi raya tak meriah kalau kat dapur tak berbau esen vanila dan telor. Permintaan dari anak-anak dan bapanya jugak le suruh jugak buat tat nenas dan kek kukus asam.. janjiku insyaallah.. (tapi sempat ke? ) sekolah cuti sehari sebelum raya... nak balik kampung terus... ( ha..ah lepas raya la kita buat yek).

Saturday, September 5, 2009

Berbuka di Masjid Sultan Ismail UTM

Hari ni selepas kelas aku berkira-kira nak menginap dimana dan nak berbuka di mana? Pada kebiasaan aku menyewa hotel untuk menginap atau tinggal di rumah mertua kawan aku dikampung Melayu Kangkar Pulai. Tapi hari ni aku memohon maaf dengan member aku, malam ni aku ingin mengikut program di Masjid Sultan Ismail. Sebenarnya amat meriah suasana disitu. Terdapat lebih kurang 30 pelajarperempuan yang mengikut program ihya ramadhan dengan beriktikaf dimasjid dan tadarrus al-quran sepanjang malam. Program ini di adakan pada hujung minggu sebegini. Qiamullail dimulakan dengan solat taubat dan hajat, tadarrus dan bersahur disediakan. Kesempatan ini bolehlah aku ulang-ulang solat hajat untuk anak aku yang bakal menduduki UPSR nanti. Makanan berbuka juga disediakan dalam bentuk makan secara jemaah iaitu satu dulang kongsi 4-5 orang. Memandangkan masjid ni berhampiran dengan perpustakaan, aku juga berkesempatan mencari beberapa bahan assigment aku. Walaupun terasa amat penat, dari jam 4.00 pagi hingga sekarang, aku tak merebahkan langsung badan, dan esok masih meneruskan lagi kelas dan perjalanan pulang tapi aku terus bertahan. Pada minggu ini konsentrasi aku pada kelas agak kurang. Aku masih memikirkan anak aku yang bakal menduduki peperiksaan pada hari selasa nanti. Pada mulanya aku ingat nak ponteng je kelas kerana ingin membantu anak bagi persediaan yang terakhir. Memandangkan suami aku berjanji akan poolish anaknya maka aku meneruskan kesini..Dari sini aku hanya mampu berdoa untuk kejayaan dan kesihatannya. Semoga anaknda aku norimran bin Hashimme akan suksess dan berjaya ... amin..

Wednesday, September 2, 2009

Blog dan komunikasi

Pada akhir tahun 1980 an kita diperkenalkan dengan emel, Pada pertengahan 1990an laman web pulak.Pada era 2000 kita didedahkan pula dengan penggunaan blog. Blog adalah singkatan bagi perkataan weblog . ensikiopedia wikipedia mendefinisikan sebagai sejenis laman web yang diselenggarakan oleh seseorang individu atau kumpulan yang mengandungi entri yang memerihalkan maklumat,peristiwa, idea atau pandangan. Perkataan blog ini juga boleh digunakan sebagai satu perkataan yang membawa makna untuk menyelenggarakan atau menambah kandungan ke dalam blog. Kebanyakan blog menyediakan ulasan atau berita tentang satu subjek yang spesifik seperti pendidikan,bisnes,sukan,kesihatan,agama,politik dan hiburan. Fungsi lain adalah lebih kepada buku harian peribadi dalam talian. Secara am,blog mengandungi teks,imej dan pautan ke blog,laman web lain dan lain-lain media yang berkaitan dengan tajuk perbincangan. Selalunya entri blog disusun menurut urutan masa entri itu ditulis, blog dicirikan berdasarkan bagaimana entri dikategorikan bagi memudahkan pembaca memilihnya. Penulis blog atau dikenali sebagai “blogger” adalah seseorang yang mempunyai sikap dan peribadi tersendiri. Ada kalanya mereka ini boleh diibaratkan sebagai wartawan atau penulis ruangan. Setiap manusia mempunyai buku dalam diri masing-masing. Justeru dengan ada blog ini, buku yang terdapat dalam diri individu dapat keluarkan. Buku yang dimaksudkan adalah ledakan pandangan dan buah fikiran.Kini, menerusi blog kita boleh mendengar dan memperolehi pandangan,luahan rasa,cadangan, komen dan lain-lain komentar berkenaan perkara tertentu. Ia seolah-olah mengambarkan demokrasi sedang berlaku

Tuesday, September 1, 2009

Hari Yang Agak Sibuk..

Hari ni hari pertama persekolahan, setelah seminggu bercuti. Setelah bersahur, berkemas peralatan makan minum dengan dibantu oleh semua anak2.Tujuannya supaya mereka tidak menyambung tidur, nanti lewat untuk bangun ke sekolah. Setelah selesai tu baca quran sikit. Hasrat tu kalau boleh dapatlah sekali khatam di bulan Ramadhan ni. Selepas tu solat subuh dan terus bersiap2 ke sekolah. Fulamak awalnya ke sekolah hari ni.. kiranya orang pertama la..
Hari ni banyak kerja nak disiapkan,salah satunya tentang soal selidik keperluan kursus untuk LADAP 2010. Aku telah mengedar borang tu dan minta semua hantar secepat mungkin. Setelah dapat borang terus masuk SPSS. Alhamdulillah dalam kelam kelibut siap dapatan dari soal selidik tu dan bolehlah hantar ke PPD. Pada masa yang sama juga dikunjungi ibubapa yang minta tolong isi borang SBP secara online. Walaupun tak de pengecualian meninggalkan kelas aku cuba penuhi harapan ibubapa yang menjadi client kedua aku selepas murid di dalam kelas. Pada masa yang sama kawan-kawan yang tidak tahu menggunakan perisian SPSS ni berdering-dering menelefon memohon petunjuk untuk menyiapkan kerja mereka. Juga ku cuba penuhi. Semasa cuti ada juga beberapa orang datang bertanya untuk menggunakan perisian ni di rumah aku. Perisian ni aku agak biasa sebab aku menggunakannya semasa buat thesis masa degree dulu. Memanglah masa taklimat di PPD baru ini tentang perisian ini mereka tidak jelas. Bahkan ada yang tak tahu apa tujuan taklimat pada hari tersebut. Oh ya program tadarrus di sekolah pun ak kena handle juga. Ku habis masa rehat stengah jam untuk bertadarus dengan murid-murid bawah bimbingan aku..ahh.. terasa penuh, padat, lenguh dan macam-macam lah.. Tapi tak pe.. mudahan lepas ni free dan rilek sikit. Lagipun assigment aku masih banyak tak siap ni.. kerja sekolah didahulukan... Tak pe rakyat didahulukan pencapaian di utamakan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...