Buat teman2 inilah sedikit sebanyak nostalgia yang dapat aku kutip buat kali ini. gambar2 ni pun aku dapat menerusi facebook neng, zaiti, sharina dan Sakinah Salleh yang menjadi orang kuat ALLUMNI MMP kita.
Friday, November 27, 2009
MAAHAD MUHAMMADI(p) 20 TAHUN DAHULU.
Posted by Naa..a at 12:48 AMBuat teman2 inilah sedikit sebanyak nostalgia yang dapat aku kutip buat kali ini. gambar2 ni pun aku dapat menerusi facebook neng, zaiti, sharina dan Sakinah Salleh yang menjadi orang kuat ALLUMNI MMP kita.
Thursday, November 26, 2009
SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA..
Posted by Naa..a at 5:00 AM
SELAMAT EIDULADHA BUAT SEMUA TEMAN DAN SANAK SAUDARA...SEMUA
Nampaknya eidul adha pada tahun ini aku berada di Rompin aje.. memandangkan suamiku terlibat dengan mengawas peperiksaan dan selepas raya pulak ada mesyuarat penandaan kertas periksa. Kalau balik kelantan dibimbangi banjir dan tak lepas balik pulak. Maka disinilah kami anak-beranak. ha.. itu pun namanya korban kan? Sebagaimana biasa adalah sedikit persediaan untuk menyambut hariraya. Masak la juga ketupat dan rendang. Lain2 tu masak panaslah. Biasanya aku suka bila tamu datang tu.. masak mee ke mihun ke panas2 camtu. Hanya prepare bahan2 yang siap potong je... bila dengar tamu nak sampai barulah capai semua2. Sebab cara tu lebih fresh la. Kat freezer tu simpanlah semua2 yang instant jugak. hi.hi.
Monday, November 23, 2009
kenangan terakhir di SKJ
Posted by Naa..a at 4:00 PMInilah perkara yang terakhir yang dilalui semasa berada di SKJ iaitu hari kantin kali ke2. Pada hari ini semua guru dikehendaki mengadakan jualan. Pada masa yang sama guru kena bertemu ibubapa membuat laporan prestasi anak2 mereka. Pada masa yang sama juga menjemput pegawai polis memberi ceramah berkenaan jenayah kepada ibubapa. Terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan pada hari ini. Aku pula dikehendaki menjual kuih2 basah. Setiap gerai 3 orang guru. Ada lebihkurang 10 gerai. Dek kerana kami bertiga ni kantoi dalam membuat kuih ni so kami beli je RM 30 kuih dari rata2 kedai/warung di sepanjang jalan dan menjualnya dengan harga yang sama je. Apa yang terjadi ada juga kuih tak habis kira sedekahlah pada murid2. Yang lucu kena pulak bagi komisyen 20%. Maka yang rugi bertambah rugi lah. Dah sememangnya bukan jenis interpeur beginilah jadiknya...hi.hi. apa nak buek. Semasa hari anugerah aku tak melaluinya sebab aku menghadiri mesyuarat e pelaporan di Lipis. Hanya ini saat terakhir aku di SKJ.
Inilah gerai GB aku (Tudung pink) bersama k.AS dan Nor kedua2nya pekerja swasta sekolah aku sebagai pembantunya. Makanan yang dijual macam2 jenis nasi. hujan panas ada nasik minyak pun ada. Tak menang tangan GB aku berniaga pada hari ni.
Ha.. ini pulak kawan aku. Pada hari kantin yang pertama dulu hanya jual 3 biji pizza je. Nampaknya kali ni. banyak berjualan... sambut cabaran nampak.. makin pandai berniaga ...itu yang mama suka tu...
Ha.. ni gerai GPK HEM ni... kat pejabat tak dek oghe wey.. parent nak tanya pasal banyak hal nu. hang pa duk berjual pulak... wey.. duit gaji dah tak cukup ke? Kalu nak berjual biarlah habis waktu sekolah wey... jual pasar malam malam nanti. kah.kah. jangan mare... terus berjual hingga titisan terakhir.hu.hu.
Yang ni kedai air la.. ayaq kelapa muda...Biasanya laku.. tapi hari ni tak laku.. awatnye,,, hang kena mandi bunga dulu belum berjual. Muka mesti manis barulah laku.. jangan marah pada buah kelapa tuh... marah kat beruk yang panjat kelapa hi. hi. okey guys good luck! Nampaknya suka duka di SKJ berakhir. Walau bagaimanapun korang tetap akak ingat... Selalu2 lawat blog akak..key...
Saturday, November 21, 2009
Hari minggu bersama anak2.
Posted by Naa..a at 10:17 PMemm, cuti sekolah bermula.Hari ni kami sekeluarga merancang untuk membaik pulih halaman rumah yang tonggang tebalik. Banyak pokok2 yang hidup segan mati tak mahu. Kami menjalankan gotong royong 1 malaysia lah dikediaman kami.
Setelah penat bergotong royong kami anak beranak berkelahlah dihadapan rumah .
Best juga jika ada kelapangan sebegini bersama anak2. Pokok2 pun tentu juga merasa seronok sekali sekali mendapat sentuhan tuannya. Tapi nampak gayanya pokok2 aku ni dah lama menderita tanpa perhatian dari tuannya. hu.hu. semuanya kurus kering dan kusut masai dah...
perpindahan yang tak dijangkakan
Posted by Naa..a at 4:34 AMMembaik pulih proposal atau mula membina Modul ?
Posted by Naa..a at 3:36 AMFriday, November 20, 2009
UPSR DAN BERTUKAR SEKOLAH?
Posted by Naa..a at 3:36 AMBerbalik soal aku. Tup! tup! dalam suasana orang bergembira aku mendapat surat pertukaran. Yeah bermula 1 Disember aku bertugas di SK Kampung Kolam.Hati rasa gembira walaupun sedih untuk meninggalkan adik2 dan rakan2 disekolah. Tapi aku percaya ada hikmahnya. Walaupun aku tak mengisi borang permohonan bertukar, tapi aku terima dengan redha dan tenang. Aku mula membina satu azam baru semoga penghijrahan ini membawa seribu makna buat aku.
Monday, November 16, 2009
e-Plaporan lagi...
Posted by Naa..a at 5:28 AMHari ni..aku bertolak dari Rompin lebihkurang kul 10.30 pagi. Perjalanan hampir 5 jam gak dari Rompin ke Kuala lipis ni. Aduh...penat jugalah. Tapi biasalah travelling ni menjadi perkara biasa bagi orang seperti aku ni. Mesyuarat e-plaporan ni akan berlangsung selama 3 hari. Anyway suasana di Kuala Lipis ni oraait juga. MMm tempat kelahiran Dato' Siti katakan. Manalah tau lama-lama duk kat Lipis ni boleh jadi comel macam siti ha.ha. Ini gurauan je,,, aku tetap akulah...
Tuesday, November 10, 2009
Kemeriahan Majlis Khatam Quran
Posted by Naa..a at 12:45 AMAlhamdulillah hari ni PPD Rompin telah berjaya menganjurkan majlis Khatam peringkat sekolah dengan diwakili oleh 350 orang pelajar. Ini merupakan satu program tahunan yang sering diadakan. Kali ini majlis ini diadakan di Masjid Muadzam Shah.
Sunday, November 8, 2009
kenapa agensi perkhidmatan awam tak sebagus celcom atau bank2 dimalaysia?
Posted by Naa..a at 6:20 PMLalu aku mengambil keputusan contact JPNP, keadaan sama juga. Tanya unit perkhidmatan tak tahu, tanya unit kenaikan pangkat tak tahu, tanya unit sekolah rendah tak tahu... semua tak tahu... ada yang jawab pegawai keluar minum. pukul 9.00 pagi dah minum? pukul 10.00 minum lagi.. itukah pegawai kerajaan? Apa yang mereka tahu? Bila guru2 complaint kat suratkhabar, tv3 baru tau.. oo. semua tahu. Agaknya suratkhabar la tempat sesuai untuk memberitahu kepada pegawai2 kerajaan ni...Cubalah bandingkan dengan perkhidmatan celcom dan bank2 di malaysia. one call semua problem settle. one touch almost completely. Itulah pengurusan yang perlu di pertingkatakan. Adakah sikap pegawai JPN Yang asalnya seorang guru berbudaya kerja begitu? Selama ni persepsi saya pegawai2 JPN ni org yang terpilih layak dari kalangan guru untuk mengurus. Kalau begitu adanya jangan lah salahkan golongan guru di sekolah..ok think about it.
Friday, November 6, 2009
kem literasi al Quran di bukit Ibam.
Posted by Naa..a at 10:56 PMWednesday, November 4, 2009
Alangkah Bahagianya...
Posted by Naa..a at 8:14 PMSunday, November 1, 2009
Release Tension ke tu?
Posted by Naa..a at 4:33 AMTepat jam 12.00 tengahari tadi maka berakhirlah paper managing student's development. mmm berasap juga kepala dan tangan menulisnya. Alhamdulillah apa yang aku jangkakan keluar semuanya keluar. Dengan sedikit persediaan maka dapatlah aku menjawabnya. Tapi berapa banyak jumlah yang diperolehi... bergantung kepada pensyarah lah. Setelah selesai maka aku bergegas memandu pulang ke rumah.
Dek kerana beberapa hari ni aku banyak menumpukan pada peperiksaan tiba-tiba hari ni rasa lapang saja, menyebabkan rasa nak makan je. Sebelum ni rasanya tak sempat nak makan yang mengarut2 ni kerana sayangkan masa.
Ok sedikit laporan perjalanan aku pada hari ini. Bermula dari Taman u singgah kedai software beli perisian u lead dan studio 9,kononnya masa lapang ni nak edit2 video nak compile lah. kemudian aku mula mencari mc donald singgah makan burger, kemudian meneruskan perjalanan sampai senai, nampak pizza hut, singgah bantai pizza pulak. Seterusnya sampai kota Tinggi, jumpa gerai goreng pisang, beli bungkus makan sambil memandu. Sampai Mersing jumpa warong Pau singgah lagi, makan pau pulak. Itu bersendirian tu. Bersendirian pun menjadi jugak. Biasanya tak macam tu. Alamak apa dah jadi. Bila balik rumah mengira-gira kalori, banyak tu. Oleh kerana dah terlanjak membantainya maka teruskan membantai. Sampai rumah makan nasi dengan ikan cicah sambal belacan pulak. mm makan sungguh2. Biasa tak makan malam. Suami aku mengeleng kepala tengok aku makan...hah nampak gayanya itulah release tension agaknya. Hah rasanya lepas ni nak membantai roti cicah air milo pulak...oh diet ku...