Saturday, January 16, 2010

Apakah Yang Aku Impikan?

Hari ini aku tidak ada kelas di UTM so aku ambik kesempatan untuk mengemas kelas. Memandangkan kelas aku agak comot dengan kesan tampalan sana sini so aku mengambil keputusan untuk cat. Dari pagi aku mengecat bahagian depan. Setelah selesai mengecat aku melaminating bahan2 yang telah aku cetak dan mendekorasinya sikit..sudah lama aku tak melakukan kerja2 menghias kelas ni... tapi sebenarnya aku minat kerja2 begini... masih aku ingat pada tahun 2003, ketika itu aku berada di SK Rompin dan aku sebagai penyelaras PSS. Ketika itu PSS aku mendapat anugerah Pusat Sumber Terbaik peringkat negeri. Dapat 5 bintang.PSS aku ketika itu memang cantik la (orang kata) termasuk nazir dan pegawai PSPN yang mengiktiraf di samping sistem pengurusan maklumat yang baik ketika itu. Masa tu, macam2 aku buat dan menjadikan aku seorang workholic. Lalu di sedarkan oleh suami aku supaya memikirkan soal masa depan aku iaitu menyambung belajar. Lalu demi mereleaskan tugasan aku sebagai penyelaras PSS aku membuat satu penghijrahan iaitu bertukar ke SK Janglau. Semasa di SKJ aku bermula era bekerja dan belajar. Namun aku tempuhi dengan sebaiknya. Sehinggalah aku memangku jawatan sebagai GPK di sana. Bila fikirkan unik perjalanan kerjaya aku. Kini aku guru biasa pulak dan tak mungkin aku memegang jawatan sebagai GPK Lagi memandangkan aku sudah berada di gred DG 41 bermula 2008. Apakah perjalanan seterusnya aku? kini aku guru tahun 1. Apa pun aku dan dimana pun kedudukan aku..aku pasti lakukan yang terbaik...Namun aku masih belum mengapai apa yang aku inginkan...insyaallah one day...mungkin inilah jalan untuk aku mencapai...

2 comments:

Al-Manar said...

'Apakah perjalanan seterusnya aku?'
Bahasa Melayu ( baru) saya amat lemah. Tak daya saya menzahirkan dengan jelas apa yang ingin saya kata.
Can the words you expressed mean, 'Where do I go from here'? It is not an expression of helplessness, is it?
I believe in doing an honest day's work. And as a teacher there is a lot that you can achieve from your work, not meaning a direct reward (ganjaran) to your toil and sweat; I mean what others benefit from your earnest perseverance to help the unfortunate. You will be surprised in what form the rewards will be handed to you. I have learnt from life that more often than not you will be surprised how members of your family, especially your own children, successfully succeed in life. I am thankful for what Allah has given me but I thank Him more for what He has made of my children and those I love.
Pakcik bukan hendak mengada-ngada memberi nasihat. Ini satu pandangan seorang tua.

Rosnah said...

tq pakcik, saya menghargai setiap nasihat pakcik. sebgai guru setiap gerak laku kita adalah pengajaran buat murid kita. especially child. saya akan menjadikan diri saya idola buat mereka insyaallah.. saya akan menggunakan segala knowledge n experience utk yg terbaik. tetapi semua itu mesti diiringi dengan keikhlasan {honesty)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...