Friday, January 22, 2010

Tajuk Kajian....

Peranan Pengetua/ gurubesar dalam mengintegrasi ICT dalam pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.

Saya rasa inilah tajuk tesis yang bakal aku buat nanti. Dalam mengintegrasi ICT dalam pengurusan dan kepimpinan seorang pengetua/gurubesar itu dianggap sebagai fasilitator perubahan iaitu merubah satu system yang tradisional kepada system digital ini. Dengan itu kajian mengenai perkara2 dibawah dapat membantu kearah menjawabnya persoalan kajian saya ini.

1. Peranan Pemimpin sebagai fasilitator perubahan.
 Dari segi membangun dan susun atur organisasi yang suportif.
 Menjalankan latihan yang berpusat.
 Menilai dan memantau secara berterusan.
 Menyedia konsultasi dan penguatkuasaan

2. Gaya fasilitator perubahan
 Sebagai perangsang (Initiator)
 Pengurus (Manager)
 Pemaklum( Responder)

3. Penggunaan ICT dalam pengurusan dan Kepimpinan pendidikan
 Infrastruktur ICT spt penyediaan peralatan ICT dan internet di kawasan sekolah.
 Pemantauan berkomputer (Computer Surveillance)
 Latihan ICT.
 ICT dalam komunikasi.
Kepada kenkawan semua apakah idea u all dengan tajuk saya.. sebenarnya tajuk ni belum mantap lagi dan entah berapa kali dah saya bertukar tajuk..kepala naik fening da...

4 comments:

Faris said...

Pengurusan dan kepimpinan tu sesuatu yang luas dan tidak spesifik. Jika boleh fokus kepada satu sahaja iaitu pengurusan atau kepimpinan. Ini disebabkan ia menjadi dependent variable (DV) yang tetap dan lebih berfokus kepada perkara yang lebih kecil.
Peranan Pengetua/Guru Besar itu yang akan menjadi independent variable (IV). IV nilah yang akan menjadi pengukuran dalam kajian dengan menentukan hipotesis null dan alternatifnya. Mungkin IV boleh seperti penyedia infrastruktur, pemantau, fasilitator, pengurus (sedia kewangan, program latihan dll) dan kompetensinya sebagai pengguna ICT. Biasanya IV boleh empat atau lima untuk kita uji.
Jika DV nya adalah pengurusan maka elemen2 pengurusan akan menjadi IV. Begitu juga jika kepimpinan menjadi DV maka elemen2 kepimpinan akan menjadi IV nya.
Ini pandangan dan pendapat saya. Cuba2lah fikirkan. TK.

mantan said...

Saya fikir ini suatu kajian yang menarik.
Bagusnya alau dapat dibuat kajian tentang minat dan sikap pengurus sekolah dalam penyempurnaan budaya ICT di institusi pendidikan (sekolah).

Setakat ini belum saya temui kajian menyeluruh tentang pengelibatan guru, secara kos efektif dalam pengamalan budaya ICT di sekolah.

Tinjauan secara rambang bagi individu sekolah barangkali pengamalan budaya ICT (yang sepatutnya) dalam kalangan guru setakat 20 - 30 peratus sahaja.

Say harap dapatan kajian yang akan dilakukan akan memberikan suatu petunjuk tentang tahap kemiharan dan kepekaan dalam budaya ICT khususnya di sekolah.

Rosnah said...

tq. cikgu wahab & cikgu faris...sya bersetuju dgan kdua2 pandangan yg matang tu.. rasanya kena ubah la..ambik integrasi dalam pengurusan dan budaya ict dalam kalangan guru..so dua2 benda kena kaji. satu pengurusan dengan iv nye dan satu lagi budaya teknologi dengan iv nye dan cari perkaitan antara keduanya. ok tak... nanti sya cuba buat kerangka kajian dengan kemas sikit..

cik siti said...

Saya tengah fikir juga tajuk ni...tp tak tau nak spesifik ...tahniah cikgu kalau da siap

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...