Saturday, February 6, 2010

Weekend dan Hari biasa.

Pada aku tiada bezanya antara weekend dan hari biasa. Kehidupan aku di penuhi dengan dateline yang perlu dikejar dan dibereskan. Saban hari mengira tugasan yang perlu disiapkan. Perkara-perkara yang perlu didahulukan didahulukan, perkara yang boleh ditangguhkan ditangguhkan dahulu. Dalam kesibukan itu kadang2 lupa pada kepentingan diri. Semalam sebelum datang kelas ke utm aku membuka boot belakang kereta aku, aku dapati ada beberapa pasang kain yang telah dibeli, tapi belum berjahit. Baru aku terfikir sepanjang 2009 dan 2010 ni aku tak buat baju baru pun. Niat tu ada itu pasallah aku beli kain, tapi masa untuk pergi kekedainya tak berkesempatan dan itu mungkin bukan satu perkara yang amat penting buat aku. Rasanya kain2 tu dah ketinggalan zaman dah. Aku rasa tak semua orang sanggup menempuhi kehidupan seperti aku. Kesibukan juga melupakan aku untuk melayan emosi. Pada aku masa itu amat berharga. Kadang2 bila aku mendengar topik perbualan dari kawan2 yang remeh dan emosi aku akan meninggalkan perbualan itu kerana pada aku banyak lagi perkara penting yang perlu dilakukan. Itulah situasi aku kini ... tidak sempat berbual kosong lagi. Tempat mereleas tension kat fb dan blog je lah..Satu hari aku akan memiliki kehidupan yang normal seperti orang lain. Namun begitu kehidupan aku sekarang ni amat bererti buat aku.

1 comments:

aliza said...

Salam,
Insya Allah bila dah terlaksana apa yang diimpi-impikan (visi belajar tu) boleh lah meneruskan kehidupan normal semula.
Hihihi...gitu le gaya orang tekun bekerja dan belajar, za dah pernah rasa dan laluinya. Bukan mudah untuk berjaya, insya Allah akan terasa manisnya.
Tapi bila dah terbiasa fokus begitu, susah nak bersama-sama dgn orang yg tidak mempunyai misi spt kita. Kita selalu terasa perbualan biasa macam buang masa, sedangkan itu perlu untuk kestabilan emosi kita.
Ma'a taufiq wal najah.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...