Friday, January 7, 2011

Bahagia dan membahagiakan.

Apabila kita berhadapan dengan konflik hidup, neutralkan situasi. Sabarkan hati dan perhatikan situasi, jangan terburu2 bertindak dan melulu menabur prasangka kerana situasi itu amat digemari oleh syaitan. Apabila kita berada dalam situasi celaru,tenangkan hati, dan ambil satu posisi dan bina pemikiran yang positif. Dengan cara itu kehidupan kita akan lebih baik dan bahagia. Syaitan sering mendampingi insan2 yang sering menurut kata hatinya. Kata-kata hati yang sering membisikan supaya terus berprasangka jahat dan bertindak jahat.
Andainya kita hanyut dalam bisikan syaitan, suatu perkara buruk akan berlaku dan ianya boleh membawa kita kepada menyesal sepanjang hayat.
Dalam kehidupan hari ini, kita dapati betapa ramai manusia kalah dengan hasutan dan bisikan syaitan. Suka mengikut perasaan amarah, sifat amarah menguasai diri sehingga hidupnya penuh dengan kekusutan dan kecelaruan. Menolak segala kebaikan dan mencari segala keburukan untuk menambahkan kemarahan. Alangkah baiknya sekiranya kita mengenepi keburukan dan mencari kebaikan kerana dengan itu hidup kita akan lebih bahagia. Jadilah insan yang sentiasa membahagiakan orang lain kerana dengan cara itu Allah akan membahagiakan kita. Jangan biarkan diri kita berlarutan dalam sifat amarah dan dendam kerana selagi kita memartabatkan sifat itu, syaitan durjalah sahabat kita.Wallahuwaalam.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...