Thursday, July 14, 2011

APA ITU BAND,DISKRIPTOR DAN EVIDENS (BDE)


Dalam membuat pentaksiran PBS  KSSR di sekolah rendah,istlah2 di atas berlegar2 dalam pemikiran masing2. Ada yang berkerut dahi dan ada juga yang bergelelot lida untuk menyebutnya but it is a transformasi .
Band adalah pengukuran yang kita telah ukur pada seorang pelajar kita.

Band 1 (TAHU)  adalah apabila murid kita berada pada aras tahu sahaja. Bagaimana kita nak mengetahui anak murid kita berada pada aras tahu sahaja? kita bina instrument dan instrument itu adalah Eviden kita. Bagaimana nak membina eviden? tengok pada diskriptor yang terdapat dari STANDARD PRESTASI kita. Dari mana datangnya Diskriptor itu? Diskriptor itu di pandukan dari standard  pembelajaran yang terdapat dari  STANDARD DOKUMEN kita.

Berikut adalah contoh  bagi subjek  JAWI  Tahun 1 :

BAND 1 (B1)
Dalam Standard Pembelajaran,
6.1.1 – mengenal, menyebut dan menulis huruf2 jawi tunggal dengan betul.

Item  di atas  berada di  DISKRIPTOR  11 – (RUJUK STANDARD PRESTASI )
Dengan itu boleh bina  EVIDEN.
Eviden itu boleh dalam pelbagai bentuk, lembaran kerja, lisan, foto dan sebagainya. Dan eviden itu hendaklah di simpan dengan mewujudkan sebuah fail show case. Eviden itu boleh di bina 1. 2 , 3 atau lebih bagi satu2 band itu.
cth eviden 1 : Murid di minta menunjukan huuf jawi yang di sebut oleh guru . ( bentuk lisan )

cth eviden 2 : Murid boleh warna huruf yang di sebut oleh guru. ( lembaran kerja )

Kesimpulan : B1D11E1
                      B1D11 E2

maka boleh tick dalam aplikasi  PBS ONLINE.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...