Saturday, July 2, 2011

KSSR = Kalau Susah -Susah Resign?

             Tahun lepas, aku terlibat dalam KSSR tahun 1 dan tahun ini aku terlibat lagi dalam KSSR tahun 2 bagi subjek pendidikan Islam. Tahun lepas mungkin banyak perkara yang masih blur..padaku mungkin blur dari peringkat planer dan pelaksanaan. Tahun ini kelihatannya semakin kemas dan sistematik. Tahniah kepada pihak BPK dan LPM. Mengubal Kurikulum  bukanlah sesuatu yang mudah. Kurikulum yang di laksanakan mestilah selaras dengan falsafah Pendidikan Negara, Apa yang perlu di titik beratkan adakah kurikulum itu mampu membentuk fizikal pelajar? bagaimana pula emosi pelajar? rohani pelajar pelajar dan sosial pelajar. Dalam mendalami standard kurikulum cuba kita kaji berapa peratus untuk emosi? berapa peratus untuk rohani? berapa peratus untuk jasmani dan sosial. Setiap standard kandungan dan pembelajaran sedaya upaya harus di titik beratkan kearah pembinaan  aspek di atas.
            Kerajaan membelanjakan berjuta2 ringgit untuk transformasi ini. Adakah transformasi ini setakat sebut-sebutan sahaja?. Ramai yang mendefinisikan short font KSSR kepada Kalau Susah-Surah Resign. Banyak runggutan yang mengatakan KSSR susah! banyak kerja? dan macam2 lagi.  Kawan2 dan teman2 kita transformasikan diri kita dulu. sahutlah cabaran itu dulu transform lah diri kita yang sentiasa berlapang kepada sibuk sikit dan daripada sentiasa senang kepada susah sikit.
           Pendapat peribadi saya KSSR ini lebih sistematik dan teratur berbanding KBSR.  KSSR bukan saja mampu memberi impak yang baik kepada pelajar, ia juga dapat membentuk guru2 lebih menjadi seorang yang lebih kemas dalam pengurusan. Pada peringkat awal mungkin ramai yang merunggut tetapi lama - kelamaan ianya mampu membentuk budaya kerja yang lebih sistematik dan efektif..wallhuwaalam.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...