Thursday, January 13, 2011

United Kingdom



Best..

Monday, January 10, 2011

modul jawi penuh tahun 1

sesape yang berminat utk modul jawi tahun satu boleh link di sini

Friday, January 7, 2011

Bahagia dan membahagiakan.

Apabila kita berhadapan dengan konflik hidup, neutralkan situasi. Sabarkan hati dan perhatikan situasi, jangan terburu2 bertindak dan melulu menabur prasangka kerana situasi itu amat digemari oleh syaitan. Apabila kita berada dalam situasi celaru,tenangkan hati, dan ambil satu posisi dan bina pemikiran yang positif. Dengan cara itu kehidupan kita akan lebih baik dan bahagia. Syaitan sering mendampingi insan2 yang sering menurut kata hatinya. Kata-kata hati yang sering membisikan supaya terus berprasangka jahat dan bertindak jahat.
Andainya kita hanyut dalam bisikan syaitan, suatu perkara buruk akan berlaku dan ianya boleh membawa kita kepada menyesal sepanjang hayat.
Dalam kehidupan hari ini, kita dapati betapa ramai manusia kalah dengan hasutan dan bisikan syaitan. Suka mengikut perasaan amarah, sifat amarah menguasai diri sehingga hidupnya penuh dengan kekusutan dan kecelaruan. Menolak segala kebaikan dan mencari segala keburukan untuk menambahkan kemarahan. Alangkah baiknya sekiranya kita mengenepi keburukan dan mencari kebaikan kerana dengan itu hidup kita akan lebih bahagia. Jadilah insan yang sentiasa membahagiakan orang lain kerana dengan cara itu Allah akan membahagiakan kita. Jangan biarkan diri kita berlarutan dalam sifat amarah dan dendam kerana selagi kita memartabatkan sifat itu, syaitan durjalah sahabat kita.Wallahuwaalam.

Sunday, January 2, 2011

Mengapa Harus Bersedih!!!

Setiap janji Allah adalah benar. Allah telah menentukan segalanya dalam hidup kita. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segalanya. Mata, telinga, mulut, kaki, tangan,harta yang melimpah ruah, rumah yang besar, kereta yang mewah, pakaian yang berjenama, anak-anak yang comel dan suami atau isteri adalah hak Allah yang dipinjamkan kepada kita untuk menikmati buat sementara waktu. Pabila tiba suatu masa dan ketika Allah akan mengambil balik. Begitulah janji-janji Allah kepada kita. Kenapa apabila musibah menarik nikmat itu dari kita, kita hilang pertimbangan, hilang pedoman dan hilang kesabaran. Mengapa harus bersedih? Firman Allah dalam surah al ankabut ayat 33: bermaksud,Berlapang dada kepada Allah, dan yakinlah bahawa Allah yang menentukan segalanya dan janganlah kamu takut atau sedih.

Seringkali manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak, penyakit yang menimpa, masalah keluarga yang banyak, masalah isteri, masalah suami, masalah kerja, masalah kereta, masalah dan macam2 masalah. Mereka akan sentiasa dalam keadaan bersedih dan menghadapi tekanan perasaan.

Mengapa harus sedih? bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan. Bukankah hidup ini lebih bermakna apabila kita berhadapan dengan masalah?. Segala masalah kita akan selesai sekiranya kita kembalikan segalanya kepada Allah. Kenapa harus bersedih, bila kita merasakan Allah menyanyangi kita. Allah ingin melihat sejauhmana kekuatan iman kita menerima ujiannya. sejauhmana keredhaan hati kita menerima segalanya. Adakah dengan menghadapi masaalah kita mengikut hasutan dan bisikan syaitan yang mendorong kita? sehinggakan kita menangis siang dan malam. Meraung2 atau membunuh diri? Hasutan dan bisikan syaitan itu adalah masalah terbesar sebenarnya.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita, akhirnya membentuk diri kita dengan penampilan yang lebih tenang, sabar, cekal dan positif. Secara tidak langsung ion2 positif yang berada dalam diri kita dapat di rasai oleh orang sekeliling kita seperti anak2, suami dan rakan2. Yang pasti cas2 positif ini boleh memberi kebahagiaan kepada orang yang bersama kita.

Suka saya merumuskan, andainya individu itu memiliki cas2 negatif yang terdiri daripada sifat2 spt mendendam, memaksa, berburuk sangka dan tidak bersabar akan membuatkan orang2 sekeliling juga merasai tempias2 cas negatif itu maka wujud suasana yang tegang dan tidak selesa di kalangan orang sekeliling. Akhirnya orang sekeliling kita turut menjadi lemah. Lemah dar segi fizikal dan mental. Dalam kehidupan ini semua orang memerlukan cas yang positif ini supaya hidupnya lebih ceria dan bersemangat. Tidak semua orang memiliki cas2 positf yang banyak ini. Sebagai guru kita harus membina diri kita dengan mengumpul sebanyak mana cas yang positif ini kerana kita mempunyai banyak pengecas dari murid2 kita.

Kawan2, memupuk sifat2 positif dalam diri tidak sesenang untuk mengubah cara pemakaian kita atau sebagainya. Ianya memerlukan kekuatan dalaman yang jitu, tatkala orang marah dan makin hamun kita boleh bersabar dan tersenyum, itulah yang hendak kita hadapi. Menempuh hidup dengan penuh keredaan itulah kemanisan. ( semuanya sukar di gambarkan. Ayuh!!! mendalami ilmu tasuf )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...