Thursday, January 14, 2016

Perjalanan Umrahku : MADINAH : Part 2

Madinah adalah bumi yang indah dan damai. Dari airport kami menaiki bas menuju ke hotel penginapan di madinah. Kami di tempatkan di Hotel Mubarak. Hotel ni berdekatan sahaja dengan masjid al nabawi. Sesampainya di hotel mataku melilau melihat skeliling.. memang pasti depan tu je masjid. Hati berdebar rasa macam nak terus pergi je.. tapi suamiku menahan aku supaya menunggu arahan mutawwif yang membawa kami dulu. setiba di hotel pihak agensi dah menyediakan makan malam . Biasalahkan nasi arab yang sedap sangat. setelah selesai makan masuk bilik penginapan dan mandi serta tukar baju. Masa tu kami belum lagi solat isyak dan maghrib. Hati tak sabar2 dah nak pergi masjid dan nak solat jamak dan qasar di sana. Masjid nabawi ni sistem dan peraturan dia agak sistematik. jemaah perempuan dan lelaki masuk pintu berasingan. lebih pada pukul 2.00 pagi ruangan utk orang perempuan di tutup.


inilah didepan masjid  An nabawi aku tukang amik gambar makcik2 yang pergi bersama ku..
  ni perkarangan masjid an nabawi di bawah payung yang boleh kembang tu..
sesungguhnya madinah adalah satu tempat yang indah..

RAUDAH:
Ramai jemaah haji dan umrah mengejar raudah. untuk berada di raudah bukanlah senang terutama bagi jemaah perempuan. Hanya waktu2 tertentu je raudah di buka kepada jemaah perempuan. Pada hari pertama dan kali aku menjejak kaki ke masjidi nabawi aku berkesempatan terus untuk masuk ke raudah. Mashaalah pada malam itu lebih kurang pukul 10 mlm aku melangkah ke masjid annabawi untuk menunaikan solat jamak  maghrib dan isyak blum di langsaikan. setelah melangkah aku dapati suasana masjid lenggang. Niat utk sembahyang di depan itu aku batalkan dan terus menuju ke raudah. Bercucuran air mata aku dengan penuh kesyukuran padanya. Lantas aku berada di hadapan sekali dalam raudah menunaikan solat jamak yg belum dilangsaikan, solat sunat tahiyyatul masjid, sunat taubat dan sunat hajat berkali2. aku dapat menunaikan solat2 tu semua dengan tenang tanpa ganguan. terasa berat untuk meninggalkan raudah kerana bukan senang utk berada di raudah. Setelah pukul 2 pagi raudah akan di tutup dan masjid ruang wanita juga akan di tutup. Hampir 4 jam berada di raudah satu rahmat yang besar buatku..
tempat yang ada banner putih itulah raudah.


Dalam raudhah pada mlm pertama tiba di masjid annabawi. Ini suasana sgt lenggang kan..
Raudah di buka pada waktu tertentu sahaja untuk wanita. semasa di masjid annabawi  saya ada bertanya pekerja di masjid itu waktu raudah di buka.
Mengikut penjaga masjid itu waktu raudhah di buka pada waktu pagi antara jam 7 pagi hingga 11 pg,
selepas zohor sampai jam 2 tghr, selepas asar tidak di buka, selepas isyak baru di buka antara jam 9 mlm sampai 2 pagi.

Banyak nak berkongsi tentang madinah ini.

pagi2 bersama burung merpati yang sangat jinak.

LAWATAN SEKITAR MASJID ALNABAWI


Yang kubah hijau itu di situlah terletaknnya makam nabi muhammad s.a.w


Masjid qaba'

Antara tempat yang wajib di kunjungi ketika di madinah adalah masjid qaba'. iaitu masjid pertama yang di dirikan oleh rasulullah ketika berada di madinah.





di sini kami singgah solat sunat tahiyyatul masjid dan juga solat sunat dhuha. Masjidnya agak kecil namun masih ada ruang untuk bersolat. Di pinggiran masjid ni ramai yang berjualan. di sini kalau ada kesempatan boleh beli kurma yang fresh. tempat lain susah dapat kurma yang fresh hanya 10 rial je sekilo.

HOTEL DI MADINAH 
Kami di tempatkan di sebuah hotel yang sangat berdekatan dengan masjid annabawi. hotel mubarak.

Di hadapan hotel di madinah.

ketika menunggu bas untuk ziarah masjid qaba. 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...